Tuesday, 29 September 2009

The Kitchen and Attitude Makeovers



With the brand new kitchen that momma designed herself, tiba-tiba dapat sekali anak-anak rajin masak basuh pinggan mop lantai makan rempeyek. Haha semangat dapur baru. It's not 100% complete, but bolehlah untuk memotivasikan diri menjadi suri rumah berjaya.

I absolutely loved the downlight features above the sink, sebab tak sia-sia basuh pinggan bila nampak pinggan bersinar macam iklan Axion. Tapi Alisyalah yang paling makeover sekali bila suddenly rajin basuh pinggan sebab ada tingkap besar yang boleh nampak pokok-pokok dan kereta laju-laju dekat highway sambil muka ditiup angin Khatulistiwa. Teringat kat Brisbane dulu :')



Sambil Hanis memotong bawang dan menyediakan bahan yang tak berapa nak ada (sebab renovasi) untuk membuat nasi goreng edisi terhad atau nama yang lebih tepat, nasi goreng bahan terhad.


Alhamdulillah. Jangan diperdaya dengan ilusi warna/rupa okay. Makan bertambah. Nasi masak 5pot berbaloi.





Di siang hari, dapur menjadi sangaaaat terang kerana tingkap yang luas dan besar. Dalam gambar rajah boleh lihat yang dapur kami tak complete, but we're catching up.



Kalau pakwe duduk dekat, bolehlah buat-buat jogging 6-7 kali kat belakang ini.


Saturday, 26 September 2009

The Odd Goodbye



One of The Anglesz Gurliesz, Wani was leaving for England last Wednesday. It was an emotional goodbye but definitely an odd one just because in the process of reaching there , we had alot of fun, all the 6 of us reuniting. All this thanks to you our darling Wani. May our love and support be with you in rough times, as well as in happy. Nothing says 'we are proud of you' more than satu hari suntuk cari hadiah untuk anda, buat video untuk anda, dan secara fizikal dan mental hantar anda pergi Departure Gate :(



At Nabil's house during the final editing of our Goodbye Wani video. Earlier, Tyn, Nabil and Iz had search for the perfect giant farewell card which kami semua tong-tong bayar dan tong-tong letak autograph.



Mula-mula pergi rumah Iz untuk pilihkan baju dan selendang apa dia nak pakai. Haha. Gedik dia, dah cantik pakai kain telekung pun cantik hesh. Kemudian kami gerak ke rumah Nabil dan lepas buat video baru gerak ramai-ramai, dibawah panduan Nabil. Oh ini Iz paksa ambil gambar stereng sekali.





Dan sebab saya ada family outing itu hari, saya kena cari personal gift seorang diri, makanya rantai burung hantu untuk Wani! Saya suruh dia belajar sampai mata jadi mata burung hantu.




Keenam-enam kami dalam satu kereta! Pasang DVD cerita Heart! Sungguh meriah.




Saya dan longlost kenalan, Aida. Hahahahahaha aku benci budak UM yang kalau dah macam tak kenal siapa sahabat siapa sabut dfjcidskjxfolkazx. Perempuan ini sumpah I jumpa setahun sekali.



Semua variasi sudut dan darjah nak ambil gambar. Terimalah dari kami...




This is my favourite gambar of the lots. Masa ini aku nak snap, then Iz or Aida said something useless dan annoying kemudian kena marah dengan aku dan Tyn and then snap, dah tertekan. Pastu gambar ini jadi smart sebab ada skema pegang card besar kat background. Hahahahaha.



Upon reaching the farewell destination. Ini yang masa I buat lawak 'My PA spoiled my paparazzi shot'. Lolzxx.



Nabil nampak kacak di sini, so I nak letak jugak.





Till we meet again next summer baby!



Dan kami pun beransur pulang. Sumpah muka sekor-sekor buruk doh gambar nih. Malu nak mengaku muka.



Excited jumpa escalator panjang. Salah satu gambar yang berjaya Nabil tangkap.




Kemudian jam menunjukkan pukul 2.40 pagi. Kami pun menuju ke Mamak di Subang. First time ever lepak macam tak perlu bangun pagi dan sediakan sarapan untuk keluarga woh. Tapi serious, lepakan Mamak ini adalah the best ever, bukan sebab Maggi goreng sedap, tapi sebab kita semua masih energetic dan gebang besar kahkahkahkah.



Aku dapat rasa bapa kau bangga dengan aku bukan sebab dia bagi aku duit raya RM10. Tapi sebab dia cakap kat kawan Mat Salleh dia, "This is Nabil's friend, Hanis. She's a model and she used to be in blablabla". Awww sayang family kau. Family kau je. Bukan kau. KAU, AKU CINTEW :')





Fuh, tak terbayang nak lepaskan Nabil ke German Januari depan T_T






Friday, 25 September 2009

Krrunching my way to Uniquely Singapore


I've been nominated for Best Celebrity Blog in Asia Pacific?! This is news! I'll be flown to Singapore and tour around the neighbouring country for 3days and 2nights?! This is news! The Gala Dinner that will be held on the 23rd of October is just 5days away from my final examination?! Now that's bad news. Haha.

Okay, wait. That's not important. BEST CELEBRITY BLOG? What celebrity? Haha. I dont know if few modelling gigs and being featured in a film make me a celeb, but according to the award description, if my readers are always here to get my life updates on work in the limelight and life in between, then hello, I'm a celebrity. Okay fine, occasional work in the limelight and life in between (-_-")

Like this picture I found on the net when I googled my name heh :B

Captured by Kuai when I was representing my film in Film Festival Malaysia back in Sabah.


Being in Top5 is already an honour for me, thanks for nominating dear precious reader(s). Seriously, I was shocked gila upon hearing the news :') Oh but if you want me to bring home the award, you might have to vote for me every other 2hours just because number one, if you dont vote for me, no one from other country will, seeing that most of my entries are in Malay, and last time I checked, orang Phillipine tak faham Melayu T_T Number two, am I a celebrity? Really? You're here to get my life updates, really? Really? Cue: Please say yes and convince the panel of judges T_T And number three, my blog is the only blog representing Malaysia for the category I'm in, if I'm not mistaken. Eh kejap, but dont vote for me because of which country I'm from, vote for me because you enjoy having me in the blogosphere, ey? Deal.


However, seeing who I am up and against, I couldnt be more thankful for the nomination. Million thanks to you, you and of course, you. Yes, the one with serious face on while concentrating on my every word. Haha. I always do that (too!) when I'm on full concentration while surfing, then I will purposely turn the webcam on to get the shock of my life looking at how ugly my face is when I'm too focus T_T


Where was I? Oh yes of course. I'm sure my readers are nice, kind-hearted and generous people. So I'm sure my readers are guessing on how to vote (reading minds lah now) heh. It's so simple! Just click click click and make sure you click Hanis Zalikha for the Best Celebrity Blog category and done! Repeat the same thing after the 2hours of your life just passed and in the mean time, I'll find something nice to wear for the Gala Dinner in Pan Pacific Singapore Grand Ballroom yeay! I cant wait to act all jakun when discovering what Singapore has to offer. Remember, sedikit jakun itu baik untuk jiwa! Okay that's all people! Now that I know I am celebrity, I shall update my Twitter with useless updates like the colour of my retainer(pendakap gigi) this month or what I had for brunch (-_-").


UNDI DI SINI(NUFFNANG) ATAU DI SIDEBAR, CLICK "START" DEKAT IKLAN PRINGLES :) Kalau ada kelapangan, undilah setiap 2jam ya, sebab saya bertanding dalam benua asia, fuh. Once again, thanks for everything.


Wednesday, 23 September 2009

My Moonwalk Attempt(s)

I macam nak republish entry ini just because, I've came up with contoh video yang korang boleh upload untuk pertandingan Carefree!




*Video Hanis Zalikha menari bulan ada di hujung entri*




Mari mari mari bercakap tentang pertandingan lagi. Tapi kali ini I macam tak sure nak masuk ke tak, sebab the last few pertandingans yang I masuk, bila chosen untuk pergi final, fitting or photoshoots dia mesti on hari sekolah (aww hari sekolah, cumil). Lalu terpaksa tolak tolak dan tolak (yang sabun Lux itu pun baru tolak). Sigh takpelah. Mungkin rezeki orang lain. Dan mungkin rejeki anda kini sebab pertandingan yang I nak beritahu kali ini, menjanjikan hadiah SEHINGGA RM50,000 OKAY. Sebab grand prize dapat RM5000 tunai, laptop mini bewarna merah jambu, pendant emas serta hadiah eksklusif Carefree Queen. (Ini bukan spam! Ini kebenaran!)


Ya, telah disebut di situ, produknya panty liner Carefree. Maksud? Pertandingan ini untuk perempuan lagiiii. Maaf jejaka. Peluang menang hadiah bukan rezeki anda. JEJAKA LEMBUT JANGAN NAK SERTAI PULAK NANTI SEMUA PEREMPUAN KALAH SEBAB TAK DAPAT TANDINGI KEAYUAN.

Mari I bicara sedikit tentang contest itu sebelum kita proceed dengan Sesi Soaljawab Hamis.




Nama pertandingan:Carefree Queen
Website: http://www.carefreequeen.com/
Apa perlu buat: Beli Carefree, simpan resit. Rakam video paling feminine dan ayu dan spontan (ada 10 aksi tersenarai yang anda boleh pilih). Hantar.
Cara nak menang: Suruh kawan vote.
Kalau menang: Dapat belanja Hanis laptop mini tu.
Siapa boleh sertai: Perempuan ayu dan yakin boleh.
Bila boleh mula: Entah, rasanya start in Sept. Tapi tarikh tutup 31 Oktober 2009.
Sesi soaljawab bersama Hamis

Apa itu Carefree?
Carefree ialah produk panty liner yang saya guna sejak dulu lagi untuk menghalang kelembapan di bahagian-V yang memberi rasa tidak selesa. Kalau tak guna rasa tak segar. Lembap-lembap or peluh-peluh ew. I dah lah gadis aktif! Eceh, aktif menari gonjengs yaw.

Kenapa Carefree?
Sebab saya pinjam kakak Liana punya, lepas itu macam best, malas nak tukar brand lain.

Apa yang paling best tentang Carefree?
Menyerap dan selesa. Bila beli panty liner ini rasa macam taknak buka sebab cute sangat, kecil, empat segi dan merah jambu. Aww lihatlah kecomelannya.


Untuk yang tidak tahu, boleh Hamis terangkan perbezaan sanitary pad dan panty liner?
Eleh senang je. Sanitary pad pakai masa period. Panty liner pakai hari-hari (tipis, tak terasa pun).

Oh sebelum terlupa, Carefree sudah keluar dengan produk baru iaitu Carefree Acti-Fresh Healthy, sudahkah anda mencubanya?
Oh yang menyerap 3x lebih kelembapan itu? Ya! Kalau ada iklan dia cakap ia menyerap lebih daripada panty liner nipis lain dan ada ekstrak Tea Tree semulajadi yang dapat mengawal V-odour sepanjang 8 jam sekeping, anda iya kan aje :B




Okay as you all know (kalau dah cekidaud http://www.carefreequeen.com/) , ada banyak kategori aksi spontan yang boleh dipilih like buat muzik video artis, catwalk seperti supermodel, aksi pertahanankan diri, atau tayangkan bakat menari anda!


AND I'VE CHOSEN, THE DANCE ACTION!

Okay bye.

Sunday, 20 September 2009

Salam Lebaran


Di kesempatan ini (intro dah smart dah macam RTM), saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya dengan sepenuh dan seikhlas hati, ingin memohon kemaafan atas sebarang kesalahan, ketelanjuran, kekurangan yang terimpak kepada sesiapa sahaja yang pernah mengenali, yang pernah berurusan dan yang pernah berduka bersuka bercita dengan saya. Hanis Zalikha tidak dilahirkan sempurna semua segi, dan Hanis Zalikha berasa kesal andai pernah menyakiti sesiapa sahaja atau melakukan perkara yang tiada logika yang kita sahaja tahu. I am sorry, I truly am. Just wait for my personal apology to reach you :)



Ini gambar lama, Tingkatan 4 mungkin. Even dengan orang yang tangkap gambar ini, saya ingin memohon kemaafan. Lama tak contact awak ;) Teringat masa saya lepak rumah awak, baring-baring, awak pegang kamera dan kata "Hanis senyum". Saya terus tutup muka, sebab sedar wajah gemuk kalau dari angle atas haha. Maaf Zahir Batin, Fatin.

Wednesday, 16 September 2009

Ini Peluang Anda

Untuk Sesi Temujanjirock Bersama Hamis di isu keluaran hadapan, anda boleh menyertai keseronokkan ini dengan bertanyakan soalan yang anda teringin nak tanya! Tapi hanya soalan terpilih akan disertakan dan dijawab eksklusif, mungkinkah ia soalan dari anda? Soalan terpilih akan mendapat link di sini. Soalan terbaik akan mendapat blog review dari Hamis sendiri!


Berminat? Sertai sekarang! Hanya terbuka kepada warga emas. Haha kecewa tak dengar yang itu? Okay takde ah, seriously. Tanya soalan sekarang :)

Sunday, 13 September 2009

Indah Khabar Dari Rupa

Ya, itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan wajahku eh eh bukan, mengambarkan rumahku kini, oh ya dan wajahku juga T_T Yang bakal anda lihat adalah rumah saya sebulan lepas, sewaktu proses pengubahsuaian belum dijalankan. Sewaktu rumah tidak penuh dengan kuih-muih berbalang-balang.
















Cantik kan? Indah kan? Ini semua decorate sendiri sebab takde duit nak upah Interior Designer T_T Mama jemput siapa yang nak beli kuih raya, masih ada stok lagi, sebab bake lebih :) Call 012-3959779 kalau nak datang rumah kami yang dah tak rupa rumah, tapi rupa kilang biskut Hap Seng yang ada bayi merangkak-rangkak kat lantai. Bahahaha.




Oh untuk yang dah datang, borong semua kuih dalam penglihatan anda, terima kasih banyak, maaf kalau saya selekeh mengendong bayi seperti si Madura mana tah. Takpe, kalau datang hari Isnin, saya dah balik Segamat.






Kepada warga UiTM Segamat yang kirim kuih cokelat bersalut bread crumb rangup, inilah rupanya. Maaf mampu marketing through sms sahaja. Tapi yang ini memang best selling, I reserved khas untuk y'allz. Yang Nestum Raspberry dan Peanut Butter Sandwich takde sample untuk tangkap gambar, takpe dijamin halal lagi sedap enak menjilat balang :) Tunggukan kepulangan kita Isnin ini!

Saturday, 12 September 2009

Mari membeli-belah

Entri ini banyak gambar tahu. Bukan banyak gambar tauhu, tapi banyak gambar tahu (bunyikan sebagai 'tau'). Itu sebenarnya warning/amaran, tapi dah tak macam amaran dah bila terexplain pasal tauhu.


Tadi keluar rumah untuk event berbuka puasa di Alexis, The Gardens, tapi tak sempat. Maka sampai lepas dinner, terus pergi cari kebaya murah. Emak tanya kenapa saya asyik pakai high-waisted jeans, di mana saya balas, sebab ianya jeans? Kita kan selalu pakai jeans ulang-ulang. Mungkin sebab seluar jeans high-waisted ini lebih menyerlah, maka tak boleh pakai selalu. Nasib I jenis tak kisah eleleh.


Tapi pemakaian kali ini telah di-twistkan dengan meminjam kemeja putih adikku Khairi bahaha. Oh saya memang suka pakai baju putih, sejak lahir lagi. Emaklah, selalu sangat beli kain napkin putih masa I bayi, kan I dah terbawa-bawa sampai besar (fitnah tak konkrit).



Terima kasih emak sebab rajin layan karenah I pergi beli-belah atau event. Susah nak jumpa emak precious sebegini. Oh dia pesan, jangan lupa cakap "ini muka tauke kuih" kalau nak letak gambar ini.







Takkan saya beli-belah seorang je kan? Seperti yang dijanjikan, kasut wedges dari Charles&Keith yang tersalah beli. Ianya sangat selesa tapi saya dah ada 3 kasut putih (nak salahkan emak beli kain napkin putih lagi, tapi tak jadi).


Boleh start bidding buat kasut raya! Price permulaan yang sangat murah, RM60.00. Kalau nak, tinggalkan komen atau email (haniszalikha@hotmail.com) dengan subject HHMD. Siapa boleh ambil kasut ini di rumah lebih amat sangat akan dilayan :)


Nama
Lokasi
Harga bidaan


Kasutnya!
Jenama: www.charleskeith.com
Size: 7/38
Colour and design: White wedges




Okay sebelum pergi, harus kredit baju kemeja Guess kepada Khairi (alasan nak letak gambar banyak-banyak).


Okay bye.