Friday, 22 June 2012

Milk Coffee


I like coffee.  I like the idea of coffee. I love the smell of coffee. Like, if I were to have my own place, imma be making coffee the whole time just to get the coffee shop aroma lingers in the air. Or do they already have aromatherapy oil based on/mimicking the smell of coffee? Let me know.

But you know what’s better than coffee? MILK. Milk over coffee, anytime. Milk > Coffee, seems legit. And thank you Nescafe for coming up with something of that ratio.


I joke about how I like my man like I like my coffee; strong, rich and hot ALL THE TIME. But seriously it’s just a joke, I don’t like my coffee like that (my man, however… hehe).  So this is just perfect for my morning (or any time I feel like having a light-coffee enjoyment) and also a good addition to my daily dose of calcium.

If you’re new to coffee or in the midst of exploring your taste and preferences, I could say that Nescafe Milk Coffee is a good start, offering mild coffee profile and more milky taste.

Oh how nice, a random video Alisya did to compliment this post:


Eleh I wanted this post to remain konon-konon simple and classy till the very last period but… I FOUND THS CUTE APP ON THEIR WEBSITE HAHAHA JOM!


You know how their campaign uses these cute big headed people…


Hehe. Hanis the zombie!


HAHAHAHAHAHA! Go play the app at www.facebook.com/nescafelightlight!!!

Thursday, 21 June 2012

Where would you take your Astro?


Have you heard about Astro On The Go? I first saw it in the app store and terus download sebab the name says it all, Astro. On. The. Go. Boleh tengok Astro dekat mana-mana saja as long as you ada iPad/iPhone etc. Pastu dah beberapa hari download, keluarlah iklan2 kat TV pasal application nih, ala yang si Merong Mahawangsa masukkan TV dalam poket pastu dia keluar dengan awek dia naik kereta convertible tuuuuh.

Yang paling exciting of this whole thing ialah its  Euro-themed Astro’s On-The-Go Party at The Pool @ Ampanghappening very soon di mana akan ada EURO Flash Mob (woahhh what’s that gonna be like), and new iPad giveaway untuk best dressed! Party with them EURO style by winning invites via Nuffnang, here (http://www.nuffnang.com.my/blog/2012/06/13/astro-on-the-go-party/).

Atau join contest senang ini dengan menghantar gambar DI MANA ANDA NAK TONTON ASTRO ON THE GO ANDA. Nanti Astro kumpul semua gambar yang disubmit dan jadikannya advertisement terpanjang tentang Astro On The Go! Masuk tv u’ols!

Tweet jer gambar itu dengan hashtag #AstroOnTheGo untuk mereka kutip atau submit gambar itu di website starting from 23rd June. Check out (www.astro.com.my/onthego) from 23rd June onwards  or during the Pool Party!!!

“O hai, where you looking for your phone? Just enjoying #AstroOnTheGo under the duvet” –Bertuah punya kucen.

Wednesday, 13 June 2012

Room Makeover (in progress) (still)!

Sekarang tengah busy sambung room makeover balik (tergendalai after Kekna's wedding the other day). Now sibuk buat all the finishing touches. Well... my dad lah yang busy, I beli barang pastu longgokkan depan muka dia aja dan mengharapkan yang terbaik LOL.


Tapi bukan Daddy saja yang busy ya...


 If you have a cat, you'll know what I mean.


 "This seems like a good spot to groom myself"


 "This the right screw, trust me"


"Y'know what's standing between you and this wall? IT'S GONNA BE ME"


"User's Manual?? I don't see any User's Manual"



Monday, 11 June 2012

Awesome Findings #3

Location: SSF Sri Damansara
Why is it awesome: Kau dah kenapa fabulous sangat sampai gantung spender jemuran kat chandelier?! (terus beli dua set).

Thursday, 7 June 2012

Why Ladies Need To Be Very Afraid.

Fuh dah makin menjadi-jadi kes orang hilang/orang nak kena culik/hampir dirogol/dirogol. Antara yang terbaru dan paling menonjol ialah berita perempuan yang hampir diculik dekat carpark The Curve, sebab diceritakan sendiri oleh mangsa, jarang kita dapat insight from the survivor themselves. Ada lagi satu berita yang perempuan terlepas dari penculik, dan dalam van tersebut dia kata ada 4 lagi perempuan tengah menangis. Dia terdengar yang driver van tuh cakap nak jual wanita nih semua, oh.. my.. God.


Okay sekarang... Kita letak polis, masyarakat, kerajaan, management carpark The Curve, NGO, rukun tetangga semua ke tepi dan pikir sendiri, macam mana diri ini nak sentiasa selamat? So ladies... my word of advice would be:


BE AFRAID. BE VERY AFRAID.

Kenapa? Kenapa kau suruh orang hidup dalam ketakutan wahai Hamis? Apakah yang cuba diketengahkan di sini?!! Baiklah, biar saya beri pencerahan kenapa saya suruh semua perempuan di Malaysia supaya takut/cuak/paranoid.

Bila kita takut, kita takkan berlagak terel. Takdelah berlagak yang wanita boleh buat semua benda seorang diri, kononnya Miss Independent. Jadi bila kita penakut, kita mesti sentiasa nak berteman. Bagus begitu.

Bila kita takut, kita jadi aware of surroundings. Dalam kepala otak sentiasa terngiang-ngang berita penculikan/perogolan. Setiap pelosok kita usha, terutama waktu nak masuk kereta / sebelum keluar kedai / sebelum lintas jalan. Paranoid lah katakan.

Bila kita takut, kita jadi gelabah. Bila gelabah, kita pun menjerit terpekik terlolong andai ada yang grab kita. Kajian yang dibuat oleh Must read: The Caring Project, perogol/penculik tak suka wanita yang menyusahkan/yang melawan balik/yang buat bising. Bagi diorang wanita macam nih akan makan banyak masa/tarik perhatian orang awam. Diorang cuma nak easy target (perempuan lembik). MAKA, JADILAH SI PARANOIA MENGGELABAH BINGIT DAN JANGAN JADI EASY TARGET. Bagi yang kuat melatah, sedarilah bahawa ia weapon anda rupanya.

Bila kita takut, kita akan bersangka buruk pada semua orang. Jadi bila kita nampak orang naik motor, kita kepit handbag kuat sikit. Bila kita nampak orang berkeliaran kat parking kereta kita, kita masuk balik mall, tunggu kawasan jadi selamat. Bila ada motor pura-pura accident tercedera, kita bersangka buruk, buka cermin tingkap sikit dan campak duit (kalau kesian) kemudian speed laju-lajuuuu cari balai polis. Ini sajalah masa untuk bersangka buruk kat orang.

Bila kita takut, kita sentiasa bersedia. Sebelum keluar rumah baca ayat Kursi. Sebelum mulakan perjalanan kunci pintu kereta. Sebelum sampai dekat parking kereta, kita dah genggam kunci kereta (bukan waktu sampai kat pintu kereta baru terhegeh-hegeh nak godek handbag black-hole hang tu). Selepas baca artikel ini terus beli pepper spray/pisau kecil/payung. (Oh kajian itu kata lagi, penculik tak suka perempuan bawa payung, sebab takut dipayungi -_-).

Bila kita terlampau takut, kita tak kisah nak nampak hodoh dan bodoh. Kalau nampak van parked sebelah kereta kita (driver's seat punya side), silalah masuk ikut pintu passenger sebab terlalu bahaya kalau ditarik dari dalam van nak struggle apa pun dah tak sempat. Takpe nampak bodoh masuk dari pintu lain pastu tertonggeng-tonggeng dalam kereta, asalkan selamat. Pastu kalau terasa diekori, nak lari pecut ke apa silakan. Lebih baik malu seminit dari mati selamanya.

Dan bila kita takut, kita sentiasa beringat nak call emak/ayah/suami sebelum keluar rumah. Dapatkan restu dan inform destinasi tujuan. At least perjalanan diberkati dan juga, kalau apa jadi senang diorang ada info. Jangan lupa nak cakap kita sayang diorang. Takut itu panggilan terakhir kita :'(




Akhir kata, jom ramai-ramai jadi penakut. Dan belajar kickboxing.

Monday, 4 June 2012

Jaguhbi Nama Diberi

Gambar 1: Gambar yang diupload di media sosial.
Gambar 2: Unseen footage.

Sunday, 3 June 2012

Kenapa iPhone?

Akhirnya terpaksa juga beli iPhone 4s. Seriously terpaksa (dalam keinginan). Mulanya nak beli digital camera yang baru kerana S90 telah rosak ketika simpan dalam handbag berkeadaan telanjang tanpa cover di mana dalam handbag juga menyimpan bekalan tatkala (potensi) banjir melanda seperti roti, biskut, sudu dan air asam jawa.

Jadi tekalah yang mana yang telah tumpah di atas S90 ku sewaktu semua menu bergelora dalam handbag semasa aku berasak-asak menepis manusia di Orchard Road tempoh hari?

Air asam jawa, you betrayed your own people.

Ingat nak beli camera baru tapi malasnya nak bawa ke hulur ke hilir. Tiba-tiba teringat camera iPong yang sungguh cantik hasil gambarnya dan melihatkan Blackberry yang Hanis kata pergi, kubur kata mari itu, memang sah! I need an iPong.

Dulu malas nak belog sebab takde gambar best/berkualiti/boleh dibawa ketengah. Tapi kini dengan iPong... (wah Steve Job bayar ko ke semangat sangat) tidak lagi.

Now you'll be seeing more of Hamis Jalikha here! My blogging spirit has been revived! Ecey (kita tengok few months down the road LOL).

Sekarang you takleh panggil I Hamis jer, kena panggil Hamis the Photographer. Wahhh begitu. Semua orang ada iPong memang camni ke? -bisik hati kecil kau orang.

Baziaq ayaq liuq tapi tak tunjuk buat pa?! Excuse my horrible utara slang but here are the pictures from my iPong :')


Blogged entirely from my iPhone 4s.