Tuesday, 28 February 2012

Singapore Budget Trip

Inilah entri yang tergendala akibat daripada belek-belek gambar dan OMG MEMORIESSS lalu terus berbalas sms dengan Ain Syaqilla sampai ke sudah hewhewhew. Kini dibawakan khas sebab sejak dari tahun lepas, dah berapa kali pergi Singapore tapi tak update-update, saya bahagikan kepada dua entri ya!

Entri ini ialah Singapore Budget Trip di mana semua on a tight budget, tukar duit pun hanya SGD200 tsk tsk.  Semua angkut backpack tidur dekat hotel tepi jalan, naik public transport semata-mata. Jerih-perih seorang musafir kini mampu dikarang baik punya andai keluar soalan esei berbentuk Aku Seorang Musafir.

Entri akan datang pula saya akan kupas trip lagi satu iaitu Singapore Girly Getaway yang memang the complete opposite sebab tidur Marina Bay dan shopping dekat Orchard Road semua LOL. Hidup cuma sekali *tiba-tiba nak justify*


SINGAPORE BUDGET TRIP

Dari KL Sentral kami naik train straight ke Singaporeee! Tidur satu malam dalam train, perjalanan bermula pukul 11 malam, dijangka tiba pukul 6pagi. Maka? Maka haruslah ambil yang ada bunk bed sebab apa kelas tidur duduk melentok-lentok kepala kat bahu orang sebelah. Tiket KTM: RM40/seorang.

Naik public transport mestilah ada drama-drama sikit bila enjin berasap abang bomba bergegas ke tempat kejadian. Hasilnya? Gambar posing mata sepet2 sebab tidur terganggu, masa ini dah dekat JB dah.


Abang badan tegap tuh tour guide kitorang kawan Meor, Omar nama dia. Kami panggil Omarion. Dia badan tegap sebab Singaporean kan kena masuk army yang betul-betul. Masuk PLKN keluar tegap camni tak? Amboi sempat perli. Okay, itu Hotel 81 Sakura yang tepi jalan, sesuai untuk budak jalanan macam kami sobs. Satu bilik SGD100 per night for 2pax pergh pergh pergh. Hotel, RM123.64/seorang.


Jais posing cekci angat.


Paham tak macam mana nak keringkan bulu dada? Okay sebelum fitnah ditabur, obviously girls satu bilik lain, boys satu bilik lain. OMG.


Lepas mandi straight naik train terus pergi Universal Studio Singapore. Tiket USS: RM145/seorang.
Sorry Ain, gambar nih macam I landing kat Jais LOL sibuk jaga angle. Dari sini kita dah boleh berlagak pelancong dan tangkap gambar everywhere.


Everywhere.


Universal Studio memang comel bertema-tema, jadi bila tema Far Far Away, souvenir shop pun menjual Shrek dan rakan-rakan. *Sekadar bergambar *Tidak dibeli *Aku Seorang Musafir


The best ride masa tuh (masa tuh jelah, sebab sekarang ride Transformers dah buka, sobs) merupakan Battlestar Gallactica! Rail merah dipanggil Human, dan rail biru dipanggil Cylon. Naik dua kali sebab menerujakan sangat! I absolutely love roller-coasters.


The Mummy ride pun best sebab roller-coaster tuh gostan. COMELNYA GUNA GOSTAN WALHAL BOLEH GUNA PERKATAAN 'REVERSE'. Waktu nih tak ramai orang (surprisingly, it was a Saturday! Maybe sebab Raya kot) jadi kitorang naik banyak kali supaya dapat gambar dengan posing yang paling best. Ini taktau dah cubaan keberapa. Cool betul dahku seakan-akan on the phone calling mak kata Look ma! I'm on a rollercoastahhh! Will call you back.



While we were watching Steven Spielberg's special effects show. Meor begitu asyik sekali.


Kemudian semua dah cranky merengek sebab lapar. Cari kedai halal dalam theme park itu dan jengjengjeng! 

SO RETROOO!

SO GOOOOD! (THE BURGERS)


Selesai makan, selesai berlegar, ayuh pulang. Sempat singgah HRC beli souvenir untuk yang tercinta. Tak ingat yang diri ini traveller on a budget T_T


Sampai hotel lapar balik. Lepas mandi keluar tuju Arab St. Bahaya-bahaya sebab semua kaki dah penat. Kenapa bahaya? SEBAB MANJAKAN DIRI NAIK CAB. SEJAK DARI ITU CAB MENJADI PILIHAN HATI. MEMANG TAK PERASAN TEKANAN PADA WALLET SEBAB SEKALI NAIK SORANG BAYAR SGD3.00 JER (lepas bahagikan). Tapi sebenarnya RM8.00 untuk setiap trip pendek T_T


Musafir bershisha SGD15.00. Takmo convert, takmo takmo.


In the cab like a tourist instead of traveller T_T


Bangun pagi dah sedar diri balik, kembali bersengkek bersama. Hari untuk pulang!


Hahaha Meor candid gambar nih. Penat sangat.






Backpackers boleh tengok Marina Bay dari jauh jer k fine.


Oh! Sempat singgah rumah Aunty and Uncle Meor di mana kami dijamu gearbox dan roti sempena Raya! SEDAP MENJILAT PINGGAN! *hanya ekspresi, tidak dibuat kerana imej gadis*


In true sengkek style, bus stand nak balik KL pun yang paling buruk sekali. Tiket bas: RM60.50


Singgah beli bekalan makanan pun macam nak merompak. Hahahaha!


BYEBYE SINGAPORE! HELLO MALAYSIA I LOVE YOU SO MUCHHHH! (baru nak bersyukur)


Inilah salah satu trip paling best so far sebab ini geng gila. Penat gelak and penat marah Meor jer. Banyak hal terjadi tapi entri ini dah panjang sangaaat. Oh Traveller's Tips in future maybe? *start writing *publish 2months later *spank self

Thursday, 23 February 2012

I am weak. I can only forgive, not forget.



I am weak. I can only forgive, not forget.
When it happens again, I will learn to do both.
Forgive and forget (you).

Thursday, 16 February 2012

French Family Time

Semua ini bermula apabila Kekna Groupon (nickname baru) mendapatkan harga terbaik untuk family karaoke session di Redbox. Walaupun suaraku sekilas dengar macam Shila Amzah (statement sangat), tapi hari itu bukanlah hari yang menerujakan untuk melontar vokal secara tak berbayar. Bila semua dah siap-siap nak pergi, I was being the party pooper and was all "Karaoke? Tonight? Reeeeeally?".

Dengan takde mood, tak make up, tak pilih baju leklok, keluar jugalah memikirkan family time. Sementara ada ahli keluarga, masa kita adalah untuk mereka (wah pandai motivasi sensorang). Tup tup sampai Redbox dia kata coupon valid bulan depan. Okay bye Kekna Groupon kau karaoke sensorang siapa suruh tak check T&C. So bila dengar camtu lagilah mood I merudum (PMS ke apa waktu nih asal annoying sangat). Kadang-kadang menyampah dengan diri sendiri sebab mentang2 family time (kita kan jumpa family everyday) tak make effort nak happykan diri. Layan sangat kemalasan/moody.

SNAP OUT OF IT, HAMIS. I was determined to make the most out of it so taknak balik terus, I cadang kami cari dinner paling best (food is my mood lifter hewhew). Kekna Groupon dah survey-survey dalam kepala otak nak makan kat Midvalley, Mama Daddy ikutkan aje cadangan anak, yang I si berat bontot malasnya nak lintas ke Midvalley secara melulu suddenly appointed myself as Pastis spokesperson beria yakinkan potential customer akan keunggulan cafe tersebut walhal baru pernah makan kat situ sekali itu pun sekadar creme brule semangkuk.

"French cuisine in American portion" dan"Value for money" daku sebut berulang kali dengan gaya membaling-baling tangan macam present projek besar dekat BOD meeting.


 Meja dialas dengan kertas putih yang besar, nak senangkan permbersihan agaknya, orang habis makan, terus buang  ganti dengan kertas putih yang baru.


Tangan nakal si annoying moody PMS dah capai pensel mula scribble2.


 Soon Alisya dapatkan pensel untuk semua orang dan boleh lihat Kekna Groupon beria lukis ikut illustration dekat phone.


 Boiri tonjol bakat lukis landscape.


 Hafiiz sempat mengarut. Kalau tengok belah atas lukisan Hafiiz is our order, nak senangkan waitress LOL dah tulis nombor menu siap2.


 Obviously my body is in small French cafe but my heart will always be at Nirwana Maju. Jangan lupa usha garpu.


 Newlywed berganding bahu pilih makanan supaya boleh tukar-tukar.


Mula-mula waitress tak paham what we were doing, then bila tersedar terus dia tergelak and jot down je nombor order. "Bagus dan sungguh baik family ni" agaknya dalam hati dia.



 Eh dah happy?










GOMOKGOMOKGOMOKSENANGBETULNAKHAPPYKANSIGOMOK.


Allhamdulillah for another family time well spent. Looking forward for more, soon! I love you, family.

Tuesday, 14 February 2012

Why wait?


This is a short and simple entry to remind you… Why wait for that SPECIAL day to make that SPECIAL someone feels SPECIAL? Trust me, everyday little surprises mean so much more, catching your other half off guard and making them feel loved. Lagi-lagi suami isteri yang dah kahwin bertahun-tahun, kalau kena penangan little surprises nih, lagi boleh terkejut kera kehkehkeh.


 HOPOCOT HOPOCOT TERKEJUT I, barulah mandi tersengih-sengih camni. 
Ini cuma comel bila tulis dekat wap di cermin bilik ayak je k? Kalau tulis kat habuk atas meja mekap, sila gaji weekly maid sekarang.


 Alooooor selalu makan breakfast roti dengan Milo jewww.


 Okay pakai jeans ni setiap hari.


 Sejuk hati to start my day dapat email attachment as such.


 Eleh terkejut sikit jer.




Okay cinta separuh mati :B