Friday, 30 July 2010

Emak Youtube


Mohd Khairuddin, sudahkah anda sedar video ini untuk anda oleh emak anda? Tipulah kalau belum sedar, video views dah cecah 30 ribu. Sila mengaku sekarang. Takkan emak comel muka macam Whoopi Goldberg taknak mengaku.


Makcik ni mata tak pandang kamera mesti dah tulis apa nak cakap kat Microsoft Word. Tak pun Word Pad. Haha ingat ada time limit macam call anak dekat Diari AF ke makcik? Takde siapa halang makcik cakap lama-lama.


Waktu minit ke 0.28 hingga 0.30 gaya makcik ni sebiji gaya my mom hahahaha lawak. TAPI INI TAK BERMAKNA MAMA BOLEH BUAT CHANNEL YOUTUBE PASTU POST VIDEO BANYAK-BANYAK UNTUK BAGI MESEJ KHIDMAT MASYARAKAT KAT HANIS YA. Please jangan, Hanis akan call lebih kerap.

Tuesday, 27 July 2010

Penjagaan kulit tanpa mengira jantina

Kulit yang cantik menjadi idaman kalbu setiap makhluk. Sebab itu dari kecil, ibu bapa akan pakaikan anak lotion berbotol-botol sebab kulit anak sangat cantik, maka mereka nak jaga dan harap ia akan kekal begitu selamanya. Tapi bila dah besar sikit, start main panas kat luar tak peduli terik mentari. Terus kulit gelap. Orang kata jangan basuh muka waktu berpeluh, basuh juga. Terus kulit berpanau. Orang kata jangan basuh muka untuk dapatkan panau banyak-banyak satu muka supaya putih seluruh wajah, degil. Terus kulit dapat 3 panau.




Bila dah besar sikit, konon ada kesedaran, tapi lepas mandi sapu losyen kat muka sahaja. Bila ambil gambar, tengok muka putih leher hitam, terus delete. Bila pergi mandi-manda laut duduk tepi pantai konon nak dapat sun-kissed tan macam artis Hollywood lalu tidak mahu pakai sunblock, terus kulit hitam legam dah boleh audition watak dalam God Must Be Crazy. Dah dewasa ingatkan dah tengok semua iklan pencerah wajah, kalau tak putih tak menang award, ingatkan dah sedar akan kepentingan penjagaan kulit, tapi pergi kuliah wah jalan bawah panas terik takde nak cover-cover muka dengan buku. Bawa payung ke kelas apatah lagi, memang takkan jadi reality sebab takut budak lelaki ejek gelabah ke hulu ke hilir pakai payung. Padahal lelaki-lelaki itu semua adalah lelaki yang sama yang mencari awek berdasarkan keputihan kulit.




Kenapa malas nak jaga kulit? Tak paham betullah. Ini bukan pasal warna kulit dah ni, tapi kesihatan dan rupa kulit anda. Kalau licin berseri kan molek, tak kisah warna apa. Tapi berapa ramai je yang sebelum tidur sapu losyen satu badan sampai wangi satu katil? Kenapa kita kena sapu losyen, nak tahu? Sebab nanti kering, lagi-lagi zaman sekarang air cond satu rumah 8 bijik, air cond tempat kerja 17 bijik, memang mengeringkan kulit. Bila kulit kering cepat tua ha ha padan muka. BARU TERBACA DALAM MAGAZINE: Kalau secara tiba-tiba anda terperasan kulit mempunyai tahi lalat baru yang aneh, sila jumpa doktor untuk check sebab itu salah satu tanda kanser kulit.




Sekarang rasa nak lumur losyen satu badan ke tak? Pemakanan pun tak jaga, langsung tak menyumbang kepada kesihatan kulit. Yang dah kahwin pulak, kan elok lumur losyen wangi-wangi untuk suami, cantik-cantik untuk suami. Suami tak kahwin dengan muka anda, dia kahwin dengan satu badan anda, kenapa limit letak moisturizer kat muka je? Tak puas hati betullah jadi suami kalau cmni.





Tangkap guna talipon bimbit waktu nak pergi event Vaseline dekat Villa Manja. First time pergi event rambut basah. Kau pandai cakap orang malas jaga kulit, kau dah nak keluar pergi majlis baru bangun mandi cuci rambut.





Event Vaseline yang saya pergi adalah pelancaran rangkaian produk ‘Kulit Yang Mengagumkan, Vaseline’. Ada 4 jenis body lotions:



Total Moisture menjamin sepuluh kali lebih pelembapan dan perlindungan, yang dirumus khas untuk kulit kering. Diperkaya dengan vitamin E, soya dan oat.

Intensive Rescue mengandungi Gliserin, dengan tiga kali lebih lembapan dan Oklusif, yang membantu mengunci kelembapan sepanjang hari. Formula dipertingkatkan ini dirumus khas untuk memberi kelembapan yang berkesan membantu memulihkan kulit kering.

Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan ekstrak aloe vera dan timun untuk memberi penghidratan yang menyegarkan. Formulanya yang ringan memastikan kulit sihat, lembut dan selicin sutera.

Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan tiga kali perlindungan tabir suria untuk menyihatkan, menghidratkan dan mencerahkan kulit, menjadikannya berseri secara semula jadi. “




Door gift best oh. Sekarang saya sedang lumur Healthy White (warna pink) dan baunya sungguh mengasyikkan.



Rangkaian produk Kulit Yang Mengagumkan Vaseline menawarkan lembapan yang tahan lama dan memastikan kulit sihat dan dilindungi selama 24 jam. Ia boleh didapati di semua kedai farmasi dan pasar raya pada harga RM3.90, RM13.00, RM18.10 untuk saiz pek 120ml, 250ml dan 400ml”.




SEKIAN, JAGALAH KULIT ANDA SEBELUM TERLAMBAT.

Sunday, 25 July 2010

Naiki penerbangan Garuda untuk ke Indonesia

Baiklah, pertama kali saya menaiki Garuda Airline ever. Selama ini naik penerbangan murah dan terpaksa berangkat dari LCCT. Tapi kini baru tahu boleh naiki penerbangan murah dan berangkat dari KLIA! Hanya dengan Garuda Airline ecewah. Kalau rasa nak jimat kos penerbangan ke Indonesia, tapi masih lagi mahu bergaya dan berlepas dari KLIA, apa tunggu lagi, segalanya mungkin di sini. Promo sekarang hanya RM176.00 pergi balik. JANGAN BAGITAU BIBIK-BIBIK KORANG TAU, NI UNTUK KITA-KITA JE.


Sebab Thomas ada banyak video bersepah takde motif, I try compile dan buat dokumentari di bawah. Sumpah takde motif haha, tapi menambah kerinduan terhadap Team Chomel :')



When In Bandung, You Shop. Tak boleh belah tajuk. Entri ini nak sembang tentang Bandung sahaja. Walaupun sebenarnya kami mendarat di Soekarno Hatta dan transit ke Bandung via highway. Bajet gila ayat 'transit ke Bandung via highway'. Cakap jelah pastu dah sampai Jakarta kitorang naik van 3jam nak gi Bandung.



I ♥ early morning flights! Tapi Garuda dah change departure time supaya tak awal sangat. Hari itu kami bertolak 7 pagi. Kini anda boleh naik flight pukul 7.30 pagi.



Dengan abang saya, Joe. Mempersembahkan muka pagi kami!



Joe minum orange juice, saya minum apple juice. Ini sebelum sarapan disediakan.



Nak tahu tak keindahan penerbangan awal pagi? Kami bagaikan mengejar mentari! Lihat!

Gambar pertama, waktu nak berlepas, masih di runway. Matahari tengah peekaboo alolololo.



Cahaya matahari memancar awan-awan gebu!



Cak! Matahari! Kami dapat kejar awak!



Subhahanallah.. indah.



Bila ada banyak cahaya matahari cepat-cepat tangkap gambar supaya nampak konon kulit cerah.



Waktu yang dinanti-nantikan hampir tiba! Waktu apa lagi, takyah teka dah, semua tahu pastinya.



ENAK BELAKA TAK TIPU NAK LAGI NAK LAGI.



Terima kasih Daytrans untuk pengangkutan & Bulanmadu untuk pengurusan segala.



Naik van 3jam takpe sebab pemandangan indah sebegini.





HOPOCOT MAK HENGKAU.




Setibanya di Bandung terus makan sini. Nasi Padang Simpang Raya. Dulu datang Bandung pun makan sini. Sebab bersih dan sedap.



Jasmine tea, Teh Botol.


Sekarang nak letak semua gambar shopping. Tapi tak tangkap dekat semua tempat, sebab terlalu sibuk memilih dan beli dan belah. Terimalah ikhlas dari kami..

Taulah pelancong. Takyah kot bergambar macam ni.




Hahahaha bodoh tau. Abang pertama adik-beradik Chomel, Niki. Ini masa kat tempat saya beli-belah barang lelaki. Best! Oh beli jeans juga :')



Ini beli belah barang untuk adik-beradik dan emak.



Malam pun teruskan shopping. Best sebab semua kedai buka sampai pukul 10malam macam kat KL.
SERONOK GILO.





Masa kegemaran saya lagi!

AHHHHH RINDU SEMUAA. NANTI NAK UPDATE JAKARTA POST PULA!



*Lupa nak cakap, gambar yang tiada watermark adalah kepunyaan Nicole & Yap Thomas.

Wednesday, 21 July 2010

Menang besar lagi

Okay lama tak buat benda ni. Lama tak cakap pasal games & contests yang korang boleh masuk dan menang hadiah dan datang balik untuk kata “thanks Hanis sebab bagitau pasal contest tuh. Saya, menang, motor”. Mungkin sebab takde yang betul-betul dengar cakap I lalu berusaha untuk menang, maka memang tak pernah ada yang datang balik dan cakap “thanks Hanis saya menang motor”. Ceit.



Jadi saya harap entri kali ini, anda tidak sia-siakan dan cuba menang hadiah-hadiah tawaran cokelat kegemaran kitew. BACA ELOK-ELOK, ADA DUA CARA ADA BOLEH MENANG, CARA PERTAMA DENGAN USAHA. CARA KEDUA DENGAN NASIB BAIK/TUAH.

Cara pertama: Usaha.
Nama game: Hunger Buster.
Dari: Website Snickers.


Lihat zombie yang berkeliaran di atas?



Hanya perlu cari Snickers dan bagi dia makan.




Dan dia akan berubah menjadiiiiiii Sk8er Boi yang bertenaga dan rambut cacak seluar pendek, baju belang. Lama betul tak eja skater boy sehodoh ejaan tadi.





Saya bagi makan kesemua zombie dalam masa 41 saat sahaja! Weehoo!






Memang takkan menang kalau begitulah gayanya weehoo! Okay senarai top scorer yang awak kena beat. Cepat tengok nama diorang ada yang kenal tak, kalau ada pergi kecek hadiah sikit. OMG ANN SEE PENG, DIDN’T WE GO TO SCHOOL TOGETHER? Heh :B




Okay itu tentang game Hunger Buster. Sekarang nak menang dengan cara kedua, iaitu dengan mengharapkan tuah! Ini senang saja!





Cara kedua: Harapkan tuah.
Nama game: Cari Golden Bar.
Dari: Serata Internet.

Kan kita selalu jalan-jalan dekat alam maya dan jumpa banyak kotak iklan kat tepi-tepi kan? Ha kalau jumpa Golden Bar, terus grab, dan submit! Golden Bar akan berada di serata website dalam dunia, kalau terjumpa terus submit tauuuu! Tapi kalau memang nak cari dengan gigih, follow Snickersgame on Twitter dan lihat clue.






Rupa menantang nak kena submit itu begini:

Ad by Google.





DAN MENANG!



Jangan lupa datang balik dan kata “thanks Hanis saya menang Sony Playstation3 x18 units”. Amboi nak satu.





Tuesday, 20 July 2010

Perangai macam budak-budak

Sungguh bertimbun-timbun hari yang perlu digantikan dengan mengikat perut. Semalam baru ganti satu. Itu pun secara tak sengaja, bukan plan awal-awal BAIKLAH MINGGU INI SAYA BAKAL GANTI PUASA YANG TERTUNGGAK SEJAK TINGKATAN SATU, bukan.


Terpikir untuk ganti puasa pun sebab, sepanjang hari makan (atau Nana panggil, melantak) ibarat bekalan makanan bakal terputus seluruh benua Asia. Pagi makan Asam Laksa, disusuli Nasi Lemak Bungkus pada waktu tengaharinya kemudian setelah bangun dari tidur petang, keluar mencari Mee Kari untuk dijamah. Ain & Farain yang keluar outing telah pun dikirim Double Cheeseburger awal-awal lagi. Malam menjelma, Double Cheeseburger tiba. Rezeki datang bergolek apabila Nana tak sabar tunggu McD tiba maka keluar beli Dinner Plate dan kami pun hidup happily ever after.


NANA ADALAH ROOMMATE BARU SAYA YANG PERLAHAN-LAHAN MENJADI MANUSIA KUAT MAKAN SETELAH DITAKDIRKAN TINGGAL SEBILIK HE HE. Ingat lagi awal-awal perkenalan, dia makan sikit gila. Saya dah sedih dah. Kenapa selalu ditakdirkan roommate makan sedikit/mengikut kadar manusia normal?! Saya rasa sungguh monster seorang diri. Namun, perlahan-lahan Nana belajar gaya hidup memenuhi nafsu (I feel so bad T_T) makan seperti saya. Dulu dia selalu kata "Akak, akak memang bangun tidur kena makan, tengahari makan, petang makan, malam makan, in between waktu makan kena mengunyah snacks eh?". Kini tidak lagi. MALAH DIA YANG AKAK JOM PERGI BELI MAKAN NANA NAK MAKAN TU MAKAN NI AMBOIH EKAU MENGALAHKAN TAUKE.


Anyway, saya tulis entri ini bukan sebab nak cerita pengaruh buruk saya terhadap teman sebilik. Saya cuma nak bunuh masa sebab lapar gila babeng, babeng pun tak gila lapar macam ni T_T Hari ini hari kedua nak ganti puasa. Dah sahur (burger, keropok keju & roti cokelat) dah tapi lemah semacam. Rasa macam taknak teruskan tapi bila terpikir balik, kalau dah start puasa kena jaga momentum. Plan asal nak ganti 5hari bekerja untuk minggu ini dan minggu depan. Plan jelah, tapi sumpah sangat lapar sekarang haruskah dahku teruskan? When in doubt, phone mom.


Bila call emak, emak kata alah mengadanya macam budak kecik, puasa memanglah lemah. TAPI SEMALAM TAAAAK. Emak membalas, tepuk-tepuk perut tuh, cakap dengan perut suruh biasakan diri puasa, kata "Biasakan puasa *tepuk tepuk* biasa diaaa!". Emak selalu guna langkah ini bila dia nak pokok cepat berbuah. Tepuk-tepuk batang pokok dan bercakap dengannya. Tapi bila saya buat terhadap perut, sudah seperti orang mengandung rupanya.



Ke kena guna kaedah yang sesuai, praktis puasa setengah hari je dulu, puasa setengah hari dapat reward 50sen. Eheh.

Sunday, 18 July 2010

Selamat semuanya!

Wah, sudah lama tidak menaip di sini. Hanya update perkembangan diri melalui Twitter sahaja (perkembangan diri?! Kau pikir kau artis??). Belog terabai lalu terasa hati. Sabar belog, I tak sengaja.

Saya sudah memulakan kehidupan kampus seperti selalu. Sudah bertemu tenaga pengajar yang baru dan bersemangat jitu semuanya (tenaga pengajar?! Kau pikir kau budak AF??). Maafkan monolog dalaman saya yang tidak beradab. Suka mencelah seperti pengacara Wanita Hari Ini waktu menerima panggilan penonton. Anyway, berbalik kepada topik tadi..





Takde topik pun sebenarnya.

Anda tertipu.






Saya doakan kebahagiaan semua orang, macam saya yang sedang bahagia ini *shy*

Sunday, 11 July 2010

Reunited!

Setelah berbulan terpisah *bunyi violin kecil Mr. Krab* penantian berakhir..


Selamat bertemu kembali, kecintaan ku Ain :')



Kecintaan diduakan dengan Farain :')



Team Last Minute!



Hahaha biasalah tuh kalau camwhore masa pensyarah lambat masuk. Oh saya decided nak berjinak dengan stail tudung yang saya pernah ajar kat Youtube ni ha. Ini waktu pembelajaran Public Relations, subjek baru kiteww. Bila cakap pasal semester baru, saya tersedar sesuatu. UNTUK SEMESTER LEPAS BELUM UCAP TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENSYARAH ATAS DIDIKAN DAN JASA :') Okay, terima kasih kepada pensyarah English I, Ms Haniza, one dedicated & highly disciplined educator. Pensyarah Statistic Prof Ruhana Zainuddin, walaupun demam panas masa final paper, dapat score juga sebab lectures yang komprehensif. Sir Ahmad Kamil, lecturer Business Communication yang comel sangaaaaaat, office dia homey sungguh! Seterusnya Puan Azurah, lecturer Macroeconomy I, congrats on your baby boy & thanks for everything. Not to forget my Arabic language lecturer, Ustaz Rozman yang cool, masuk kelas mesti pakai cermin mata gelap. Dah lah kelakar habis. Lecturers menyeronokkan semua ni lah yang menyumbang kepada CGPA best lagi.



DAN AKHIRNYA BRASS BAND DAPAT A, THANKS ENCIK HAMID!

Thursday, 8 July 2010

Sayangi diri sendiri

Dalam BBM, saya dan makwe-makwe saya mempunyai satu group Blondie vs Black by Fatihin Husna. Di sinilah tempat suka duka gadis-gadis kota yang punyai luahan rasa shjdciaofpkdm saja nak buat macam korang tengah baca belakang novel.

Papepon, yang membawa saya menaip ini ialah apabila kami direfresh kembali dengan santapan rohani yang menyentuh hati oleh salah seorang gadis kota tadi yang dijumpa entah mana/ada orang bagi kat dia. Sebenarnya dah banyak tersebar coretan ini, maka tidak tahu nak buat proper citation macam mana, tapi saya jumpa di sini. Kalau belum pernah baca, bacalah.

SIAPA TAHU ORIGINAL WRITER, PLEASE LEMME KNOW. MUAHX!


Di saat

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya



Disaat kamu mulai tidak mencintainya
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya



Disaat kamu mulai bosan dengannya
ingatlah selalu saat terindah bersamanya



Disaat kamu ingin menduakannya
bayangkan jika dia selalu setia



Saat kamu ingin membohonginya
ingatlah disaat dia jujur padamu



Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu




Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari



Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian



Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga
Ingatlah pada pepatah, "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"



Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun,
begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..



Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan



Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa



Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.

Saturday, 3 July 2010

What is it with me and fat creatures

Tak mereka bukan fat creatures yang dimaksudkan. Jangan nak terasa pastu keluarkan dari Myspace Top 8 korang, bongok tau.



Lama mata dah tak jumpa kesayangan dahku ini! Wanoy & Izdi. Wanoy baru pulang dari England woh. Cakap mulut keluar habuk woh.




Inilah tuan gemuk yang bakal saya paparkan kisahnya. Tak, bukan yang blur tengah pandang depan. Tapi yang lobang hidung satu kecil satu besar namun tetap nampak cantik itu.




EVERYBODY MEET THE FAT CAT, EMPEROR.



Tidur nyenyak, kepala harus berbantal, cadar afdal putih mulus. Jangan kacau, nanti dia benci. Macam dia benci I. Kehkehkeh.





Tengok tuh tengok tuh! Mata dia dah sensed I masuk kawasannya. Muka macam nak call abang kawasan suruh belasah I.






BERANI KAU AMBIL GAMBAR AKU KACAU AKU TIDUR HOW DO I GET RID OF YOU, YOU ANNOYING WOMAN?!





Buat-buat mati, cepat.






That is all. Signing off, annoying woman & fat creature.





P/S: It's not my cat. Tapi soon will be bila datang rumah Izdi lagi dan culik kerana Daddy suka gila kucing oren. Ada sesiapa nak trade dengan I kucing oren? Bagi terus takyah trade pun boleh. I'm flexible.