Monday, 29 November 2010

Guide to Malay Weddings

Weddings are very important. I mean, wedding IS very important, when it's in plural form it no longer is. Unless you look at it from the parents perspective, then yes weddings ARE important. For this entry, Imma show you how to perfect your big day with step-by-step guide to I-am-just-kidding.



Hehehe. Takde kerja menganiaya orang pada perenggan pertama. It's just that I've been to two weddings in the past 2 days because that's what we Malay people do on weekends. So I thought we could make this into an interactive entry where at the end of this entry you'll too share on door gift paling best pernah dapat/ pernah terpikir or dessert paling tak dapat dilupakan etc. Marilah sama-sama membantu bakal pengantin yang keguguran rambut dan bulu tak tidur malam memikir apakah yang tetamu mungkin suka dan mungkin tidak suka.



Ini wedding dua pupu kami, Maya.
*Eh lupa gambar Daddy takde, maybe sebab Daddy demam emo nak balik cepat LOL!


What I like about this wedding is that, table cloth warna putih, jadi nak camwhore gambar banyak-banyak sangat convenient, muka jadi suci sebab light reflect bagus dari cadar meja ke wajah. Eh boleh ke suka yang part tuh?




Fine, cari benda lain yang disukai, I like the fact that adik-beradik ibu bapa Maya sungguh sepakat membawa berkat. Sangat penting dalam menjayakan majlis seumpama ini, ada keharmonian dalam membagi-bagi tugas. Tak elok kalau mereka datang sebagai tetamu ewah-ewah anak kau kahwin, aku tolong bungkus bunga telur anak aku kahwin, kau datang duduk meja VIP. Tak elok tak elok... , jadi baguslah itu tidak terjadi kerana kelihatan mereka semua tiba awal, syabas. Di atas meja juga disediakan balang kuih, tak sah orang Jawa tak hidang kuih-kuih ni ya. Sungguh empuk kuih itu kami seronok mengadapnya. Door gift juga ada banyak pilihan makanan di dalamnya untuk dijamah kami adik-beradik.

.................................

Seterusnya wedding yang jauh nun di Johor, demi adik junior pra-diploma yang dulu berkongsi bilik, Radmiyana. Kakak beliau kahwin dan memandangkan beliau sudah seperti adik angkat yang tidak mungkin larat diangkat oleh diri ini, wajarlah saya memenuhi jemputan majlis di Kampung Sedeng, Segamat.



Lagipun Kekna kata untuk perkahwinan kampung seperti itu (as in simple and traditionally done), kad dia lebih baik dan meriah dari kad kahwin orang bandar (sebagai contoh) yang guna kad kosong cetak nama nak taknak untuk ajak orang datang majlis dia kahwin. Memang harus save cost, tapi kita mesti buat orang rasa besar hati sikit nak datang. Dulu kalau nak menjemput lagilah, siap datang rumah ok!



It's just colourful A4 paper, but it's so meriah :)




Murah hati door gift more than just a bahulu ini. Ada gula-gula, sabun, keropok, Yassin dan tak dilupa, telur rebus. Majlis kampung yang tradisional (merewang instead of catering), tapi besar hati orang datang dari jauh.


That is all about the two weddings. But the one thing that I really miss is makan berhidang. Sekarang kalau nak makan berhidang, kena tunggu wedding kat hotel. Memang banyak kebaikan dan kesenangan buat buffet sebab tuh ada ramai prefer sediakan buffet, tapi makan berhidang best (bagi tetamu), sebab duduk je tiba-tiba ada tangan kat tepi tolong cedukkan nasi segala. Like in a makan berhidang majlis, everyone is a VIP.


What about you? Apa yang korang suka dan tak suka pasal wedding, dan wedding paling best korang pernah pergi and why?


Sunday, 28 November 2010

Lemon ade.

Bukanlah saya ni Western kalau promote lemon dan bukan limau nipis limau kasturi. Memang semua bagus cuma nak tahu beza, ambil lemon buat sental jamban bilik tidur, ambil limau nipis limau kasturi buat sental jamban dekat dapur. Tengok sendiri yeay.


Ice Lemon Tea selalu guna serbuk lemon atau citric acid. Dekat kedai mamak guna limau. Paling bagus, nak taknak buat gak sendiri. Bye!

Friday, 26 November 2010

Lemon for Beauty, Lemon for Life.

Gambar masa buat lemonade.


Bagaimana ianya bermula. Belakangan ini, cuaca tak menentu (ha salahkan cuaca, salahkan cuaca!) dan sering sahaja ini terkesan ke atas kesihatan tekak. Jerebu yang ditiup sepoi-sepoi bahasa Indonesia juga menyebabkan tekak bau seperti gunung berapi. Eh metafora sangat tuh, tak paham dah para pembaca.



Hanis sedar akan keperluan meneguk air suam selalu untuk melegakan tekaknya. Tapi air suam rasanya sungguh bosing boran. Sungguh plain, sungguh dull. Lebih baik makan ubat gigi, bekerja gak deria rasa lidah. Namun, minum air bergallon-gallon itulah alternatif tunggal jikalau doktor bukanlah orang yang mahu didampingi buat masa ini.




Air mineral di isi penuh dalam gelas kaca yang besar, si cerewet tak suka minum sky juice dalam cawan plastik sebab tak thrill langsung cawan plastik, sudahlah plain water itself memang dah tak thrilling. Untuk mengelakkan rasa bosing boran minum air mineral biasa, peti sejuk ibu digodek-godek dan hello buah lemon. Lemon di potong satu slice dan dibaling ke dalam cawan gelas yang besar itu. Segar, sedap dan oh so cantik!




Beberapa hari down the road, sebab thrilling betul ada lemon dalam air mineral maka selalu sangat minum, Hanis menunjukkan pemulihan memberangsangkan. Kalah Tiger Woods di pusat pemulihan. Mungkinkah sebab lemon=thrill=selalu minum air lebih dari kadar biasa=tekak lega dan lama lama sihat? Atau lemon=bagus=terpuji=tekak sihat?




Hanis yang curious bak kucing yang mampu mati akibat curiosity pun mengGoogle kebaikan lemon. Wah untuk kecantikan dan kesihatan! Artikel tulisan Hanis Zalikha: Lemon for Beauty, Lemon for Life bakal berkongsi tentang itu. Ecewah?




TOP 10 KEBAIKAN LEMON
(mengikut turutan ke-best-an)



10. Bantu kesihatan dan kewangian mulut/gusi. Apabila sakit gigi, sental lemon secara sungguh-sungguh terhadap gigi tersebut untuk mengurangkan kesakitannya. Sila potong lemon itu dulu, jangan kau sental sekali bulat tuh kat gigi memang menjahanamkan lebih lanjut. Kalau gusi berdarah juga, urutlah lemon di tempat gusi itu berdarah, selain bantu menghentikan pendarahan, ia mewangikan gusi busuk ituww.


9. Membantu memulihkan masalah/penyakit berkaitan saluran pernafasan. Samada sapu lemon di dada dan sedut aromanya atau minum air panas-panas untuk benefit dari wapnya, semua di ajar di e-How sila usha jangan malas.


8. Pam keluar toksin dan bakteria dari badan. Pam keluar, wah? Flush out toxins and bacteria bahasa Inggerisnya. Sebab lemon bantu kita kencing lebih banyak dari sukatan biasa (nak uji kebenaran, bolehlah sediakan measuring tube haha ew). Kebaikan itu menjadikan ia blood purifier yang bagus dan mampu memulihkan penyakit seperti Rheumatism, Arthritis, Cholera atau Malaria.


7. Menenangkan otak & badan yang stress sedang melalui fasa depression. Kerana ia mampu mengawal tekanan darah tinggi, pening-pening dan rasa nak muntah. Tidak stress lagi! Bila tensi cuba minum air lemon, terus berada di awan ke-9 (hiperbola). Apabila tidak stress, rambut tidak gugur, bawah mata tidak lebam, bibir tidak melengkung ke bawah. Kan cantik.


6. Merawat sakit tekak. Ha inilah dia! Ha inilah dia! Benefit inilah yang membawa saya menulis artikel ini sekaligus memberi pengetahuan mendalam tentang lemon kepada anda semua. Sebab dia terel melawan jangkitan kuman, mati kau kuman mati kau kuman yang bermastautin di tekak. Tapi dia suruh kumur-kumur air lemon. I minum terus pula teehee.



5. Kurangkan demam kerana membantu kita berpeluh.



4. Bagus untuk perut. Apabila dicampur dengan air panas, lemon berupaya menyelesaikan permasalahan nyahtinja yang dihadapi seseorang. Kembung perut, heartburn dan parasites juga mampu dirawat dengan khasiat lemon ciptaan Tuhan.



3. Membuang rasa bersalah untuk hidang air kosong kepada tetamu. Agak-agak nak stylo dengan harga murah, campak sahaja lemon dalam satu jug air masak berisi ais. Kan macam kat hotel? Kan terus semua tetamu hilang sakit-sakit gusi tulang stress semua. Bagus betul tips cipta sendiri ni :')


2. Bagus untuk kulit. Rejuvenate skin from within katanya. Kebaikan lemon untuk kulit: Mengurangkan tanda parut kalau selalu sapu kat parut, mengurangkan kedut dan blackheads kalau selalu minum, bring glow to face (muka bercahaya glow in the dark wah wah wah) kalau selalu makan minum. Kalau dah selesai perah lemon untuk buat lemonade, jangan buang lagi sebab kulit (sebelah dalam) lemon boleh buat scrub muka (buang sel kulit mati) dan juga scrub siku lutut leher.



1. Mengurangkan berat badan dan mengecilkan perut. Mestilah nombor satu kan kebaikan ini :B Kalau yang nak try lose weight, lemon akan mempercepatkan proses itu. Untuk perut pula, lemon dikatakan bagus dalam reducing belly fat. Banyak artikel lain yang mengupas kebenaran statement tadi, jadi rajin-rajinlah cari.



Kebanyakan fakta ini diambil dan diolah dari Life Mojo. Itu sahaja dari bahagian saya dalam berkongsi khasiat lemon. Sungguh teruja menaip dan berharap semua boleh menjadikan lemon sebagai stok buah yang tetap dalam household. Satu biji lemon baru 65sen dan kalau beli satu plastik ada 10 biji memang boleh tahan lebih dari 2minggu sebab kulit dia tebal dan anda tak pakai banyak pun sekali minum.

Wednesday, 24 November 2010

Rambut.

Tak habis-habis tajuk entri rambut, tak habis-habis buat entri rambut. Cubalah sekali-sekala tajuk entri Serkop Kepala T_T Saja takde benda nak update, upload gambar banyak-banyak jadikan cerita. Nak dijadikan cerita (eh relevant betul ayat ini kat sini), setiap kali balik cuti semester mesti pergi jumpa Jackham untuk potong rambut. Sebab rambut dah sampai paras pinggang, jadi ia berat dan nampak ayu. Eh layu. LAYU LAH LAYU.





At Shawn's place.



Lepas dah survey kat Twitter, semua suruh hitamkan rambut kembali supaya matching dengan kening, eh tak, bukan. Part matching kening tuh baru tokok tambah, tapi memang semua suruh hitamkan rambut baliklah. Bila proposal diusul dekat Jackham dia bantah sebab dia kata Hey! You baru colour hari tuh! Eh kau ni nak duit aku ke tak, bisik hati nurani. Namun, benarlah dakwaan Jackham, setiap bulan tukar warna, kau ni dah kenapa Hanis? Memang perosak rambut.





Jadi Jackham cuma trim rambut dan bila minta dia potong 'bang' (macam fringe tapi slightly longer), dia adrenalin lebih, pergi potong extra sampai memang jadi fringe. Nangis, dah ah benci fringe. Sewaktu semua drama ini mengambil tempat, emak sedap-sedap tengah potong rambut ala Rihanna dalam bilik VIP. Sebab mama kan pakai tudung, jadi potong rambut kena kawasan tertutup. Tapi potong rambut ala Rihanna yang tak tahan tuh. Esok bangun pagi turun bawah tengok atas meja ada post-it kat kotak susu 'I'm off to my world tour, Love Mom. Eh jangan lupa coating cake, nanti ada orang nak ambik pukul 2.' wahhhh sempat sebelum gi konsert pesan-pesan pasal cake dia kena coatkan untuk customer. LOLOLOL! Okay dah.





Jackham bising kata rambut I dah sikit. Which is true sebab asyik colour and bleach sigh sigh. Ini nampak tebal ilusi je tau sebab kedegilan minda korang duk ingat rambut Hanis tebai tebai, bila cakap dah tipis pun imaji dalam otak still bayang tebai tebai. Daaaaan tak colour hitam balik T_T Bukan salah tuan empunya dirilah kalau dah pergi salon, salon taknak warnakan *beli Henna dalam packet*







Fringe tarik tepi sepuas-puasnya supaya jadi bang jugaaaaak tak kiraaaaaa. Dia blow fringe straight memang ah nampak panjang. Bila dah mandi nanti natural curl mendominasi, terus terkontot kau sorang2.






Serious banyak gila gambar sebegini dalam 68 keping jugak lah, hanya kerana RIHANNA BUAT RAMBUT LAMA GILA, SIAP REBONDING SEGALA.


T-shirt ACDC by ThePopLook.







Nyamuk gigit atas kening. Ke jerawat? Taknaklah common sangat, pilih nyamuk gigit atas kening ah.





61 gambar selebihnya, buat koleksi peribadi.






Rihanna ngidam makan kat Ikea.




Maaf entri cikai, sedang mengarang beauty tips terbaru! Nantikan di screen berhampiran riba anda.

Monday, 22 November 2010

Nah Debit Mastercard untuk birthday kau, Hanis.


Menunggu turn di Alliance Bank USJ. Ada minuman panas disediakan pewit first time dekat bank ada macam ni.



Baru buat Alliance Bank Debit Mastercard sebab teringin dan saya tak percayakan diri saya dengan credit card. Terima kasih Alliance Bank untuk peluang ini. Sebab mengapa saya nak buat debit card ialah rasa takut yang membuak-buak bila nak beli barang mahal lebih sikit, kemudian terpaksa bawa wang tunai berkepuk. Memang sedia penakut, bukan terhadap hantu sahaja.


Jadi dah ada debit card senang nak shopping, lagi-lagi Mastercard memang semua tempat accept. Takyah cuak-cuak bawa duit banyak pastu kepit handbag di setiap sight of possible snatchers. Kesian orang yang sebenarnya bukan peragut pastu terasa. Maafkan dahku.


Semenjak dah berpendapatan, setiap kali hari jadian saya akan beli hadiah untuk diri sendiri sebagai satu signifikasi yang berbunyi “Baiklah Hanis, pada umur kau __tahun, kau sudah mampu beli ____ sendiri”. Jadi boleh look back achievements dalam setiap peringkat hidup, dan sama ada berbangga akan diri, atau rasa ish tak boleh jadi ni, next birthday kena naik lagi satu tingkat dalam kerjaya. Itulah cara saya motivate diri sendiri untuk berusaha lebih ke arah Wawasan 2020.


Jadi untuk birthday saya kali ini saya beli jam sebab dah lama nak ada jam tapi tak beli-beli, masa itu emas. Susah rupanya nak pilih jam sebab banyak yang cantik tapi ada orang ajar saya untuk beli hanya koleksi dari watchmakers dan bukan koleksi brand yang sebenarnya buat pakaian tapi tiba-tiba nak buat jam juga. Jadi bila nampak jam Coach yang cantik, lupakan hasrat untuk beli kerana Coach sudah tentunya handbagmaker dan bukan watchmaker.



Yang mana di antara kamu akan nampak cantik di pergelangan tanganku?




Saya try banyak juga, even brands yang saya tak snap untuk tontonan anda. Sebab jam kadangkala cantik dengan sendirinya tapi bila di pakai heh sedarlah diri tangan keding dan kurang cerah.






Terlalu besar jam tersebut, selepas dipakai seharian sila gantung di dinding.






Maskulin benor.






These are the watches from Coach new line, yang tidak dibeli atas dasar yang dibentangkan di atas tadi.





Akhirnya jumpa jugalah seutas yang saya sangat suka. Jatuh hati, Alliance Debit Mastercard marilah berjasa.







Swipe and sign. Translation: Leret dan beri autograph.


Itu sahajalah journey pembelian jam dengan Alliance Bank Debit Mastercard yang sungguh mudah. Kalau nak satu, bolehlah surf sini. Kenapa pilih Alliance Bank Debit Mastercard? Sebab cash rebate dia 1% dan lagi satu, dia sebenarnya ATM card juga.






In love with my purchase so much, I wore it to my shoot the next day for Faces magazine.





Tak tunggu birthday, dah pakai hadiah. Sungguh anak kecil.









That is all. Check me out in Faces magazine November issue as Top 10 Hottest Malaysian Bloggers. Hot kewww T_T

Thursday, 18 November 2010

Where do I shop online (Malaysia) ?




Kronologi dan fasa perkembangan seorang pembeli-belah yang tegar, ehem.


Demi sehelai seluar/cardigan/skinny jeans, sanggup rangka strategi bersama geng untuk ke pusat beli-belah terkemuka dengan lingkungan perbelanjaan yang ditetapkan ayah bonda. Modus operandi selalunya, samada minta simpati/jasa baik ibu bapa terpilih untuk hantar, atau naik komuter tukar-tukar stesen bergesel-gesel jasmani dalam kesesakan. Sanggup.



Dah up sikit, masing-masing ada lesen! Modus operandi, semua pakat tong-tong minyak yang bertong-tong kerana nak pergi malls di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Dengan traffic jam, dengan tak berapa reti jalan-jalan pelbagai nama dari pelbagai bangsa, dengan ketidakwujudan GPS. Sanggup.



Dengar buah mulut dan cakap-cakap orang, wah kini boleh beli-belah atas talian? Si naif pun mula google “Blogshop Malaysia”. Pergh, results dia banyak gila, mana nak pilih, mana yang boleh dipercayai, mana yang sesuai dengan citarasa hati sanubari?! Saya rela dengan 2 modus operandi fasa terdahulu T_T



Semakin dewasa, semakin sibuk dan tiada masa untuk keluar beli baju apatah lagi mengukur baju di badan sendiri. Kadang-kala sehingga terdesak betul sebab ada event mendatang, tetapi diriku di perantauan dan tidak dapat beli baju untuk dipakai, resorted to online shopping juga. Akur.


Sudah berjinak dengan online shopping, menjadi ketagih. Tapi hanya tahu 2-3 online shops yang boleh dipercayai dan kerja mengrefresh page mereka tunggu update terbaru. Salah satu online shop pula dah tak update dah. Semakin kuranglah pilihan. Akur.




Kalau ada satu website yang boleh dipercayai, yang sediakan semua online shops dekat satu tempat, dan kalau kita pilih-pilih barang di variety of these online shops tapi bayar sekaligus, kan senang! Bila ada banyak pilihan dalam aturan yang sistematik, malah online shops semua selalu update, kan senang! Kalau dalam banyak-banyak online shops yang dia feature, kita boleh cipta mall sendiri dengan pilih online shops yang kita nak je, letak dalam mall kita (supaya takyah tengok update online shops yang bukan citarasa kita) kan senang!

Mungkinkah penemuan terkini adalah penyelesaian kepada segala masalah yang berbangkit?



JIPABAN.COM !
Customizable Online Shopping Mall: Malaysia Singapore

Mehehehehehehehehehe teruja teruja teruja!




Mula-mula of course sign up, yknow the emergency drill. Lepas tuh pilih kedai nak letak dalam mall kiter, Hanis Zalikha Mall! Online shops ranging from clothes, bags, shoes, gadget accessories, cds lah semua segala cekadak kau boleh piker, hampir semua ada.



Yang seronok, of course part pilih kedai nak letak dalam Hanis Zalikha Mall. First level letak semua butik wanita, supaya takyah naik escalator heh.




Tingkat pertama dengan my own customized name: Level Fab. Semua barang perempuan yang bakal menjana kefabulousan diri terletak di sini.


Eh?! Ingat tak parking kat mana tadi?? Ha, bila dekat Jipaban, takyah pikir2 benda tak berpekdah macam tuh -_- In fact, banyak benda memang dah takyah pikir sebab sistem dia sangat efisyen. Setiap kali dia update, kita akan tahu sebab dia kedai itu akan load selected items terbaru di mana kita boleh browse through dari depan (as seen in the above picture). Kalau menarik perhatian baru masuk kedai dan tengok lebih lanjut, kalau tak menarik tengok kedai lain mana yang dah update.




Masuk kedai dan decide nak beli ke tak. Sungguh mudah, sebab product details lengkap dan dia nyatakan ketinggian model. Ha 167cm, kan senang tinggi lebih kurang tinggi I * kelik Add to cart untuk letak dalam virtual trolley*




Masuk kedai D'Estrella jenguk-jenguk handmade accessories unik. Kemudian masuk beberapa kedai lain dalam Level Fab untuk beli-belah lalu naik lift pergi tingkat 2 pula untuk ke Level Cool.



Level Cool. Jangan judge kekreatifan bagi nama level, sebab ada characters limit okay. Tak cukup huruf nak bagi nama Level Muda-Mudi Ranggi Masa Kini, jadi Level Cool dah cukup gah dan setimpal dengan had limit. Sekarang baru ada 4 kedai letak dalam Level Cool. Kedai Aksesori Henpon, kedai T-shirt, kedai CD.




Masuk kedai Bib, kedai Blackberry & Apple Prods Accessories.

Tukar casing atau tukar housing terus? Tempting.




Juga ada untuk barang-barang Apple.




Masuk MyFavouriteTees pula! Wah t-shirt cool untuk harga murah :') Mengapa perlu berbelanja lebih untuk jadi cool? Okay takyah proganda sangat kat sini Hanis, ya cool ya murah kami faham.



Kepenatan shopping dah? Tapi belum naik level paling tinggi Hanis Zalikha Mall! Pergi naik! Berbaloi! Level Cute. Mehehehehe cutesy poo betul nama level.





Mesti cekidaud semua kedai ini, ada yang jual benda yang susah cari macam Plug Identifier Tag! Like hello? Where do I get a Plug Identifier Tag? Here.



Dalam pikiran anda pasti oh customizable online shopping mall and just that? Oh no no no! Ini ialah tempat bersosial di mana anda ada profil sendiri dan ajak rakan daftar juga supaya boleh shopping bersama tanpa keperluan tong-tong minyak.




Profile saya!

1.Boleh update status seperti di atas : Membina pusat beli-belah tanpa batu-bata dan simen. Hanya menggunakan tikus, macam Cinderella.

2.Boleh letak product yang mahu dibeli dalam Egg-On list.

3.Boleh letak product yang mahu diterima dalam Wish list.




Egg-On list sangat sesuai untuk orang yang indecisive Libran macam I. Produk yang kita letak dalam Egg-On list, kalau kawan-kawan kita suka/rasa cantik, boleh bagi telur ATAU KALAU TAK SUKA BOLEH BALING TELUR T_T




Sebab semua akan diupdate distatus kita, hehe bolehlah kita usha kawan beli apa. Sebab taknak terbeli benda sama T_T Oh profil Jipaban juga boleh integrate dengan Facebook jadi kalau teman lelaki takde profil Jipaban, still boleh hint ehem I nak dress ni ehemm.




Gempak? Kalau nak beli-belah sila sign up sebagai pengguna. Kalau anda ada business dan nak sewa kedai dekat sini, sign up sebagai penjual. Sekarang masa terbaik kerana 6bulan pertama dapat discount 75% off dari sewa kedai. Akhirnya, website yang menyenangkan pengguna DAN penjual. KAMI PARA PEMBELI-BELAH TEGAR MENGUCAPKAN TERIMA KASIH JIPABAN.COM ! Follow their Twitter & like their Facebook


PLUS! Love Bonito, the largest blogshop in Singapore, is on Jipaban too :')