Thursday, 24 June 2010

Cooking Showdown

Malam sebelum penerbangan ke Indonesia, saya turun dari bilik setelah mengemas baju. Tiba-tiba.. (anda dikehendaki menyambung karangan anda dengan tiba-tiba). Adik-adik berlari mendapatkan saya dan memohon "KEKNIS KEKNIS JADI JUDGE PERTANDINGAN MASAK KITORANG PLISSSSH PLISSSSSH" "Apa?! Makan free?! Mana mungkin saya jawab tidak!", bisik hati kecilku. Tak boleh bisik kuat-kuat nanti takleh jual mahal dengan berkata "Kakak Hanis busylah. Tapi kalau nak jugak make sure lepas masak kemas balik dapur". Kehkehkeh. Okaylah tuh. Bukannya suruh urut belakang badan buatkan assignment ke apa.


Dulu ada pertandingan lukis banner belog Keknis tajaan Hafiiz Trading, boleh baca di sini (harus kelik). Tanpa dirancang, tersembul di benak sanubari saya, mungkin saya dilahirkan untuk jadi hakim. Mari tukar course.




Salah seorang kanak-kanak terpilih.



Salah dua orang kanak-kanak terpilih.



Untuk lebih adil (dan tidak di bomoh-bomohkan apabila terpilih kasih memberi markah), saya jemput dua lagi juri (panggil juri je, I sorang hakim) iaitu ibu dan bapa. Adik-adik telah sediakan score sheet yang tertulis Markah untuk: Sedap, Hiasan, Skill ikut umur. Rate 1-5. Ya, skill ikut umur, sebab takkanlah nak samakan si kecil Alisya dan si godang Imran dalam membuat pemarkahan. Ayuh ramai-ramai kita lihat hasil 1jam mereka mengecahkan dapur.



SET 1

Nasi. Goreng. Yang. Sungguh. Masin. Tapi teh sedap.



Set 2

Juadah nenek pergi spa. Dan air anggur.



Set 3

Nasi goreng Pataya, French Loaf & telur, air cokelat. Tengok siap grate cooking chocolate nak buat hiasan, dah rupa Koko Krunch aku tengok. Amat exclusive ya puan-puan.




BURP ALHAMDULILLAH KENYANG JADI HAKIM SAYA SUKA AKTIVITI INI SILA ADAKAN SETIAP MINGGU.
Di sebalik kekenyanganku, berdirinya..






Seorang insan bernama Imran yang gigih memarut sebuku cooking chocolate. Terlalu kreatif bab hiasan. Oh! Dia juga menang sebab sedap.




Hafiiz yang kini sudah handal memasak nasi goreng tanpa kemasinan, hanya kesedapan. So proud of him, pada suatu pagi, saya turun dan lihat ada nasi goreng untuk sarapan, tanya mama siapa masak, mama kata "Hafiiz bangun pukul 6 tadi sebab nak masak nasi goreng". Bagus, kurang tugas saya di rumah ini teehee.




Alisya, budak paling kecoh kat dapur sepanjang pertandingan. Juga pembikin juadah "Nenek Spa".



Ada muka nenek pergi spa tak?




Sunday, 20 June 2010

More hair experiment by me

Okay, tau tak apa yang I baru perasan? Mestilah tak tau, sebab tuh I tanya. Kalau korang dah tau mesti I tak tanya sebab nanti korang annoying kata TAU DAHHH. Vavi.

Eh eh main-main pula. Okay okay serious. I kan pemerhati. Kalau pergi saloon pun I observe semua benda. And! I perasan kalau diorang cuci rambut, mula-mula pakai air panas, pastu cuci lagi pakai air sejuk. Maksudnya macam ni;

RINSE OUT SHAMPOO USE HOT WATER
RINSE OUT CONDITIONER USE COLD WATER


Maka hari ini atau esok atau lusa, apa kata kamu cuba cara ini dan beritahu result. Tak bukan result CGPA kau. Eh tapi tu nak bagitau pun boleh :B Eh hoi, bagitau result keadaan rambut lah. Sebab I dah cuba. Malam tu I mandi, I shampoo rambut then basuh guna air panas, kemudian lumur conditioner pastu cuci guna air sejuk pula. Akhirnya, balut rambut guna towel untuk hilangkan air menitik. Buka tuala (kat kepala, TUALA YANG KAT KEPALA) kemudian biar kering sendiri (jangan gosok2 dengan tuala). Esok bangun pagi rambut lebih terurus. CUBA TRY I NAK TAU RESULT SAMA KE ATAU RAMBUT I JE SESUAI BUAT CENGGINI.

Tuesday, 15 June 2010

Video Hot Panas 3GP

Teehee baru terima video ini beberapa hari lepas. Sungguh menerujakan. Dapat lihat bakat-bakat penghasilan video dokumentari dan lakonan yang mantap. Memang golek-golek guling-guling gelak sepanjang tontonan umum.




HAHAHAHA TAK, SAYA TAK RASA MEREKA ADALAH KIPAS SUSAH MATI STALKER ATAU APA. CUMA TONJOLKAN BAKAT AND BOY, THEY REALLY GOT MY ATTENTION.



Thumbs up Izham Ismail and Aziz Hazmi, you made my week :') Part yang last tuh paling ar :')

Friday, 11 June 2010

Team Chomel

Hello. Saya ada geng baru. Ingat tak saya pergi Indonesia? Saya mendapat geng baru kerana trip tersebut, trip sempena birthday Garuda Airline Indonesia!


Happy 60th Birthday Garuda Airline from all of us, Team Chomel.



Okay mari saya cerita. Yang sebelah saya ialah Isabelle. Isabelle kerja untuk Garuda. Dia yang uruskan kami semua penginapan, makan, kereta, upgrades. Sayang Isabelle. Isabelle adalah sangat penyabar orangnya, menguruskan 5 jenis kepala, 5 jenis ragam iaitu saya, Nicole, Thomas (cermin mata), Niki (pakai topi Oink) dan Joe (baju pink chomel).



Nicole (ada dalam gambar pertama) ialah princess. Sebab Niki panggil dia princess bila dia datang lambat dan suka kereta beraircond. Dia juga princess sebab cara dia cakap lembut aje, dan muka yang lawa. Nicole tak selalu berada dengan kami sebab dia selalu ada panggilan perlu dibuat dan kerja yang perlu disiapkan untuk belognya.



Jadi, orang yang selalu dengan saya ialah the boys, abang-abang saya. Joe, Niki dan Thomas(Tomtom). Joe yang cadang mereka konon-konon abang-abang saya sebab saya sangat muda dan tak berani lintas jalan sendiri dan penakut tidur hotel sorang-sorang.



Malam-malam selepas semua aktiviti selesai saya dan abang-abang keluar hotel lintas jalan super sibuk dekat Jakarta tuh, untuk cari 7eleven. Pusing-pusing dalam 7eleven lama gila. Diorang pilih arak, pastu kata adik jangan sibuk, adik minum ni *tunjuk air yang bukan arak*. Haha diorang jaga saya lebih dari saya jaga diri sendiri. Kalau ada orang nak makan babi, Niki akan make sure orang tuh tak duduk sama table dengan saya. Atau pinggan babi itu berada di table yang lagi satu. Sukanya abang yang sensitif!



Bila saya nak keluarkan duit sebab dah habis 2juta dalam masa dua hari, Joe tak bagi sebab dia kata nanti bank charge mahal. Dia suruh guna kredit kad dia atau ambik je wang tunai dia. Baiknya abang cenggini! Shopping dengan mereka paling best okay! Semua excited gila saling tolong-menolong siapa nak beli apa etc. Ah rindu dioranggg! Niki dan Tomtom ada semua video aksi kecomelan kami eceh.




Lepas dah beli barang dekat 7eleven terus naik bilik tengok The Nanny ramai-ramai. Lepas tuh sembang-sembang, makan megi. Kemudian sembang-sembang lagi. Banyak betul nak disembangkan. Sampai macam taknak tidur. Tapi esok kena bangun pagi, so pukul 2 pagi semua berangkat pergi bilik masing-masing. Tomtom terpaksa hantar saya si penakut nak balik bilik sampai depan pintu haha. Sebelum tuh Joe dah pesan, Hanis make sure kena mandi walaupun dah lewat, kalau takut bilik hotel, tackle tandas hotel dulu. Pesanan yang I akan ingat sampai bila-bila.




Banyak suka-duka dalam trip ini yang merapatkan kami. I wouldn't change a thing about it :') Okay ini adalah entri pengenalan watak. Entri-entri akan datang bakal menceritakan pengalaman saya di sana bersama Team Chomel! Err nama Team Chomel bukan sebab perasan ke apa eh. Tapi diorang suka mock saya sebut comel sebagai 'chomell'. Pembuli!

Thursday, 10 June 2010

Your pair of smilling eyes



I want to be in the prayer of your desires.
I may not be the prettiest, but I will be the most honest.


Saturday, 5 June 2010

Diari Debab

Saya baru lepas minum susu Keknis bancuh. Weee rindu Keknis. Hari tuh Keknis tinggal saya 4hari, dia pergi Jakarta. Sedih saya tak dapat belaian kasih sayang jiwa raga dari Keknis. Waktu lapang bila mama Keknis leka buat kek, saya pun panjat meja. Masa tuh laptop dah ON. Mama Keknis baru lepas main Facebook, tak sign out lagi. Ada 11 notifications. Tapi itu semua tak penting. Saya cuma nak masuk Twitter tengok updates Keknis masa dia kat Jakarta. Tengok-tengok rupanya Keknis update twitter dia, kata dia dia dah nak pulang Malaysia, tengah stuck dekat airport sebab flight delayed. Flight delayed itu apa, tanya saya pada diri. Saya pun Google 'flight delayed', oh rupanya kapal terbang kelewatan. Pastu dia post gambar ni kat twitter, nak tunjuk kat followers dia, apa dia beli untuk saya. DIA INGAT LAGI KAT SAYA :') Ingatkan dah pergi Indonesia dah jumpa bayi gebu lain kat sana sobs :')


Cantiknya. Tak sabar nak pakai! Tapi muat ke size tuh Keknis oi. Hang lupa ka hang duk bagi makan bagi susu kat cheq penuh kasih sayanggg.




Keknis ada juga nak belikan saya kasut. Tapi susah nak cari size kaki saya yang tembam ini. Baru ingat dapat kasut sekali nak match dengan dress sobs. Oh diari ni memang banyak sobs. Sebab saya gembeng. Kalau awak tak tahu gembeng tuh apa, mungkin awak akan Google macam saya. Tapi tak perlu buang masa, sebab gembeng tuh bahasa jawa untuk 'kuat nangis'. Keknis selalu panggil saya gembeng. Kadang-kadang sampai saya ingat tuh nama saya. Jadi bila Keknis kata "Hei gembeng", saya tertoleh pulak. Malu I. Teehee.



Bila Keknis balik, wah ceria hidup saya! Dia mandikan saya dan pakaikan dress batik yang dia beli kat airport tuh. Saya buat-buat muka terkejut bila nampak dress tuh. Yelah takkan nak buat biasa je, nanti dia tahu pula saya duk ngadap twitter dia. Dress itu betul-betul muat badan saya, fitting gitu memang nampak body *shy*. Mula-mula saya nak tanya, takde size besar sikit ke. Tapi nanti Keknis jawab "takde, ini dah paling besar" kang, kecik pulak hati saya. Yelah saya sedar saya XL sobs.


Keknis selalu include saya dalam kehidupan seharian dia. Memang selama dia cuti ni, dia yang uruskan saya setiap hari. Celik je mata, dia tengah mengadap saya. Pastu dia akan kata "Bath time!" dengan nada yang paling happy sekali. Keknis biasakan cakap English dengan saya. Sekarang saya dah hafal "Bath time, come here, no, & don't". "Don't" paling selalu saya dengar. Sebab saya suka buat hal.

Semalam merupakan hari saya memerap dengan Keknis. Saya ikut dia pergi salon, pergi casting dan pergi beli groceries. Arissa Keknis.


Seronok bila pergi jalan dengan Keknis. Semua tanya kalau saya anak Keknis. Kelakar pun ada. Sebab Keknis selim, saya, ehem, paham-paham jelah. Lepas tuh orang yang cuci rambut Keknis tanya kalau kami ada darah kacukan Cina. Kata jelah mata kami sepet kulit kami gebu.



Waktu ikut Keknis pergi casting, Keknis suruh saya cuba sekali. Saya malu sangat. Saya bukan reti senyum betul-betul pun. Saya cuma boleh senyum bila Keknis nyanyi tepuk amai-amai je. Dan kata "bath time".

Tengok saya yang cuak lebih. Terus rasa nak Keknis dukung bawa balik rumah bagi susu tidurkan je, sobs. Tapi Keknis kata "Arissa look at me, you can do it!". Keknis akhirnya berjaya pujuk saya.



Sigh, susah betul saya nak senyum masa tuh. Saya tak tau kenapa. Nak kata malu, kadang-kadang ada time yang saya tak tau malu. Saya harap orang tuh tak benci saya sebab susah senyum.




Bila tengok Keknis buat, alahai senangnya dia senyum. That's my Keknis. Si sepet Keknis.



Kemudian kami pergi ke food galore membeli groceries . Keknis suka beli jajan.



Bila Keknis oocupied sikit, saya pun mula buat muka tak bersalah sambil tangan mencapai dan meletak ke dalam trolley. Tapi banyak benda saya capai dan letak dalam trolley yang Keknis perasan. So dia letak balik kat rak, sobs.




Berapa minit je duduk dalam trolley. Kemudian saya bosan, saya selalu mintak Keknis dukung. Keknis dukung best, dia tinggi.



Waktu dah lewat petang, masa untuk ibu saya ambil. Keknis bawa saya have a walk in the park. Dia suka main timang-timang saya, walaupun saya berat. Saya rasa dia menyusahkan diri je. Saya lagi suka main laptop.

Itulah contoh satu hari dalam hidup saya bila Keknis ada di rumah waktu cuti. Okay lampin dah lenjun, nak pergi meragam sekarang. Bye.



Thursday, 3 June 2010

Kahwin awal


Sekarang trend kahwin awal. Best tak kahwin awal? Mestilah best. Kalau tak, takkanlah saya teringin kahwin awal. Eh, tapi kenapa saya teringin kahwin awal ya? Teehee, sebab nak ramai anak macam mama dan daddy saya teehee. Lagi awal lagi subur LOL. Best anak ramai, sebab bila pergi melancong, kita punya group dah cukup besar dan happening, tak perlu konvoi-konvoi dengan orang lain. Anak pun tak lonely dan buat hal, kalau ramai adik-beradik. Kan sunnah Nabi, meramaikan umat :’)


Tapi kahwin awal banyak cabarannya. Lagi-lagi kalau kahwin dengan orang sebaya. Pergh struggle nak survive kalau takde strong financial back-up. Suami yang baik mesti nak isteri duduk rumah didik anak je. Tapi kalau kerja dia belum cukup hebat lagi, terpaksa isteri pulun sekali. Rumahtangga boleh jadi stress bila dua-dua busy, takde masa untuk each other, problem dekat kerja pun takde time nak share. Pulang ke rumah terus attend anak atau sebagainya. Tak saya bukan pakar, saya cuma rajin dengar ceramah *shy*.


Cinta tergugat di awal perkahwinan sebab masalah yang berbangkit. Wah? Jadi cinta semakin pudar, keluarlah phrases seperti “Dulu masa baru kenal…”, “Dulu waktu awal kahwin..”, “Ewah ewah sebelum kahwin dulu!!”. Hehehe comel je pasangan baru kahwin ni semua.



Rasanya ramai yang alami perbezaan cinta sebelum kahwin dan cinta selepas kahwin ni semua. Tapi bukan salah sesiapa, salah situasi dan persekitaran kan? Maka janganlah biar masalah-masalah kecil menggoyahkan cinta anda. Kalau tonton Nota Cinta (3 episode) di website Nestlé Coffee-Mate® , mesti boleh relate terhadap pelbagai permasalahan yang wujud bagi pasangan yang baru masuk alam perkahwinan. Exciting!


Selain usha heroin yang super comel, dan suaminya yang kelakar dan taknak isteri hidup susah, anda boleh tengok bagaimana orang yang berbeza, tackle masalah-masalah mendatang.


Pengarah Nota Cinta, Incik Jason Chong akan mengungkai kisah-kisah ini di kesemua episode Nota Cinta yang dicetuskan dari pemerhatian Nestlé Coffee-Mate®. Kalau tonton Nota Cinta, cuba teka apa yang anda dapat selain pengajaran dan hiburannn jeng jeng jeng, dapat trip pergi Bali! Weehoo! Tour package to Bali untuk dua orang (bolehlah honeymoon dan cari balik cinta yang hilang heh heh).


Cuma perlu jawab satu soalan dari mana-mana episode dan anda berpeluang menang! Hadiah saguhati ialah 20 hamper Nestlé Coffee-Mate®. Terbaik. I Coffeemate.



Watch it now, click here.
Join their facebook fan page, click here




HAPPY THURSDAY Y'ALL!

Tuesday, 1 June 2010

World Milk Day

Tanggal 1 Jun, hari ini hari apa anak-anak? HARI SUSU SEDUNIA, KELIK SINI. Mari minum susu untuk meraikannya. Hari ini mahu minum 5 gelas.

Ahad lepas, World Milk Day akhirnya sudah selamat dilaksanakan dengan meriah di Pavilion Kuala Lumpur. Waktu saya tiba 10.30am, sudah melebihi original target 2,500 orang. Pendaftaran pun hampir tutup. Berjaya pecah record Largest Milk Drinking Event in Malaysia! In the end, the final count is 3,200 people! Hurrah! Thanks for coming everyone.



Sampai-sampai dah ramai macam ni depan stage.


Comelnye set up!



Brought my siblings along but tak sempat daftar dah penuh 3200 orang!




Teehee *shy*





Thanks for uploading the photo in my Facebook! Kalau ada gambar sebegini, sila upload boleh saya kongsi di sini :)




Akhirnya, masa yang dinantikan, tepat jam 11 pagi *gendang gendut tali kecapi drum rolls*




THE BIG TOAST! ALL 3, 200 Malaysians! HURRAH TO MILK!



Harap-harap banyak lagi event seperti ini untuk beri kesedaran dekat orang tentang betapa pentingnya minum susu!!! Event diteruskan hingga malam dengan persembahan artis-artis tempatan. Yang saya sempat bergambar cuma..


The preggy Amber Chia! Baby bump not included kehkehkeh. Minum susu baik untuk orang mengandung.



OhSoRandom: Jakarta Post coming soon. First have to get together with Team Chomel and compile em pics!