Sunday, 31 January 2010

Bersedia untuk jatuh cinta?



Oh bukan saya, saya dah terjatuh tergolek dah pun, now this is for girls out there! Girls ya, bukan wanita, sebab cowok gantang yang I nak perkenalkan ini adalah lelaki yang lahir tahun 1990. Umur gw! Are you ready to fall/drool/salivate? Ahhh, are you ready to hit rock bottom? Are you ready to join Spongey and Patrick in Bikini Bottom?! *suddenly.



I've been there, at your schoolgirl's age where we constantly need someone to have a crush on, to face life challenges each and everyday, and say "Oh it's okay I'm going back home to my Hidetoshi Nakata's poster" or "I can get through this by looking at the school magazine few years back with my senior's class pic in it and him standing at the center" *wah begitu detail sekali.



Oh Nakata, FIFA would be very alien to me if you're not there for me to stalk.



Everyone needs a drive or something to be passionate about to get through life. So now I'll give you this, a virtual crush you can listen to every single day, singing love songs and making you smile with his megawatt smile. His smile is contagious, you've been warned :D First up, lagu Freeze. Lagu Freeze? What's that? Siapa suka? I know right. Tapi bila Gamal yang nyanyi terus hafal sekali verse chorus bridge semua :')



Audrey is one awesome singer too. You have to watch this, she sings effortlessly. It runs in the family :')



This is the very first video I stumbled upon Gamal (and Audrey -_-. Kau gatal Hanis dari tadi Gamal Gamal Gamal je). I saw it on Marlisa's supercool fashion blog. Check her out okay, she's my BFF. Aww Gamal rambut dah panjang in this video Telephone by Lady Gaga ft Beyonce cover :') Boys boys boys they come in messy hair :')


Kalau sudah terjatuh, mesti mahu lagi kan? Bagaimana? Follow him on Twitter! Apesal I macam gila-gila promote ni? Ish ish ish nah nah ambil ambil, silakan *teruskan juga promote*


Okay so there you have it, your handsome crush for the year 2010, Gamal. As for Hidetoshi Nakata, it will remain mine. Eppp don't touch.




Selingan lagi: Jangan rasa terasing sangat dengan Twitter hanya kerana handphone anda tidak secanggih atau terlalu klasik bak rama-rama (Nokia Butterfly, stating the obv), kerana Twitter, selain boleh diupdate melalui web, boleh juga diupdate melalui sms, kalau anda tiada Blackberry dan sebagainya. Update Twitter melalui SMS? How? Hanya Xpax tawarkan benda alah ini. Something like bayar RM1 seminggu, dan hantar seberapa banyak Tweets mengikut kesukaan hati anda melalui sms sepanjang minggu itu. Tapi! Kalau guna Blackberry lagi baik. Sebab Xpax pun is on Big Freekin Sale di mana BB Data plan for Xpax user adalah PERCUMA/FREE pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad). Sale ini juga merangkumi barang-barang muatturun yang mendapat potongan diskaun 50% pada jam gembira (Happy Hour). Cekidaudyol, XPAX BIG FREEKIN SALE. Dan bila dah tak terasing dengan Twitter, boleh follow saya dan Gamal. Nakata tiada Twitter, I dah try cari T_T

Friday, 29 January 2010

Posto! Posto! Suka! Suka!

Ya semester ini amat demanding di mana sangat crucial untuk saya keep track of everything that's hapening and will be happening all around me. Kalau dulu asyik ambil job dan pulang ke Kuala Lumpur, semester ini adalah semester skema. Semester makan ikan dari awal semester. Semester jaga kedatangan penuh. Semester basuh baju jangan guna tangan, kau takda masa untuk semua itu. Ewah.


Wah sungguh teruja apabila ada insan-insan terpilih yang melayan kerenah I bila membebel dekat entri lepas minta organizer. Lalu di pos lajukan organizer ke Segamat :') Kepada yang takut-takut nak hantar sebab takde p.o box, dan kepada yang hantar email dulu tanya I dah dapat organizer ke belum, thank you thank you. It's okay now, I dah dapat 3 ketul (ooh lala Siti Aisah dan Abe Karim)

Okay saya tahu selama ini ada mendapat hadiah dari anda tapi tak pernah letak di belog, ini pertama kali. Tapi semua hadiah ada disimpan rapi di bilik dan ingatan tersemat rapi di hati. I remember each and everyone of you ♥


Tapi! Keciwa bila Selasa lepas pergi check post box dan menerima kad undangan kahwin yang bertarikh 23 Januari 2010. Terlepas sudah majlis, baru sampai suratnya. Takpelah, Selamat Pengantin Baru Liyana dan Amirul, semoga dapat anak gebu!




Selingan (wah wah dah pandai guna perkataan selingan): Bukan baju, seluar, tas tangan sahaja ada sale. Kini yang terbaru, Xpax pun ada Big Freekin Sale. Kalau satu download bernilai RM3, bila tiba waktu sale atau dinamakan Happy Hour (jam gembira) semua dipotong sebanyak 50%. Menjadi RM1.50. Masa itulah semua harus bersedia untuk mendownload sebanyak mungkin. Dan kalau terdownload yang berlabel Happy Hour, anda akan dapat percuma lagi satu! Buy 1 free 1 gitu. Kalau nak window shopping je dulu pun boleh, silalah ke laman beli-belah. Parking free -_- Oh Happy Hour (atau jam gembira *ulang) adalah dari 10am ke 12pm. Lagi satu pada 1pm ke 4pm. Dan sesi terakhir untuk hari itu ialah 7pm ke 9pm.

Wednesday, 27 January 2010

Jongkong emas bernilai RM 88,888.00

Mungkin anda tidak dilahirkan dengan bakat menulis. Mungkin anda tidak dilahirkan dengan bakat melukis. Mungkin anda tidak dilahirkan dengan bakat bermain biola menggunakan gigi. Tetapi adakah anda mempunyai bakat meneka? Bukan bakat meneka yang fake di mana lepas tengok laporan kaji cuaca terus pergi dapur cakap kat mak, saya teka petang ini hujan tak perlu jemur baju (-_-“) Tapi bakat meneka seperti melihat orang mengandung boleh teka dapat anak lelaki atau perempuan, seperti melihat sebuah handbag dapat teka mahal atau tidak kemudian baru decide nak pegang dan belek, atau seperti melihat seorang lelaki kacak boleh teka lurus atau bendul atau lurus bendul. Kalau anda ada bakat meneka, BAK DATANG TENGOK BOLEH TAK TEKA SEGUNI KENTANG BERAPA KGs?



Sebab kalau dapat teka, Mister Potato dengan murah hatinya nak hadiahkan anda emas! Ya ketulan emas! Yang Grand prize adalah jongkong emas bernilai RM88,888.00. Mata anda tidak salah. Ada lima angka 8 di situ, sebelum titik. Hadiah pertama RM8,888.00 tunai. Saguhati RM888.00 tunai. Hebat tak hebat?


Okay mari berpikir jauh dan aim jongkong emas bernilai RM88,888.00 terlebih dahulu. Boleh gadai buat beli kereta.


Mula-mula, beli mana-mana Mister Potato pek peraduan dan dapatkan sms code dalam pek itu. Gunakan sms code itu dan sertai pertandingan! (Satu sms code valid untuk satu sms entry sahaja).


Cara nak menang mudah, di sini lah bakat meneka anda bakal di uji. Nak jongkong ke tak nak? Okay focus. Cuba try test uji teka berapa berat kesemua-kesemua mereka termasuk 100 biji kentang dalam kilogram?



Mulakan dengan si dia:


Mister Potato dia ni tinggi sama dengan I, 5’7’. Ukuran perut memang selamanya 50’. 20 tahun lepas, berat dia dah cecah 100kgs. Seratus kg adalah bersamaan dengan seratus packet gula pasir kasar *info tak relevan saja buat tambah-tambah*



Mamat Ortega ni mesti tak berat. Tapi dia lagi tinggi dari I. Dia 5’8’. Ukuran pinggang 29’. Ha teka cepat teka. Dulu masa sekolah menengah dia macam lebih kurang 50kgs.




Tiga Mariachi’s ni kalau berdiri atas each other agak-agak dalam 12’ in height. Haha yang paling kiri sumpah comel nak tarik-tarik misai dia.


Dan yang terakhir. 100 biji kentang ni. Ikut purata seguni kentang patutnya boleh muat 200biji dan berat jadi 25kgs. Okay do the math cepat.



Mungkin eh tiada mungkin mungkin korang memang patut pergi website dia dan buat add math dengan semua clue kemudian kita bincang balik isu ini. Diri sendiri malas nak buat add math T_T


Jongkong emas nak buat bayar hutang PTPTN atau buat downpayment kereta? Klik sini,

www.misterpotato.com.my


Monday, 25 January 2010

Here comes The Supermodel of phones


Untuk menyenangkan semua pencari talipon bimbit, penggemar teknologi dan fesyen, marilah kita menterjemah dan meringkaskan LG CHOCOLATE BL40, Phone Reviews by The Fashion Experts.


Charlotte Sinclair, Commision Editor, Vogue Magazine.
Charlotte ialah pengguna iPhone okay. Dia membuat statement “LG telah mencipta satu persaingan yang kuat bagi iPhone”. Dia juga terkesima akan kewujudan aplikasi kamera 5 megapixel dan video kamera yang berfungsi betul-betul macam video kamera, dengan fungsi zoom dan kontra segala. Tapi penekanan dalam reviewnya ialah dia betul-betul berasa phone ini sangat senang diguna. Serius. Dia tulis ini dua kali, “It’s really easy to use” “Really easy to use”.


Maka ini harus direkemen kepada orang yang malas nak godek phone untuk belajar lebih lanjut. Sebab ia sangat senang nak guna, harus rekemen kepada ibubapa.




Dylan Jones, Editor, GQ Magazine.
Ha Dylan ini lah yang melabel talipon bimbit ini sebagai talipon bimbit bak peragawati. Kerana LG Chocolate baginya sangat berkilau, searus dengan trend dan sangat slim. Memang seperti supermodel! Dia taksub dengan kepanjangan talipon bimbit ini dan kelebaran skrinnya (wide-screen display). Dylan juga membuat statement “And for what it's worth I like it a lot more than the i-Phone”. A lot more ya kawan-kawan.




Mansel Fletcher, Style Editor, Esquire Magazine.
Nama jawatan pun Style Editor, mestilah Mansel ini peka dan tekankan kecantikan luaran. Dia sukakan jalur merah di hujung LG Chocolate yang berkontra cukup hebat dengan warna hitam berkilat talipon tersebut. Dia kata, apabila dicampak ke dalam beg, dan tenggelam ke dasar beg, memang sangat senang nak cari! Statement beliau "There are alot of phones on the market, but the Chocolate quietly stands out, which is much the best way in my book". Dia tak sangka, kecantikan luaran ini, sejajar pula dengan kecantikan dalamannya (fungsi).


Ha hebat tak hebat? Mari gembar-gemburkan lagi kehebatannya.




Marrisa Bourke, Creative Editor, ELLE Magazine.
Marissa sukakan the fact that ia kaliscalar (scratchproof). Kerana orang yang paling ganas pun boleh gunakan talipon bimbit ini. Malahan kamera ia datang dengan lens Schneider-Kreuznach serta fungsi flash. Marissa kata, ha bolehlah tangkap gambar terus upload dalam blog fesyen anda. Paling tak boleh blah, statement beliau “The LG chocolate scores 10 out of 10 for looks, style and performance. It's a must-have."




Semua menyanjung rekabentuk dan keunggulan paparan grafik phone ini. Oh juga kepanjangannya. Personally, why I like it longer? Mestilah sebab bila browse internet tak perlu scroll ke tepi ke tepi (-_-“) dan ke tepi lagi.

No more ke tepi ke tepi *emoticon talk to the hand*


Sumber, klik sini untuk info lanjut.

Nak menang LG Chocolate? Kena menang, sebab nak beli terpaksa ikat perut, sebiji RM2,199 hoh. Hanya perlu tulis entri kreatif bertajuk “Why I like it longer”, kemudian letak gambar (di bawah ini) di hujung entri anda dan submit link ke: whyilikeitlonger@nuffnang.com.



CEPAT SERTAI PERTANDINGAN TAMAT 14 FEBRUARI 2010.



Saturday, 23 January 2010

Solekan/Make Up Pengantin





Ya, mama pernah menjadi mak andam suatu ketika dulu. Waktu I masih kecil comel lote, selalu pergi bilik mama dan daddy, godek baju dan aksesori pengantin dalam almari mama. Ingat lagi bajunya bewarna kuning diraja. Dalam hati I, "Eh harap-harap tak perlu pakai baju kuning terang gemilang ini apabila aku kahwin nanti". Mungkin itu adalah doa, sebab itu tiada anak raja pinang *tiba-tiba.




Kini mama nak ceburi kembali bidang yang dia memang pakar, bidang solekan. Selama ini adalah juga dia menceburkan diri, tapi hanya terhadap muka anaknya si sepet ni ha, dah boring dah dia.




Dulu waktu saya masih giat bermodelling, kan selalu jumpa dengan pelbagai jenis mekap artis. Kajian menunjukan (kajian diri sendiri), orang yang cantik akan mekap dengan cantik, I dont know, it's like that really. So waktu model lain buat bodoh je tak kisah siapa mekap, I sibuk nak chop mekap artis mana I nak. Pilih mekap artis yang paling lawa/hensem.




Eleh nak cakap mak dia cantik, mekap cantik lah tu. Hehe alamak tahu pula niat saya, malu I.





Lihatlah perempuan sepet tiada daya tarikan ini boleh ditransform menjadi mata besar dan bibir munggil.



Scha and I at the Film Festival Malaysia. Ya, mama lah mekap artis saya selama ini. Semua event segala. LIHAT TIBA-TIBA MATA BESAR WAH WAH WAH. Terus tak kenal.





Sebenarnya mama suka mekap natural look, tak suka tebal-tebal, tapi nak buat macam mana dah anak dia muka memang patut tepek mekap banyak-banyak T_T Maka kalau nak mama mekapkan di hari persandingan atau pertunangan anda, tebal atau natural look, bolehlah call mama. Nah, 012-3959779 atau shinarostam@yahoo.com. Harga tanya sendiri bye.


Tuesday, 19 January 2010

I simply must share!

Yes, everyone have seen this, and some might even remembered all the steps. TAPI BERAPA RAMAI YANG BOLEH BUAT DENGAN LENGGUK LEMBUT-SELEMBUT MEREKA?!





And! Some of you might have come across this video already, as for me Puteri yang post link kat FB. It's super hilarious I just have to post it up here. Nah, gelak sampai nangis.


Yang tak boleh blah, lembut gila badan dia T_T Adik kat rumah jangan tiru.

Friday, 15 January 2010

Saya Nak Cuti (Sangat!)


Dengar sini wahai orang ramai! Teringinkah anda untuk ditaja bercuti ke luar negara? Apatah lagi percutian anda itu dirakam untuk dipertonton kepada satu Malaysia? Dalami ayat saya satu persatu dan bertindak segara. MAS mengadakan pertandingan Saya Nak Cuti! Siapa nak cuti? Saya! Cepat ulang apa saya cakap. Siapa nak cuti? Saya! Okay saje je, takde dalam mekanisme pertandingan pun suruh ulang cakap Hanis (-_-“)


Hesh saya sendiri sangat teringin nak sertai. Mari bincang mekanisme pertandingan ini. Calonkan diri sendiri atau sesiapa yang layak untuk dapatkan hadiah percutian, dan pilih mana-mana destinasi di Malaysia atau ASEAN. Buat karangan sepanjang 350 perkataan kenapa anda harus diberi peluang bercuti dan apa yang anda idamkan. Hantar gambar calon tersebut dan berdoa untuk menang! Sungguh senang.


Apabila sudah berhasil menang, dapatlah bercuti! Di samping percutian selama 4 hari, 3 malam anda akan dirakam oleh abang-abang Astro Ria kerana anda berpeluang menjadi pengacara rancangan percutian sendiri yang akan disiarkan di channel 104 Astro Ria.


Pasti tertanya-tanya apekebenda membebel tapi tak beritahu mekanisme betul-betul. Kat bawah adalah tiga fasa-fasa pertandingan Saya Nak Cuti yang penting:


Haha, three easy fasa sebelum you’re on your dream vacation and jadi hos rancangan percutian sendiri. Jadi, korang cepat pergi klik www.mastraveller.com sendiri. Daftar dan hantar! So simple. Nah iklan.





Sekarang let me show you a mock entry (contoh karangan penyertaan) by me.


Ke hadapan syarikat penerbangan terulung Malaysia bernama MAS,
Wah pandaikan saya bodek? Baiklah serius sekarang. Saya amat sangat paling teringin sungguh untuk bercuti ke Bali. Tak rugi awak pilih saya kerana nanti bila mengacara rancangan itu, saya pasti banyak membebel sehingga tiada ruang untuk iklan maka semua orang suka tonton kerana tiada siapa suka iklan kecuali kalau ada muka Maya Karin dalam iklan tersebut. Bali menjadi destinasi pilihan kerana t-shirt I ♥ Bali sungguh berpengaruh terhadap minda saya. Malahan, semua orang telah ke Bali maka agak sadis untuk saya mengaku tidak pernah lagi ke sana. Beri saya peluang ini. Selain itu, saya juga ingin berjinak dengan sukan menyelam, bukan kerana ingin diajar penyelam professional yang sangat kacak dan berdada bidang, tetapi semata-mata untuk melihat keindahan dasar laut dan hidupan akuatik yang ada. Makanan di Bali juga kedengaran sedap-sedap belaka. Saya memang suka limau barli. Eh ada kena-mengenakah? Baiklah, saya memang suka makanan laut segar maka setelah melihat keindahan mereka di dasar laut, memang wajib tangkap untuk dijamah beramai-ramai. Malam-malam bolehlah saya jalan di tepi pantai seorang diri menikmati limpahan cahaya bulan dan tiupan angin monsoon ke rambut. Pemandangan di sana kan memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata? Maka saya tidak akan cuba gambarkan pun. Nanti kita pergi sana dan kita rakam terus tunjuk kepada keluarga di rumah. Oh tidak ketinggalan juga peluang untuk membeli perabot rumah dan barang hantaran yang murah di sana! Pasti rambang mata dan nafsu. Perabot rumah dan barang hantaran?! Ala beli jelah dulu kemudian simpan dalam setor sehingga ada yang datang meminang T_T Menyentuh perihal budaya, saya selalu dengar Bali ada wayang kulit yang mengasyikan. Boleh saya tengok sendiri dan bergebang pada rakan-rakan sepulangnya saya ke tanah air! Eh mungkin patut berhenti sekarang takut-takut usaha saya mengarang sambil berangan sia-sia kerana telah melebihi 350 perkataan dan menjadikan entri terbatal. Akhir kata, pilih saya sekarang penat dah ni taip. Oh lupa kena sertakan gambar ya?


Saya sudah nyatakan saya memang gemar makan. Belek menu pun khusyuk bagai membaca novel Bukit Kepong. Credit: Candid oleh emak.

Tuesday, 12 January 2010

Meow I'm late meow

I know it's been awhile since I last posted something up. Too caught up with college! I need an organizer where I can scribble everything down. Lukis-lukis bayangan assignments, coret-coret isi hati, uruskan kehidupan agar lebih teratur, all the deadlines, the meetings zzz. Siapa ada organizer cantik yang tak pakai sila send kepada:


Hanis Zalikha bt Zainal
Kolej Zamrud,
Universiti Teknologi Mara,
Cawangan Johor,
85009 Segamat,
Johor Darul Takzim.




Ceh bagi alamat, teringat KFC Hour, dulu gelabah catit alamat (sebab dia tunjuk sekejap pastu dahlah dia baca laju gila macam nak terbabas) sebab nak hantar lukisan. Alolololo.


Anyway, moving on. Tengok tajuk pun dah tahu I nak berlagak I have new kittens :) Dolce telah memberanakkan mereka! Dolce and Dewa, selamat pengantin baru :)






Yang putih Nougat, yang gelap undecided.




Cak!

Friday, 8 January 2010

Perpisahan tidak pernah mudah


Aku bangun hari ini dengan kesedihan melampau. Kesedihan yang tak dapat aku bendung. Umpama terpaksa merelakan diri melepaskan seorang jejaka pergi untuk terbang ke German dan belajar ilmu kejuruteraan. Eh. Bukan umpama, memanggg. Oh tidak. Nabil please don't go. Sedikit selfish di situ aku tahu. Tapi Nabil, weh aku tak bersedia. Aku tak terbayang kau takde kat Malaysia. Selama ini walaupun aku tak sentiasa bersama kau, at least aku tahu, yang kau berada di sesuatu tempat di dalam Selangor (paling-paling jauh pun Genting ah) di Malaysia dikelilingi bangsa 1Malaysia. Nanti kau kat sana, bahaya! Jangan pergi!



Siapa nak teman aku pergi event dan sama-sama teruja pilih baju apa nak pakai, lepas ini?! Siapa nak buatkan blog assignment aku bila aku tak sempat reach deadline?! Siapa nak belanja makan tempat best-best bila birthday aku nanti dan spend tiga hari bersama berturut-turut tanpa jemu?! Siapa nak pergi Istanbul belikan aku gelang tangan lepas ini?! Dahlah bila kau tanya aku nak apa, aku bagi deskripsi penuh spesifikasi akan gelang tersebut haha sabar jelah kau dengan aku. Oh oh siapa sanggup sabar dengan aku lepas ini??! Kau lah salah seorang yang precious dalam hidupku yang susah sangat nak kecewakan aku. Yang perkataan 'No' adalah perkataan terakhir kau akan pilih nak bagi kat aku, just because kau tak sampai hati. Nabil :(



Aku jadi orang yang tak berapa liar pun sebab ada kawan macam kau. Yang ada dengan aku dari aku Tingkatan 2. Kita selalu have fun the lamest way. Itulah signifikannya hubungan persahabatan kita. Sedihnya kawan aku yang sorang ni nak duduk jauh dari aku. Kawan aku yang selama ini ada dekat. Yang ada nak tolong aku segala macam jenis pertolongan. Dan sokong aku segala macam jenis sokongan. Nabil :(



Kau punya kesempurnaan, sampai kau jadi back-up plan setiap seorang dalam geng kita haha. Memang husband material siot kau. Nanti kat sana kau jaga diri. Aku tahu kau pandai jaga diri, tak risau sangat. Kau dah cukup matang. Kau tak perlukan kami lagi. Nabil :(



Siapa nak teman aku jadi racially confused dan pakai contact lens warna-warna Mat Salleh lagi lepas ini?! Fine.


Siapa tak kenal Nabil, meh baca surat I pernah bagi kat dia waktu kami muda-mudi dulu teehee.


Aku ingat lagi masa aku baru masuk sekolah. Budak baru, kampung sikit, tapi masa tuh aku ingat aku paling hot dalam Selangor. Encik Musawir kenalkan kita dengan menyuruh kita ambil apebende buku ke lcd punye bende ntah kat dalam kereta dia. Kau pun sembang2 ngan aku masa kat tangga dalam perjalanan gi kereta bapa kawan baik kita. Dari situ bermulalah babak hidup aku yang melibatkan kau, Nabil. Aku tau yang kau dulu minat aku. Iz pun tau yang kau dari dulu minat dia dan aku. Dan kita dua-dua tau yang Meon minat amat sangat kat aku. Tapi aku tetap dengan kau (sebagai sahabat handai je ah) dan menolak cinta Meon meskipun Meon ada muka iras kau, atau, sebab dia lagi tua dari kau, kau yang ada muka iras dia. Ya. Walaupun aku rasa muka kau lebih kepada Khai Dambaan Pilu. Nabil, kau seorang je yang paham kemalasan aku nak buat kerja sekolah. Setiap pagi, sebelum aku sempat tanya lagi, kau dah bagi buku Matematik 3 untuk aku tiru. Kau memang prihatin. Selalu kalau ada projek, aku pasti takkan pilih nak kumpulan dengan orang lain selain kau, sebab aku tau kau akan buat semua kerja. Kau memang rakan hebat. Nabil kau sangat pintar, otak cerdas, minda luas. Aku kagum dengan kau. Aku tau kau selalu makan kismis, sebab tu kau pandai, tapi takpe. Aku nak kagum jugak. Nabil, kalau satu hari nanti kau dah jumpa perempuan yang kau nak jadikan makwe, aku harap aku dapat kenal dia. DAN TANYA DIA EH BONGONG KENAPA KAU PILIH LAKI NIH. Eh tak tak. Salah. Tu dalam hati je. Nabil, aku ingat lagi kau, dengan sifat rendah diri dan pemalu kau. Malu nak buat ujian oral bahase inggeris, malu nak pakai hensem lebih sikit, malu nak buat2 jadi pakwe aku untuk halau Meon gi maen jauh-jauh. Nabil, aku takkan lupakan kau, kawan aku yang paling baik (kategori lelaki). Aku takkan lupakan kau sebab bila bapak aku beli Berita Harian muka Khai ngan Rosma selalu kat cover. Aku takkan lupakan kau sebab bila kau balik nanti, mesti aku nak suruh kau bawak belanja makan sate Kajang ke apeape. Nabil, kau selalu buat diri aku rasa macam lawa. Selalu aku rasa sorang2 je. Tapi bila aku dah jumpa kau, kau lebih yakinkan aku. Kau selalu nak aku jadi peragawati. Kau percaya pada aku. Kebolehan aku. Nabil, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih untuk memori ini. Marilah kita (okay aku tau ayat "marilah kita" ni bunyik macam dikir barat sikit tapi kau baca ah dgn nada biasa je) dewasa bersama. Nabil Aizat, kawan baikku, bekas ahli kelab boling Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield.


Kelakar doh baca balik surat ini haha. We were so young! Sedihnyaaa. Hesh nasib baik aku dah ada Abe Karim.




Karim.

Tuesday, 5 January 2010

Hanis Zalikha dalam Berita Harian

Siapa tak sempat pergi stesen minyak beli Berita Harian atau bila orang surat khabar campak Berita Harian dalam pagar tapi tersasar masuk longkang dan basah lenjun maka terlepas Saturday's Pullout yang ada muka I extre sepet, silalah kelik Berita Harian Online. Terima kasih Berita Harian kerana feature story I secara ekslusif, terkejut I tengok muka I dicetak sebegitu besar, walaupun muka sememangnya lagi besar dari badan (ala-ala Bratz) sejak lahir, tapi still terkejut. Write up yang sungguh lengkap dan terperinci :')


Sebab ramai dah tanya macam mana nak buat duit melalui blog, saya berasa terpanggil untuk memaparkan satu entri khas di sini. Tapi not tonight bebeh. I nak buat laundry dan lap perabot.

Lap perabot, bunyinya sungguh gigih.

Monday, 4 January 2010

Semangat baru!

Cuaca hari ini terlalu indah untuk kata-kata. Okay, tapi takpe I akan cuba jugak cari kata-kata untuk menggambarkan cuaca hari ini. Cuaca hari ini sempurna, tak panas tak terik, tapi tak hujan, sedang-sedang elok suhunya, di mana tidur petang bukanlah satu pilihan, tetapi satu daya yang jarang-jarang dapat dilawan dan apabila bangun haruslah menggagau mencari biskut Hup Seng untuk dicicah milo panas.

Agak lambat mengemaskini belog akibat tuntutan pendidikan. Ya, telah menjejakkan kaki ke kampus kini. Di sambut berita gembira di mana saya sebenarnya dapat bilik kolej. Heh okay encik bonzer, awak boleh balik sekarang, false alarm (-_-")

Mari kita calculate pencapaian hari ini. Pertama, terjaga mendengar bunyi alarm pada pukul 6.30 pagi, tunggu tunggu jangan tepuk lagi, dan.. TIDAK MENEKAN SNOOZE LALU TIDUR KEMBALI. Okay boleh tepuk sekarang. Sambil berdiri.

Kedua, sempat ke dining sebelum ikan keli masak cili habis! *bergelinang air mata gembira*

Ketiga, hadir ketiga-tiga kelas yang ditetapkan. Ada tiga perkataan tiga di situ. Okay kini ada lima.

Keempat, hadir ke semua kelas yang ditetapkan dengan mengekalkan tudung di kepala. Harus call nenek di kampung untuk kejayaan ini :')


Sesepet-sepet manusia apabila tidak mekap. Tengok kami teruja meja belajar baru warna kuning! Masih dalam plastik!




Cover balik teruja dengan ekspresi macho.




It was definitely a comfy comfy day (sebab satu badan cotton) hence, muka nak tidur.



Okay dah dah. Esok update lagi.

Friday, 1 January 2010

Hanis Zalikha in the news

Pergh tajuk tak boleh lagi gempak. Sungguh memperbesarkan benda yang kecil. Like making mountain out of mole hill atau melayunya, membuat gunung menggunakan bukit tahi lalat. Hanis tak baik tipu orang, nanti diorang terguna peribahasa awak dalam esei SPM. Zzz.




Kalau yang beli suratkhabar Kosmo! Rabu lepas, pasti terserempak dengan dia ini lagi (rujuk gambar di bawah).





Ya itu dia. Gambar pegang talipon bimbit terbalik. Bahah! Touchscreen siot.




Kena posing seperti tengah berfikir. Tipu gila tau gambar ini. I kalau tengah berpikir muka seperti baru lepas makan jeruk.





Kemudian photographer baik hati send gambar yang did'nt make the cut (tak dipaparkan dalam artikel) kepada I. Semua poyo tau, jangan kesali bila anda scroll ke bawah.


Takde benda lain ke nak guna untuk posing (-_-")





Suruh pura-pura tulis journal, muka jadi serious baca isi-isi journal I yang dah lama tak sentuh.




Ceh ceh ceh control handsome. Okay siapa tak sempat beli surat khabar boleh baca artikel itu di sini Kosmo! Online.




Atau tunggu Sabtu pula untuk saya keluar Berita Harian hehe. Oh Berita Harian 2pages okay! Yang ini ada emak dan adik-adik sekali!


Okay bye nak siap untuk the first interview for the year 2010, pukul 11pagi nanti!