Monday, 30 July 2012

Taat Pada Boyfriend


Taat Pada Boyfriend.

Perempuan selalu cinta dalam-dalam. Tak berpada-pada. Dia percaya  lelaki itulah yang dia bakal kahwini. Mungkin dia anggap, relationship itu sebagai satu test, adakah dia wifey material. Jadi dia kena tunjuk betapa wifey materialnya dia. Dengan taat pada boyfriend.

I’ve seen this a lot (ehem, girlfriends). And at one point in my life, I used to be that girl too.

“Weh jom keluar lepak jap. Lamanya tak jumpa!” “Jap aku tanya boyfriend aku”. Wow, sejak bila berdosa andai boyfriend tak redhakan pemergianmu untuk melepak bersama teman-teman? Bilakah tanggungjawab menjagamu beralih dari ibubapa ke boyfriend mu? LOL.

Bila liat nak solat, boyfriend call dan tanya dah solat belum? Wow terus laju capai telekung dan bersolat wow wow, cuba kalau Mama atau Daddy yang suruh pergi solat, tunggu lagi beberapa minit nak habis waktu baru bergegas.

Ibubapa nasihat belajar rajin-rajin, oh it’s just another nasihat yang berulang sejak dari tahun satu lagi. Tapi bila boyfriend bagi kata-kata semangat nak exam, sayang jangan lupa baca Allahuma Yassir Wala Tuassir ya xoxo. The moment dapat anugerah dekan terus update status FB I can’t do it without you, you are my drive, my inspiration, my backbone. Wah tiba-tiba dia jadi tulang belakang kau, entah engkau tulang rusuk kiri dia ke idok, belum confirm lagi.

Bila pakwe ajak keluar weekend, terus OKAY! *sambil cancel semua plans lain*. Kalau family kata baiklah we’re having dinner this weekend, jawapannya “Tengoklah kalau I free”.

Kalau nak pergi clubbing, "weh nanti jangan tag gambar aku, nanti boyfriend aku nampak". Oops, taknak hancurkan hati boyfriend uols! Hati mak bapak camne? Oh lupa mak bapak takde Fesbuk. Sorry sorry, ini tak valid.

There’s a difference between being a good partner, and secara buta tuli taat. If he is a good partner to you, and you repay him with kindness as well, you’re a good partner. Kalau dia treat you macam bangang, tapi you still put him first, that’s… sorry to say, buta tuli taat.

Bila buta tuli taat, you lose your value and above all, you lose yourself. 

So ladies, don’t give your all just yet. Not until he sits on the cushion and the pakciks around him said “SAH”. Biarlah orang kata jual mahal, sebab benda mahal memang kita kena jual mahal okay belajarlah ekonomi/business.

Friday, 27 July 2012

Capital FM


I want to meet Asha Gill so freaking badlyyy! I love her! She’s the reason why I nak sangat jadi pengacara and travel the world and share it with other people. She does it so effortlessly, dengan kecantikan dan kelembutan dia. Dengan so much knowledge. And guess what? I dah terlepas peluang nak jumpa dia Sabtu, 14 Julai lepas.

 Why why why? Capital FM invited me for Viva La Diva, a day out with powerful women, just pampering and mingling and hari itulah hari yang sama I ada shooting, just shoot me nao. Gigit bibir je tengok timeline, my girlfriends posted gambar-gambar diorang during the day out. Tiba-tiba tengok Izza post gambar dengan voucher Parkson RM500 yang diorang perlu habiskan dalam masa sejam (omg tak mencabar langsung hoi). Itu bearable lagi… TIBA-TIBA ADA POST GAMBAR DENGAN ASHA GILL. HOHHH! I love you Asha Gill, if you ever read this. Please know that you inspire me.

Jomlah tengok gambar event tuh dan harap ada lagi upcoming Capital FM punya event. You hear me, Capital FM??! I listen to you (in the car) so you better listen to me! I want to meet Asha Gill k.





So charming :’) This is when the ladies masak ramai-ramai dekat The Food Studio ambil Chef Paul and Asha Gill kongsi  diorang punya gourmet secrets. Jealousnya T_T

Semua ini right after a long day of fabulousity, semua jadi diva dengan pampering, brunch and shopping.




Silky Hand Treatment of hand massage and hand paraffin at Beauté Library. Hish.




Siap brunch berami-ramai dekat twenty.one tables+terrace, Bangsar Shopping Centre!. AND IS THAT JOANNE KAM?! Nak jumpa dia gakkk!

As icing on cake of my envy, like I mentioned earlier the ladies dapat voucher Parkson RM500 each.


That’s not very nice guys :’(

I feel like I am missing out so much. I love girly bonding time like this. I miss having em with my girlfriends, just pamper diri and catch up. Sambil-sambil mencantikkan diri (pedi and mani or hair treatment). Dengar masalah diorang and bagi support, all this done over good food! Share cara masing-masing tangani isu kehidupan. Ia mematangkan dan memberi ketenangan. Jom tengok, gambar-gambar event kat sini: There's more pictures here : http://www.capitalfm.com.my/divasdayout.php

I rasa semua perempuan perlukan support system. Perlukan tilam untuk diorang jatuh. It could be your family, your partner, your girlfriends. It’s just so much fun (and thrilling) to allocate some time, and arrange some activities untuk you kuatkan this support system. Well, me and my girlfriends tengah plan our island trip, sebab salah sorang kami dah nak kahwin! Tak sabar! Bagi yang rasa susah nak ngam dengan orang atau prefer to handle everything by yourself, there’s always other support system. Like the radio.

Kalau tak tahu lagi, Capital FM is a radio station all about empowering women. The topics yang diorang selalu keutarakan memang best dan dekat di hati sanubari wanita. Their frequency is 88.9FM btw. You can stream them online @ www.capitalfm.com.myor even download their mobile apps at Google Play (Android users) and App Store (iPhone users)!

Thursday, 26 July 2012

Untuk Yang Tak Tenang Jiwa

Sebab belum order kuih raya buat keluarga dan mertua... Hehehe ala jangan marah.
Taken from my mom's blog...

Assalamualaikum

Ada ketikanya ada perkara yang kita kena lepaskan sedikit sedikit agar terhurai tekanan yang menekan. Macam saya dulu semua benda dalam hidup saya nak lakukan sendiri. Sampai memotong rumput pun saya mahu lakukan sendiri.Pergi kedai hardware, beli mesin rumput dan bagai. Rumah nak cat sendiri, kuih muih lauk  pauk setiap kali nak masak sendiri, semuanya saya nak buat secara DIY. 

Kalau betul saya suri rumah tangga tidaklah rasa teruk sangat. Ini saya berkerja, mengandam, membaking, mengurus hal ehwal berniaga. Jadi mana kehidupan sebenarnya. Semua  mahu dikejar, mahu digapai, kalau akhirnya diri sendiri yang tersadai, siapa yang rugi, bukan orang lain, diri sendiri juga yang merasai.

Sampai ada satu masa, bila hanis menasihati saya bahawa kalau kita nak berjaya bukan kita yang berkerja. Tapi orang yang berkerja untuk kita. 

Maka sedikit sedikit saya lepaskan. Strawberry Moist Choc cake saya lepaskan business pada  Liana. Saya tumpukan pada kek pavlova sahaja. 

Dulu kerana gemar  nak mencuba skil memasak  maka setiap masakan yang ada direstoran, saya ingin  memasaknya sendiri di rumah. Sekarang saya rasa lebih santai kerana berfikir bahawa nikmatilah hidup ini seadanya...kalau mampu buat, kalau tak mampu kita biar orang lain ambil alih.. Selepas itu saya sudah tidak lagi bersungguh, bertekun, menghabiskan separuh hidup menyediakan semua menu untuk keluarga. Kalau sempat atau ada kelapangan baru saya cuba masak istimewa atau masak biasa. Jika tidak saya bawa anak-anak makan dan bergembira di luar.

Alhamdulillah sejak itu kehidupan saya lebih ringkas dan tenang. Dapat rehat lebih, keluar dengan keluarga, kawan kawan dan adik beradik. Saya banyak masa untuk diri saya sendiri.

Sama kaedah dengan penyediaan kuih muih hari raya.  Bertekun membuatnya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan sebenarnya. Kerterujaan membuatnya hanya pada waktu mahu memulakan. Tetapi apabila berada di pertengahan jalan, kita akan mudah rasa jemu dan keletihan. Selain daripada kena ambil extra effort untuk membeli barangan di kedai, mengemas peralatan yang mengotori dan membuat dapur tunggang langgang dan bahan bahan membuat kuih yang berlebihan belum tentu akan kita gunakan dan akan banyak pembaziran di situ.

Maka buat anda semua, jalani hidup ini dengan lebih santai. Jangan persediaan kuih raya memberatkan lagi bahu kita walhal puasa dan hari raya itu adalah hari untuk kita lalui penuh kerehatan dan kegembiraan.

Mengapa tidak sahaja sediakan budget rm100-rm200... order sesuka hati sesedap selera. Tak perlu berasak-asak di kedai Bagus mahupun Bake With Yen, yang bahan bahan buat kek semakin tahun semakin mahal, sebab ramai sangat orang kita semua nak cuba skil masing-masing maka tokeh tokeh ni naik harga bahan-bahan sewenang-wenangnya.

Sungguhpun begitu saya tak kisah walau makin tahun untung berkurang asalkan  kuih raya saya jual dapat sambutan apatah lagi saya usahakan semakin tahun semakin sedap namun harganya tidak berubah sama sahaja.

Tahun ini saya tambah sedikit kuih-kuih baru yang memang superb. InsyaAllah memeriahkan raya anda.



KUIH RAYA PALING DISYORKAN MENGIKUT TURUTAN 1 - 16

1. Snow White
2. Glamarous In Cup
3. Pop Nuts
4. Classy Pandan
5. Samperit
6. Sunny Cruncy
7. Romantik Hazel
8. Nestum Rasberry
9. Choc Crumpy
10 Prada Passion]
11.Rollin In The Deep
12 Jem Tart Gulung
13. Beautiful Blueberry
14. Biskut Arab(Gambar BelumUpload)
15. Chocolate Rice(Gambar Belum Upload)
16. Gorgeuos Peanut (Gambar belum upload)

PENERIMAAN ORDER BAKAL DITUTUP HUJUNG MINGGU INI!!! TAKE ACTION NOW!





Sebelah kiri diberi nama Pop Nuts yang sungguh cruncy, penuh dengan kekacangan yang mengasyikkan dan Almond London yang sebiji kacang badam yang bersalut biskut rangup dan dicelup coklat yang lemak manis. Harga setiap balang rm28 dan isinya 50 keping.






Dari kiri, sesuai dengan namanya Snow White, yang sungguh bersalju, rangup, berkacang dan kuih raya paling top setiap tahun. ...Manakala, yang sebelah adalah pandan samperit yang bernama Pandan Classy, rangup, lembut bersalut coklat putih berhias manik. Kegemaran setiap kanak-kanak.adalah pasti....salah satu  kuih yang paling laku setiap tahun. Berharga setiap balang rm28 dengan isi 50 keping di dalamnya.



Beautiful Blueberry nama diberi,  enak berserat penuh khasiat, segala cereal semua dimiliki, apa yang penting ianya sesuatu yang sihat. Harga sebalang rm28. mengandungi 50 keping.







Dari kiri biskut Glamarous In Cup, sungguhlah sedap, sekali makan pasti nak order, paling tengah ada kacang, lepas kacang ada biskut, lepas biskut ada coklat, lepas coklat ada pastri yang cruncy. Harga sebalang rm28 50 keping.

Sebelah kanan tak perlu diwar-war biskut dahlia, Biskut Samperit tapi yang ini lain sikit, hancur di tangan cair dimulut, masuk mulut jangan kecoh nanti bersembur, Dahlia kak nani siapa tak kenal, Sedapnya  tak boleh dilupa. Harga sebalang rm28 isinya 50 keping...








Dari atas Pretty In Love, segalanya kacang dan cereal ada terkandung, Yang tengah Choc Crumpy, memang terkenal setiap tahun, dalam biskut, luarnya coklat, bersalut pulak serbuk roti, ranggupnya ya ampun sedap sekali, Paling bawah Choc Guilty, biskut coklat rangup tidak berinti cuma berhias kacang badam sebiji sebiji. Harga semuanya sama. satu balang rm28. 50 keping isi di dalam.









Yang ini tak usah cerita, Nestum Rasberry kegemaran semua, setiap tahun dia ada, Yang dua tu Tart Nenas Gulung Dan Tart Nenas Inti Atas, tart gulung, pastrinya gebu dari susu tepung, jem nenas nya pula, dimasak sendiri manis belaka, tart inti atas , pastrinya sedikit rangup lemak mentaga amat terasa, sekali rasa mesti nak order. Harga tetap sama. Bertahun bertahun itu juga rm28 sebalang isi 50. Mehla order, tak kan menyesal punya, malah bersyukur, inilah tart nenas yang diidam-idamkannya.







Yang paling popular tahun ke tahun, pastilah Chocolate Shortbread, siapa yang lupa. Harga sama rasa pun sama,. Yang bawah pula, sungguhlah cun. namanya pula Rolling In The Deep. Peanut sebiji ditengah-tengah. Disalut biskut, dicelup coklat, diroll roll pula dengan nestum...Harganya masih lagi sama.rm28 50 keping semuanya.






Yang paling atas adalah Romantic Hazel, kacang hazel bersalut biskut dan celupan coklat serta hiasan yang mengiurkan, sedap dan sesuai diberikan pada sidia. Yang paling bawah Sunny Cruncy nama sendiri, penuh kuaci rangup dan bersusu, cantik dihiasi coklat putih. Yang merah jambu pula biskut Strawberry Kisses. Rangup dan enak sekali. Harga tetap sama rm28 50 biji sebalang.






Yang paling atas adalah biskut paling sensasi sebab sekali rasa pasti jatuh hati, namapun Prada Passion, dalam biskut, luar coklat bersalut serbuk milo dan serbuk koko. Di tengah itu biskut Crush Bites Almond dan yang bawah terambil gambar dua kali, Keterangan dah ada di atas tadi. Semua harga biskut sama rm 28 sebalang ada 50 keping...

BYE ORDER DAH TUTUP LOL.

Monday, 23 July 2012

Diari Ramadhan

Alhamdulillah favourite month of the year is here... How's your puasa so far? I've been traveling on the job (which I'm very thankful of) and tak terasa sangat (dulu by Zohor dah meringkuk-ringkuk dah cuba melepasi fasa hunger pang, heh.) sebab sibuk. Tiba-tiba je eh dah waktu buka puasa! (ehem padahal kat Sarawak buka cepat, itu yang rasa pendek jer hari). Yang best, kerja selalu habis awal and malam dapat bertenang dan bermanja denganNya.

And this year taknak meriah sangat buka puasa. Samada masak sendiri or beli kat bazar (I like the idea of tolong orang meniaga ecewahhh, alasan bila takde mood masak).

Iftar kali ini, kita berminimal jom? Cukup beli satu dish, satu pencuci mulut, satu jenis air. Maksudnya walau sedap ke tak sedap ke, terpaksa makan jugak (because you bought only that much). Kalau banyak choices, yang terbeli tak sedap tuh, sure terbuang. Kan :'(

Atau cara lain ialah bawak duit cukup-cukup jer, RM7.50.

Happy Ramadhan kawan-kawan.



Wednesday, 18 July 2012

Campus of Our Dream!

Siapa di sini yang belajar di kolej swasta? Macam kawan-kawan I, kalau ajak lepak diorang suka suruh datang campus diorang. Taulah campus dekat dengan mall segala. Pastu cantik. Pastu ada macam-macam. SAJE KAN NAK SURUH ORANG PERGI SUPAYA BOLEH BERLAGAK T_T (iri hati yang tidak tertampung)

Bila sembang dengan Ein about my degree, dia selalu suruh join dia. Truth is, I am considering Taylor’s sebab senang nak kerja sambil belajar, dan juga mereka kini dah diiktiraf dalam dan luar negara. So I listed my options and weigh pros and cons.

Terbaru, sempat melawat kampus Taylor’s University Lakeside dekat Sunway and myyy.. I want to be a student again!!! Almost made up my mind dengan Taylor’s University Lakeside campus kerana keselesaan, keseronokan dan kelengkapan pendidikan! Wah gituew…

Before this ada few of my friends yang memang dekat Taylor’s University, diorang kata Taylor’s University memang ajar hands-on experience yang memang betul-betul prepare diorang untuk the real world. Tapi I fikir balik, bukan semua tempat camtu ke? Bukan ke? Bila aku dah pergi sana…

Marilah mengumumkan bahawasanya saya telah pun jumpa Malaysia’s Dream Campus.
Pertama, admin building mereka.


Bila tengok admin building canggih dan professional macam ni, baru betul-betul rasa macam studying in university overseas. Tidak perlu bayar lebih-lebih untuk menikmati facilities sebegini.

Kedua, student centre.


 Student centre pun lengkap dengan macam-macam, sebab diorang paham betapa pentingnya keseimbangan work and play. Diorang paham yang people function best with enough rest and minimal stress.

Kemudian, the library.



Bila masuk library dia, ambience and atmosphere yang diorang create untuk students memang lain macam. The lighting, the furniture, the material (books), even the ventilation system! Everything is carefully planned and lots of things were taken into consideration semata-mata nak tarik minat students pergi library.


Seriously. Just tengok diorang sediakan kerusi meja kecil-kecil khas untuk berlaptop di sebalik rak-rak buku (because that’s what we students do!!! LOL).


Yes, we are still in the library. Yes, the Macs.

You know what, I wished I’ve had the opportunity to learn how to fully operate a Mac back in my uni days. Now I nak beli dah terkial-kial nak guna. Tak terlambat lagi nak enroll ke Taylor’s University teehee.

Sekarang kita ke commercial building mereka.


Kat sinilah segala Chatime, Starbucks, Old Town White Coffee alike bertapak.




Sempat terbeli dua pasang kasut and sehelai skirt tau. Hewhew.

Senangnya takyah ke bandar travel jauh-jauh untuk dapatkan EVERYTHING. Semua benda is within reach so budak-budak Taylor’s University boleh focus nak study and perform their best jer. Kalau nak buat assignment paling senang, nak beli barang-barang pun dekat, tak perlu pening nak allocate satu time di mana semua ahli kumpulan free untuk ke bandar dan catu wang untuk sewa kereta dan sebagainya ya kawan-kawan (tapi pengalaman ini pun manis, rindu).

Dan akhir sekali, saving the best for last… their academic building. Tadi I tertanya-tanya bukan ke semua kampus prepare students dia untuk the real world kan? Well, Taylor’s University take it to the next level.


Bangunan yang betul-betul macam office building nih, sinilah ditempatkan semua classes, lecture theatres dan…

Real world.



Restaurant and hotel memang first class dan menerima customers as daily business. I heard these are fully operated by students!


Macs to prepare you for the real world (design students).



Real world memang banyak machineries dan ianya disumbat dalam engineering lab so you’ll be well-equipped with the knowledge on how to operate them.

Tapi real world juga adalah satu tempat yang indah maka, Taylor’s University tidak lupa semua itu dan melengkapkan academic building mereka dengan ini semua… hehehe


I LOVE THE WHOLE OPEN AIR CONCEPT TAPI BERBUMBUNG.


Bila angkat screen projector ambek kau pemandangan tasik siap ada itik-itik pulang petang :’)


Ha study kat tempat camni barulah masuk semua yang dibaca ecewah.


Bila stress, pergi bagi makan itik jap. Semua landscapes and buildings ni won Taylor’s University the PAM (Pertubuhan Arkitek Malaysia) Gold Award okay!

Hish cantik teramat kan Lakeside campus nih?! T_T Nanti ada Open Day korang boleh tour sendiri around the whole campus, setakat tengok gambar jer tak thrill. Kualiti pendidikan mereka tidak disangkal lagi, recently baru dapat THE PEOPLE’S CHOICE PUTRA BRAND GOLD AWARDS 2012 again for 3 consecutive years, in the Education & Learning category. Just to let you know, this is based on 6000 people’s votes!

Kalau masih nak ragu-ragu, what about this. Taylor’s University also bagged the Reader’s Digest Trusted Brand Award for the 2nd year which means they are the People’s trusted brand when it comes to Education, and this is based on consumer votes. Ini semua awards dari independent research companies. That says a lot okay.

Kini, I dah ada pandangan baru dekat kolej swasta. Harga pendidikan yang dia letak memang setimpal dengan kualiti pembelajaran dan world-class facilities yang dia sediakan. Memang tidak perlu travel overseas just for quality programs and facilities lagi. Dan dengan string of prestigious awards under its belt, Taylor’s University buktikan dia bukan sekadar cantik dan menarik. Memang salah satu most fully-equipped and premier institution for higher learning kat Malaysia.

Kalau nak enroll sila layari http://www.taylors.edu.my/cepat. Mereka juga sediakan scholarships!
You’re welcome.