Wednesday, 29 September 2010

Mengelakkan hamil tanpa rela


Sekarang dah tak terkejut tengok berita pembuangan bayi dalam surat khabar, berita TV, status Twitter. Malah, lagi terkejut bila satu hari tuh, takde langsung isu pembuangan bayi disuarakan/dibuat liputan. Sampai tahap tuh kroniknya masalah ni. Usaha nak tangani masalah ini berterusan tanpa putus asa. Walaupun lagi effective kalau mak bapak je yang tangan-i anak mereka. Kaki-i pun bulih. Malah kabinet buat keputusan tak siasat kes buang bayi bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak, sebaliknya mengikut Seksyen 302 dan 304, Kanun Keseksaan, boleh baca sini. Yang terbaru, Yes I Can Campaign telah bermula.



Kempen ni bukan sahaja fokus kepada kes buang anak, tapi lebih menyeluruh kepada unwanted pregnancy. Maksudnya, tertumpu kepada para wanita muda yang tidak merancang untuk hamil. Wanita sekarang ada banyak pilihan moden dalam merancang kehamilan. Mesti mahu rancang kehamilan, sebab hidup seks aktif, nak ada jurang umur antara anak, masalah kesempitan wang (nanti nak bagi anak makan apa weh kalau tak rancang), lagi sikit anak lagi senang kawal dan sebagainya. Ya, anak adalah rezeki, tapi kita dibenarkan merancang dan biar Tuhan menentukan :’)



Mari mulakan sesi pembelajaran. ADA BANYAK SANGAT METOD BOLEH GUNA, LEBIH DARI 15 METOD NAMUN LEBIH TEPERINCI DI SINI. Tapi saya akan cakap tentang dua yang paling koman, IUD & The Pill. IUD ialah letak sejenis alat berbentuk T dalam rahim untuk halang pertemuan *berudu dan *telur subur, ia untuk jangka masa panjang dan bila rasa nak mengandung kembali, jumpa doktor suruh dia keluarkan jelah.

IUD. Gambar paling decent, tahniah atas penemuan kau Hanis. Tanpa Yahoo Images, siapalah kau.


Kalau The Pill pula, ialah makan pil hormone untuk halang *telur subur daripada dikeluarkan oleh badan kita. Penggunaan The Pill memanglah efektif, sebab takde kewujudan *telur subur untuk bertemu *berudu langsung. Untuk bulan pertama sesetengah orang akan alami minor side effects macam pening kepala dan payudara bengkak. Tapi bulan-bulan seterusnya takde dah. Kebaikan guna The Pill, yang terbaru – 24/4 regimen dengan drospirenone, bukan saja halang persenyawaan (did you see that? Did you see me using Malay biological term??) seperti no water retention related symptoms contohnya weight gain, breast tenderness, bloating. Malah boleh mengurangkan masalah jerawat, kulit jadi cantik daripada selalu, dan tiada period pain atau senggugut apatah lagi mood swing.



Kembali kepada kempen ini, saya sebenarnya nak cakap pasal pertandingan yang disertakan dalam kempen Yes I Can. Teehee mukadimah pasal rancang kehamilan 3perenggan pula *shy*. Siapa rasa diri itu terel untuk mengetengahkan isu buang bayi/kehamilan tak dirancang, sila ke depan. Boleh bina kumpulan sebab nanti kena reka poster untuk support proposal korang, so kalau tak kreatif, sila jangan tamak nak bolot RM10,000 (hadiah utama) seorang diri. Maka dalam team kena ada manusia-manusia yang mampu menjayakan proposal ini dengan menulis tentang isu panas tersebut dalam 1000 patah perkataan, dan buat poster kreatif. Tulis dalam Bahasa Malaysia pun bulih.




]Kalau besar sangat tanggungjawab nak tubuh kumpulan, pergi je farmasi berdekatan buat pledge Yes I Can, dan dapatkan sticker untuk tampal kat kereta supaya boleh menang hadiah bila kena spotted. Mudah.



Bila nampak farmasi ada sign di atas, bolehlah jemput masuk.






Car Sticker letak dekat car, nama pun car sticker.




Nak tahu lebih-lebih, tanyalah tiga manusia cantik bernama Deborah Henry, Julie Woon, and Nicole Tan. Apa?! Nicole Tan?! Itu kawan kiteeeeeew!




Be a responsible young woman, make your pledge, click here.



Monday, 27 September 2010

Kenapa rambut rosak?

Nombor satu, gosok dengan tuala.
Nombor dua, sikat waktu basah.
Nombor tiga, guna alat pengering berlebihan.
Nombor empat, warnakan dan warnakan dan warnakan.
Nombor lima, luruskan atau keritingkan.
Nombor enam, ikat ketat-ketat tinggi-tinggi.
Nombor tujuh, guna produk styling.


Takyah huraikan pun semua tahu 7 perkara inilah yang menyumbang kepada kerosakan rambut. Awak bersalah buat nombor berapa terhadap rambut awak? Saya nombor empat. SAYA MENGAKU SAYA SELALU TUKAR WARNA RAMBUT. SAYA DAH ROSAKKAN RAMBUT SAYA BILA SAYA BLEACH HARI ITU *mengaku jerit-jerit macam kena soalsiasat dengan polis*

Rambut yang konon cantik konon sihat yang konon diminati ramai telah tiada lagi. Sekarang kering macam penyapu, warna pun tak ubah macam penyapu yang digunakan untuk sapu rambut gugur di lantai. Gila tragis dah lah warna penyapu pastu gugur, pastu nak sapu rambut gugur kena guna penyapu yang sama warna dengan rambut.

Memang penyesalan lah bleach rambut. Siapa yang teringin warna-warna blonde pastu orang saloon kata takleh kena bleach dulu, lebih baik jangan. Seriously. Hari tuh I nak rambut ijo. Hijau blonde gitu, then kena bleach sebab rambut asal kan hitam, mana boleh blondekan begitu saja. Demi rambut ijo, tiada pilihan lagi, I sanggup. Sekarang nasi telah menjadi bubur mari makan bersama.

Rambut ijo.



Sekarang mengaku, korang suka buat nombor berapa terhadap rambut? Langkah pertama untuk pemulihan ialah pengakuan.

Saturday, 25 September 2010

Gambar Entri Beraya

Sila dalami tajuk itu sebab saya dah tak tahu nak eksplain macam mana lagi dah. Gambar raya terlalu banyak. Tapi untuk entri ini saya hanya letak 44 keping gambar beraya. 44 keping ya, 44 keping. Jadi pergi tunggu semua gambar load dan main Spider Solitaire.




Selamat kembali. Jadinya ini hanya entri gambar beraya sana sini. Gambar orang datang rumah entri lain lah ya. Itu pun kalau rajin, sebab I sekarang ni fokus study jerrr. Baiklah tak perlu kencing sesiapa, Hamis.

Jangan nangis kalau rumah anda saya terlupa tangkap gambar. Hampir semua gambar ini bukan dari kamera saya tapi belas ihsan rakan dan taulan.


Selamat pagi, Aloq Setaq.



Kampung kita!




Rumah makcik kita! Rumah yang tak pernah masak tak sedap. Eleh ayat nak kompleks je. Cakap jelah rumah yang selalu masak sedap. Amende tak pernah masak tak sedap




Beraya di Kodiang rumah kawan Kekna masa belajar dulu. Jauh gila rumah hang! Tapi Mee Kuah sedap :')




Rumah Dato' Hassan di PJ, sebab kami sendiri takde datuk.






Mihihihihihihihi *gambar makanan je suka*




Shout out to Nisa <3




Macam tulah cerita dia.




Seterusnya konvoi raya 5 buah kereta di entah berapa buah rumah selama 2 hari.


Rumah pertama ever, rumah Uzma! Rumah yang hidang soto nasi dan spagetti *hafal makanan setiap rumah*.







Dah melawa melaram kenalah duduk paling depan sekali setiap peluang yang ada.








Eeeeeerk, gambar kandid kegemaran kita semua! Riang ria hari raya biskut kornflakes.





Macam tulah cerita dia.




Eh ada lagi satu gambar. Ha okeh macam tulah cerita dia.






Lepas dah kenyang diorang nak tunggu open house seterusnya, rumah Farah tapi rumah Farah pukul 4, jadi mereka bersatu hati untuk ke Castle dan bershisha. Saya pula bersatu dengan perut untuk order makanan heh. WEH SEDAP BONELESS GRILLED CIKEN NIH.





Rumah Farah! Semakin banyak makanan dan kegembiraan!






Ini lah Farah comel yang juga menyambut hari jadi secara terkejut (surprise!).






Kkkkk, dah dah kembali ke gambar makanan balik.





TRUCK STEAMBOAT?! Dah dapat lesen kereta nanti nak beli.





Sedap lah giler. Ada lagi makanan yang tak sempat tangkap gambar dah masuk mulut. Ceh konon tak sempat, padahal malu terhadap teman semeja yang asyik pandang bila I tangkap gambar makanan. Itu tahu pula malu, ulang alik meja buffet tak rasa apa-apa.







Berlemuih berdua.






Di rumah Liana Khairul! Hanya gambar berdiri-berdiri begini, tapi ini sumpah buffet best juga catering tip top. Bayangkan jelah, penat I tangkap gambar.





Lepas rumah Liana, mereka beraya rumah I, tapi itu nantilah entri lain k. Yang ini gambar lepas dah mandi dan bergerak ke rumah Hambali untuk makan ketupat frozen Terengganu yang superb yang bukannya kukus, tapi goreng omg makan banyak-banyak tak tinggal orang belakang, ah itu masalah tuan rumah bukan masalah kita. TERINGAT LAGI KESEDAPANNYA :(



Selesai habiskan ketupat rumah Hambali, pergi rumah Liana semula, nak habiskan mercun.




Mula-mula baik comel skema je main yang lame-o bunga api.







KEMUDIAN JENGJENGJENG. Ini masa nak pasang mercun yang dia patutnya terbang naik ke udara, tapi lepas lit up tersangkut kat tanah pastu semua bertempiaran lari dan I yang menyorok belakang Shazamir si gagah berdada bidang pun lari jugak sebab cuak weh meletup kat tanahhhh gila Palestin.





Tiada siapa terbunuh.






Shazamir gagah dipergunakan sebagai shield.





Aksi meredakan hati yang berdegup kencang setelah drama mercun tadi, bersama Luqman.






Rumah Shazamir yang sangat cantik, memang masa untuk berphotoshoot setiap sudut.


















Dah? Dah habis dah photoshoot? Patut ah 44 keping.





Masa nak pergi rumah kawan Mama & Daddy. Nak juga letak gambar ini walaupun kepala I teleng. Sebab.. sebab.. KEKNA CANTIK SANGAAAAT!





Rumah Aunty Mona & Uncle Vincent (atau nama Islam dia Rafael. Cute gila nama Islam macam ni).



Kenyang.



Tengok Daddy kita, kita dah pakai high heels pun, tinggi dia masih macam ni. SEGAKNYA LELAKI KEGEMARAN I.




Mengambil kesempatan ini untuk minta maaf kepada undangan rakan lain yang tak dapat dipenuhi :( Think of all the foooood :'( Insyallah berjumpa kita di Raya hadapan, I beraya rumah y'alls k. Dan yang beraya rumah I, terima kasih daun keladi. Seronok sungguh raya tahun ini!


Kredit gambar kepada semua kesayangan.