Monday, 26 April 2010

Makhluk-makhluk comel




THIS IS A SUPER ADORABLE VIDEO! Found, here. First, how can something so sad, be so adorable?! How can you make me menangis tapi senyum menangis tapi senyum with all the menyedihkan gila emotions?! But this video did anyway, gila comel x10, tapi jangan nangis, cheer up. Teringat dekat kucing kesayangan :’)
MUST WATCH *CLICK*




Nama dahlah Wafu dan Pafu macam pau nak gigit! Malu tau bila tengok kartun, pastu nangis. Gembeng gila aku ni. Tengok Lion King lagi ar, dalam 20kali tonton, 27kali nangis -_- Anyway, good job, Jian Goh aka Akiraceo dalam memaparkan lurve antara WafuPafu dengan tuannya. (dalam video tuan adalah kucing, omg comel haha) and made me cry and want to eat out of sadness. Eat Wafu’s and Pafu’s favourite snack. Dan ia adalah Lurve snack, kan? Okay yes Lurve snack.



The only kitty (among all my kitties yang banyak gila macam boleh buat international kitty trade business ke apa tah) I could relate to when watching this video is Aisywarai.

In loving memory.


Aisywarai is like my baby okay. Didukung diberi makan dimandikan seperti anak sendiri :’( Waktu I nak pergi belajar di Johor, I kata nak bawa Aisywarai sekali, pastu last-last tak jadi. I rasa dia dengar, dan membawa diri, sebab sehari selepas pemergian I, she left the house. AND NO MORE AISYWARAI I CRIED MY HEARTS OUT. Tengok video ini terus teringat betapa dia suka kacau I tidur dan makan makanan I waktu I tengah pandang tempat lain -_-


Tapi, just like the video, everything has a happy ending. KAN SEKARANG DAH ADA 11 KUCING HAMBEK KAU TAK CUKUP TANGAN ASYIK NAK KENA BARTER TRADE AJE. Teehee. Maka dalam setiap kesedihan ada terselit kegembiraan yang kita kena cari sendiri, selalu look at the bright side dan bersyukur dengan apa kita ada.



Bersyukur dengan apa yang kita ada ya.




Pertambahan kegembiraan.



“We will take over the world.”

Saturday, 24 April 2010

Itu sahaja.

Semakin kau dewasa, semakin banyak perkara yang memerlukan kau untuk beri kata putus. Susah sebenarnya jadi dewasa. Semua keputusan yang kau buat, perlu diambilkira akibatnya. Semua keputusan yang kau buat, tidak boleh ditunding jari kepada orang lain bila hasilnya tidak memuaskan. Kau teringin tak, nak jadi kanak-kanak balik? Biar mak bapak buat semua keputusan dan kau cuma perlu pergi sekolah, balik sekolah dan jangan tengok tv melebihi pukul 10 malam je. Dan jangan sangkut towel merata-rata lepas mandi. Itu je yang perlu kau risau. Rindu kan? Tapi kalau kau nak balik ke zaman dulu, kenapa kau taknak semua keputusan yang engkau perlu buat sekarang, biar mak bapak kau yang buat? SEBAB KAU KONON TEREL, HAMPEH BETOL KAU.

Monday, 19 April 2010

Tips diet mudah, cepat, sihat, gembira



Ramai teringin nak tengok saya gebu, eh bukan, ramai nak tengok saya debab 4.1 kg waktu bayi sehingga nak dukung tak larat, akibat sayang, bapa mengangkat juga maka kini selalu sakit pinggang. Maafkan anakmu. Jadi sebelum memberitahu sekalian orang kampung tentang cara pemakanan saya, wajarlah saya pamerkan gambar bayi debab of the year 1990.



I was indeed a tall baby. Patutlah berat. Gemuk dan panjang rupanya. Lihat sahaja muka Kekna yang macam nak tercirit terpaksa memangku adik debab. Maafkan adikmu.




Kini tidak lagi dengan Tummy Trim. Okay tiba-tiba.




Dah cukup. Gila lama I melalut saja je taknak bagitau cara pemakanan I. Baiklah, kita mulakan dengan bangun pagi. Gosok gigi. Cuci muka. Ha, ha, nak ke laut lagi.


He he he. Okay bangun pagi, mesti makan. Breakfast amat penting sebab tanpa breakfast kau akan makan banyak untuk lunch dan makanan lunch selalu kalori lagi tinggi daripada makanan breakfast so lebih baik makan breakfast, dan makan moderate lunch. Maksud moderate lunch? Kadar yang tak malu nak bawa pergi kaunter untuk bayar.


Breakfast selalu I makan roti, biskut, gandum (ceh nak sebut semua yang paling bawah dalam piramid makanan). Minum Milo. Kadang-kala makan Milo. Tapi memang tak suka skip breakfast. Kalau ada kelas pagi pun, make sure campak cereal bar dalam beg.


Lunch pula adalah fiesta makanan untuk I. Waktu paling excited ever. Selalu makan nasi dan dua lauk sebab kalau ambil tiga lauk memang lama gila nak pilih sebab rambang mata. Lauk selalu sama ada ikan dan sayur. Ataupun ayam dan sayur. Jarang daging, sebab mama kata daging tak elok. Daging cuma makan yang emak masak sahaja. Tapi sayur mesti ada. Ceh bila dah besar dah pandai makan sayur teehee jaga kulit teehee.



Kalau ada buah lagi bagus, sebab mesti makan buah dulu sebelum nasi. Contohnya pisang. Pisang sebatang agak mengenyangkan maka nafsu makan sudah tertutup sedikit, jadi tak makan nasi banyak sangat. Buah elok makan dahulu (kalau tak silap ia adalah sunnah Nabi SAW, correct me if I'm wrong) sebelum makan nasi, sebab buah lebih cepat hadam jadi ia tak jadi toksik kalau berada dalam perut, terlebih dahulu sebelum nasi. Paham tak apa saya cakap ni?



Okay macam ni ha, penat I lukis. Yang bertindih itu bukan burger ya Alisya -_-. Itu ialah ayam, kemudian nasi dan kemudian pisang. Tengok dalam gambar rajah, pisang kat bawah sebab kita makan pisang dulu. Baguslah kita makan pisang dahulu, sebab dia hadam dahulu dari nasi. Jadi kalau dia dah hadam, dia boleh keluar dahulu. Tapi kalau kita makan nasi dahulu, pisang akan berada di atas. Bila pisang hadam, dia takleh keluar sebab nasi yang kat bawah, maka dia jadi toksik kepada badan sebab tak dapat keluar just because nasi belum hadam.


Senang, konklusi dia begini. MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN NASI SUPAYA TAK TERINGIN MAKAN BANYAK NASI, SO TAK DEBAB. BADAN JUGA SIHAT KERANA MAKANAN TIDAK MENJADI TOKSIK DALAM PERUT. MAKAN PISANG SILA KOPEK KULIT DAHULU.


Sekarang makan petang. Wah siap ada makan petang bagai. Ya, makan petang memang penting. Tadi kau kata breakfast penting, sekarang makan petang pulak penting. Kau memang kuat makan sebenarnya. Eh! Tapi tapi tapi makan petang memang pentinggg. Kalau tak makan rasa macam there's something missing in my day. Wah! Gitu.. Makan petang selalu makan benda-benda manis atau best macam kuih muih goreng pisang dan sebagainya. 'Dan sebagainya' itu termasuk nasi ayam, soto nasi dan nasi tomato. Tak tipu memang macam tu cerita dia.


Seterusnya makan malam! Dinner kalau nak dibandingkan dengan supper, dua-dua sama penting. Hehe. Tapi kalau tidur awal, tak dapatlah supper. Dapat dinner je. Kalau tidur lambat mesti supper. Sebab nanti perut merajuk. Makan BANYAK KALI takpe. Jangan makan banyak tapi SEKALI. I makan lima kali sehari. Kita kena ajar metabolisme badan untuk buat kerja. Kalau kita selalu tak makan, nanti dia tak buat kerja. Pastu cepatlah badan naik, kalau makan lebih sikit. Paham tak apa saya cakap? Ke nak kena lukis lagi?

Senang cerita dia macam ni, makan buah, makan nasi, makan lima kali sehari, kunyah 40kali supaya senang hadam, jangan diet lebih-lebih nanti metabolisme manja. Setel? Eh asal macam garang. Mesti sebab belum makan. Bye mak masak sambal petai hari ni.




Saturday, 17 April 2010

Some notes and whatnot

Hey hey how is everyone doing? Hope everything is well yeah? I am still compiling the list on my diet plan. My so-called diet plan. Don't worry I will not disappoint. Mislead, maybe, but not disappoint haha. Anyway, what else what else, oh my most favourite drink in the world is still having the Slurpee Video contest, try that out for a chance of one year free Slurpee supply and some other cool stuff like island vacay woohoo! Closing date this Sunday (April 18), so hurry! Read more about it in my previous entry.


I guess it's old news that everyone will be sitting for their finals in the next 3weeks, so I pray for everyone's success okay? I will try to update as much as I can, as it is very unlike me to not update during the finals he he he. Please eat more fish, it's good for your brain. If time permits, I will update on the fish diet that I sesuka hati made up. You can try it if you want he he he.


What's with all these cheeky laughs sigh I need to get back to bed now. Goodnight goodlooking people. And that my friend, means everyone with kind heart.

Monday, 12 April 2010

Sony PSP dan iPod Touch untuk adik




Buat adik-adik kat rumah, the monter jambus, I know you’re reading this so this is for you. Sebab korang suka main game, YANG TAK MENDATANGKAN FAEDAH LANGSUNG BUKANNYA BOLEH MAKAN SEMUA TOMATO YANG DIHARVEST TUH, lebih baik baca belog Kaknis pastu masuk semua contest yang Kaknis cakap kat sini. And now ada satu contest yang korang mesti boleh menang, and hadiah pun dapat Sony PSP, so kalau menang (KALAU KU BILANG KALAU) Haffiz ngan Alisya takyah main Baim punya PSP dah.


Dahlah game ni senang gila pastu oleh cokelat favourite keluarga kita. Dari kecil kalau pergi Toys R Us, memang takkan dapat beli mainan so emak bapak nak sedapkan hati offer nak belikan gula-gula atau cokelat-cokelat kat kaunter je, so mesti ambil Snickers. Kekna yang start suka Snickers dulu, pastu semua adik-adik ikut. Yumm meleleh air liur type pasal Snickers.

Okay lepas lap air liur, teruskan type. Ni ha game dia. Dengar leklok. Pergi www.snickersgame.com . Daftarkan diri. Dan main! Senang gila, yang penting kumpul score banyak-banyak untuk jadi yang tertinggi.



Comel borang daftarkan diri, macam coach tengah ambil nama nak masuk MSSD.




Hadiaaaaaaaaaaah. At least bersengkang mata main game pun tahu ada hadiah di penghujung jalan.




Kena cepat-cepat type huruf-huruf berlampu untuk gain power nak tendang bola. Then aim, dan tendaang.




Aim elok-elok, tengok Kaknis tendang ke mana -_- Bahaya siapa main bola dengan I.




Nampak macam senang, macam eh dah bak lah sini PSP tuh, tapi tengok highscore orang lain T_T

Takpe usaha usaha usaha untuk iPod Touch atau Sony PSP. www.snickersgame.com, selepas pulang sekolah ya?

Friday, 9 April 2010

Mari Berdiet Bersama Hamis Jalikha



Apakah maksud diet? Diet ialah cara pemakanan kita. Dalam perkataan diet itu sendiri ada bermaksud 'makan'. Jadi apabila tajuk yang dipilih adalah "Mari berdiet bersama Hamis Jalikha", seolah-olah mengajak anda mari makan bersama Hamis Jalikha yeay.



Baiklah serius sekarang *kening rapat*. Ramai sudah bertanya apakah cara terbaik untuk mendapatkan tubuh yang langsing, bolehkah Hamis berkongsi sedikit tips. Masalah langsing atau tidak si Hamis itu sebenarnya, tidak harus kita ketengahkan. Tidak harus.


Bila diajukan soalan sebegitu rupa, saya pun haruslah mengkaji cara pemakanan saya, dan ini adalah apa yang dapat saya bentangkan hari ini.


Waktu lahir saya merupakan bayi gemuk. Emak memberi statement makan dalam di mana waktu mengandungkan saya, dia hendak langkah longkang pun tidak boleh. Terlalu membebankan anak ini, dan keluar dari perut ditimbang 4.1kg , kalau jual kat pasar, orang yang beli kena bawa trolley yang tarik tuh untuk angkut pulang. Begitu gemuk.


Sejak lahir diberi makanan yang tidak mahu kalah sedapnya. Memang tembam pipi macam pipi Sin Chan kena cubit, tapi masalahnya I punya tembam takkan reda-reda, atleast Sin Chan dalam babak seterusnya lebam tembam cubit itu dah hilang. Tragis.


Kejian cara pemakanan Hamis bermula sekarang. Sejak darjah 4, para pendidik saya sudah menekankan, untuk menjalankan sesuatu penyelidikan, kita harus letakkan fokus. Fokus kita adalah untuk menjawab what, who, when, why, how. Mari.


What?

Hamis's Diet: Baiklah diet saya tidak ada limitations. Amboy menipu kuatnya. Okay fine, diet saya ada limitations. Saya limitkan diri memakan dan meminum yang halal sahaja. Itu sahaja. Itu sahaja. Yang lain semua boleh boleh bolehhh. Kerana walaupun kita bukan hidup untuk makan, tapi kita harus akui makanan adalah satu keindahan yang harus dihargai.


Indah.




Who?

Hidup pula dikelilingi orang yang sama ada pandai masak, suka masak, atau suka bawa tempat makan best-best. Indah. Ha dah dua kali dah sebut indah. Sinonim betul perkataan ini dengan makanan.



Pakcik belah bapa terel masak.



Emak kalau orang datang rumah menjamu macam nak buat kenduri kahwin.





Diri senantiasa dimanjakan bawa tempat makan lima bintang.





Cukup.





When?

All the time I eat. Even after meal, I still must eat. Most of the time before meal I also eat. Sweet tooth I am.



Cuba teka kenapa saya suka bawa emak ke tempat makan best-best (oh ini gambar masa Nabil belanja, bila sedap mesti saya pula belanja emak teehee)?






Sebab bila pulang ke rumah, dia akan sibuk di dapur menghasilkan benda yang sama tapi 10x lagi sedap. Ish tak boleh jadi ni.




ISH TAK BOLEH JADI NI. BIASA DIA!





Nanti nak bawa emak ke Pan Pacific Singapore pula. YES.




Indah indah indah.




Saya masih rasa saya tak cukup convincing dalam meyakinkan anda betapa saya suka pemanis mulut. Hmm macam mana ni.




After every meal paham tak? Paham tak? Even kalau dekat kampus, stok makanan mesti penuh dalam almari. Nak kena ada desserts setiap kali lepas makan nasi campur :') Selalu emo dengan diri bila nak eja dessert kerana eh eh pencoci mulot atau padang pasir. Tapi cikgu Inggeris kita Puan Haniza ajar, bila stressed kita makan desserts. Maka terbalikkan ejaan stressed kita dapat putu piring manisss.




Where?


DI MANA ADA MAKANAN DI SITU ADA JALAN.



Di mana ada hati di situ ada taman *tiba-tiba*



Meraikan adik handsome.



Di rumah, masak sendiri. Waktu kebuluran apa pun sanggup. Belajar masak terus sanggup.



Di gedung perabot.



Di kedai apek kaya.



Di antara kelas Arab dan kelas Macroeconomy. Betapa comel nafsu masih mahu makan lebih maka lontong tidak cukup dan ambil nugget tiga biji.



Di kedai buku, walaupun cream puff tidak sesedap emak punya. Damn you kedai buku.




Di hotel penginapan yang tak menginap pun.





Di kenduri kahwin. Kenduri kahwin sendiri harap tidak buruk makan.





HOW?


*Gambar pinggan Ikea credit to Asliza



Ha how? ini lah yang kita akan discuss di lain masa. Jangan tukar channel. Epppp simpan control celah kusyen sekarang pastu buat-buat cari tak jumpa.

Wednesday, 7 April 2010

GUESS Jeans and I

If you’re following me on Twitter, you would have been there, GUESS? Jeans in Pavilion, to shop with me! Why? Because first 25 people(with Twitter account) to be there at 3pm received RM200 GUESS? vouchers. Thanks to those who came you're the coolest, and sorry I was late, so yang tak sempat jumpa, next time yeah!

GUESS? baru released it’s new skinny jeans range called Power Skinny. So they sent me on a shopping spree to check it out. What a joyful day it was. I super GUESS? Jeans Malaysia.


Bermodelan-modelan pada hari itu.



Throw few pieces together and you have a chic get up. Sukaa. Leather vest, and GUESS? Life, Love and Glam Tunic , and totally cute Daisy Skinny Grey Jeans, RM499.





The same look but with price tag dangling at my back, and without the vest -_-



Changed the top into White GUESS? Tshirt to soften the look. Ada nampak lembut tak? Heh.



Cindy from GUESS? Malaysia helping me out with the jeans. She was so nice! Even those working in the stores were so pleasant and helpful :')





Paradise tank top and leather vest, similar ensemble with the first one but slight edgier. Mungkin sebab vest rockstar itu.





I need more colours in my wardrobe. Yellow is




Yellow plaid top and Brittney Knit Skinny Jeans, RM449.




Oooh another checkered top and Britney Knit Skinny Jeans look good together.





One of my favorite jeans for the day – Star Brandy Bootcut Jeans, but I already have something similar, also from GUESS?. GUESS? Jeans and I go way back okay, dari sekolah menengah. Ceh cakap macam tua sangat padahal baru tinggal sekolah menengah 3 tahun lalu. OMG MEMANG TUA.




Frontal view Grace white shirt and Star Beverly Skinny Jeans.






Quality lain jadinya bila zoom ishish. GUESS? Logo White Tee and Britney Skinny Jeans in Galaxy Blue.




Look at me, I’m going back to the basic colours. Haha whyyy do I love black and white so much?!

Waiting for more clothes and jeans. Ahh the joy.





OMG I REALLY LOVE THIS PIECE, LOOKS LIKE A KEBAYA TOP paired with the Daisy Skinny Grey Jeans. Except the sleeves heh.



Masa tengah try baju-baju, so cute this little Arabian girl came to me and hugged me and asked her dad to take pictures of us together. She was then later joined by her older sister. Haha. Mesti sebab dia tengok eh eh rambut dia sama walaupun dia punya fake -_- I MEAN TAKKAN LAH DIA BACA BELOG AKU.

Banyak kali okay.Sepanjang I kat situ.Ikut je ke hulu ke hilir -_- I was wearing GUESS? Black Logo Tee and white Daredevil Skinny Jeans.


Sampai Marlisa kata “asal budak Arab nih macam clingy gila, dia kenal you ke?” Haha yes my bestfriend Marlisa was there to help out too. She is so my personal stylist!



Love you long time.



Have you figured out what I brought home? Hehe. I LOVE EVERYTHING I TRIED, KALAU BOLEH NAK BELI SEMUA. Tapi RM1000.00, dapatlah 2helai jeans :)



Thanks GUESS? Jeans Malaysia for being so generous and awesome! Check out their Power Skinny range when you’re there okay!