Friday, 31 August 2012

Malaysians...

Semalam balik lewat buat voiceover dekat Sri Pentas sampai 12 lebih. Biasa kalau kerja sampai lewat, tak drive sendiri, suruh Daddy ambil hantar sebab manja. Turun-turun office, tengok Daddy tengah bagi burung makan Pringles kat tepi pokok. Daddy siapa yang comel nih.

"Sorry, dah lama ke Daddy tunggu?" "Takdelah, baru 10minit". Baru 10minit dah bonding dengan alam sekitar dah, Cinderella betul.

Dalam kereta I dah ngantuk kepala headbanging kiri kanan. Seriously mentally exhausted. Nasib baik esok cuti Merdeka nak rest sepanjang hari dan pergi open houses sebelah malamnya! Something to look forward to. Tiba-tiba Daddy kata, "Hanis meeting yang postponed hari nih, Daddy dah set kan esok pagi" *senyap* *senyap* *sabar* "Daddy setkan breakfast meeting dekat IKEA, so kita jumpa dia pukul 9.30pagi".

Pandainyaaa, Daddy siapa nih. Tahu jer anak dia boleh diumpan dengan makanan best.

Pagi-pagi, bertiga kami menuju ke IKEA tak sabar nak makan ciken wings! Sampai-sampai, nampak line yang panjang gilaaa! Teringat lagi dulu IKEA tenang, tak ramai yang tahu makanan dia sedap dan murah. Those were the days.

So seperti biasa, untuk minuman, ambil mug coffee. Pagi-pagi coffee setahu saya free. Tiba-tiba sampai kat kaunter, dia kata dah tak free dah. Tak larat kot diorang nak tampung orang gilakan barang free. Sigh Malaysians.

Tempat duduk semua penuh, kalau yang tak penuh pun, trays bersepah. Semua harapkan makcik beruniform nanny comel tuh yang kemaskan. Sendiri makan sendiri taknak kemas. Sigh Malaysians lagi...

The meeting went well and after we said goodbye to Mr. T, biasalah Mama mesti nak shopping dulu. Terus tuju bahagian dapur beli gelas-gelas, then Mama beli painting yang super-duper besar gabak, dia lupa ke kita naik sedan jer. Overestimate size my sedan nih.

Seperti yang I dah bayangkan, memang painting tuh tak muat nak masuk kereta. Lama Daddy adjust seat, adjust bonet, tapi tak muat gak. Sampai guard kat situ pun datang nak tolong. Dalam setengah jam lah jugak terkial-kial terima kasih atas kerakusan Mama membeli-belah.

Kereta demi kereta berlalu pergi dari loading area tuh. Kitorang jer kat situ selamanya ever and forever. Tiba-tiba ada Avanza putih park belakang kitorang. Yang suami sibuk isi bonet dengan barang diorang beli. Keluar perempuan Cina seluar pendek berbaju pink datang kat I and cakap...



"Awak tinggal di mana?"

YA ALLAH SWEEEEEEETNYA. KALAU SAMA AREA DIA NAK TOLONG BAWAKKAN PAINTING TUH SEBAB AVANZA KAN BESAR DAN MUAT OMG. MESTI DIA KASIHAN TENGOK USAHASAMA DADDY DAN PAKCIK GUARD YANG TIADA BERHASIL. OMG.

Malaysians... :')

Tuesday, 28 August 2012

Raya Blues in the Office/ at School ?

I get you. So here's some Hamis Jalikha Raya pics, dedicated just for you.




Selamat Berhari Raya!

Thursday, 16 August 2012

Makcik Day Out

I nak cerita pengalaman beli pasu untuk raya! Omg makcik-makcik sangat! Hari dimulakan dengan makcik melawa melaram nak tuju Citta Mall. Makcik sebenarnya nak buat Easy-Smart Debit Card! So makcik duk piker-pikir, kat mana makcik nampak kedai pink-pink ada logo kotak kuning kecik sepupu Spongebob tuh. Ting! *bunyi mentol ON*, kat Citta Mall rupanya!


So let’s jom to Citta Mall *sambil lengan baju disinsing, masukkan gear*


Tu diaaaaa!

Kenapa makcik beria nak buat Easy-Smart Debit Card? Bukan ker bank lain pun ada debit card! Ha! Camni citer dia… Easy-Smart Debit Card nih, satu card pegang dua account tau! Account 1 adalah savings account kita yang biasa dan Account 2 adalah feature terbaru yang RHB tawarkan. Dia tolong kita save, sambil berbelanja! Cam tak caya mula-mula, nak tipu makcik ke apa nih?

Tapi bila dah pergi sendiri dengar dia explain, baru makcik clear sikit. Setiap kali kita shopping RM50-RM99.99, kita akan save RM0.50 (RM0.10 dari kita, and RM0.40 dari RHB). Makcik taktau RM0.40 dia cekau dari mana, takpe yang penting dia letak dalam account makcik, makcik happy. Makcik pun suka sebab Account 2 nih ada dividen macam Fixed Deposit punya account! 10% dia bagi! Seronok!



Sudahlah nak daftar senang gilos. Bawa I/C pastu 10 minit dia uruskan SEMUA BENDA! Then tiba-tiba jer, eh makcik dah ada dua account uols! Sepadan dengan nama dia EASY by RHB. Oh makcik dah cerita ker, orang yang uruskan pendaftaran makcik tuh hemsem? Eh. Hewhewhew.

Dah dapat card, apa lagi! Shoppinglah!!! Eh, tapi guna card nih kita takleh panggil shopping lagi dah. Sebab dia saving gak at the same time. So kita akan panggil aktiviti hari ini sebagai, menabung dan mendapat barang yang disukai.

Jom naik atas, pergi kedai perabot Macy!



Sebenarnya nak belikan Mama something sempena Raya. Untuk decorate rumah. Tiba-tiba terbeli pasu, itu yang rasa diri ini makcik-makcik terus.


Rambang mata sebab tengah sale. Menabung dan mendapat barang yang disukai ketika sale adalah fun!



Ohhh! Makcik dah nampak dah yang mana makcik suka!


Shopping and saving made easy by Easy-Smart Debit Card. Semua tempat yang accept Visa akan accept card nih :’)


Tada! Meriah rumah makcik! Pergilah daftar cepat! Bawa I/C and 10minit jer!!! Kalau lucky dapat abang hemsem buatkan. Eh.

Friday, 10 August 2012

Nangis

Ramai kongsikan video ini sehingga membuat I tertanya-tanya is it that good? Betul ke boleh nangis? Okay, rupanya memang iklan raya paling sedih seumur hidupku.


Go visit your family.

Tuesday, 7 August 2012

Otak dan Rabun

Ingat tak dulu I tak rabun? Those were the good old days. 

Terima kasih Blackberry atas fasa hidup bercermin mata ini. Ya, saya still salahkan smartphone sebab seingatku, rabun bermula waktu semester ke-3 di universiti, iaitu semester sama ku mendapatkan diri ini Blackberry.

Bila saya perasan saya rabun? Waktu di dewan kuliah (mass lecture), biasa budak-budak ganas standardlah kan, duduk belakang-belakang, paling jauh dari lecturer, kalau jawab jawapan yang nakal-nakal pun sayup-sayup jer kedengaran. So bila dah duduk belakang, tengok screen projector tuh, eh apasal slide lecturer nih kabur, ingatkan dia tak adjust focus kat projector tuh, sekali tanya kawan sebelah, dia cakap, eh clear jelah. Pastu pinjam spek kawan lagi satu, wow indahnya dunia, terangnya dunia, sungguh tajam segalanya.

Rabun rupanya. Dah tak ganas dah.

Bila pergi check mata, tengok power okaylah, 125 and 150, tak jauh sangat mata kanan dan kiri. Tapi baru-baru ini, check lagi dah naik dah. Mata kanan 175, mata kiri 225. Pergh, tua tua tua. Kekna kata, mata kiri lagi tinggi naik power, sebab tak exercise otak kanan. Otak kanan kan mengawal semua anggota kiri kita. Sekarang lihat rajah perbezaan otak kanan dan otak kiri dalam iklan Merc di bawah.


Jadi, mata kiri saya makin galak kerabunnya kerana saya kurang beraktiviti kreatif. Paham? Kalau dulu suka melukis dan mengecat, sekarang setiap hari pandang nombor dan baca buku. Sedihnya, I'm sorry otak kanan, I will balance my usage of both sides of my brain once again. It's time to get sketchin. I love sketching by the way.

Jadi sementara tunggu waktu berbuka, me, Alisya and Kekna was having girls day in dekat bilik Kekna (Boiri, her husband ulang-alik tak dapat masuk sebab kitorang melepak bilik diorang LOLs siblings power). So I took a pencil and decided to sketch Alisya's face. Mula-mula dia excited, pastu takleh duduk diam. Nak main my phonelah, nak pandang sana-sini lah. Bila terlukis mata dia juling, bising! Susahnya lukis benda bergerak nih! OMG kalau lukis Jaguhbi lagi susah agaknya, (unless dia tidur mati like he always does).


Alisya...

Alisya cam tak puas hati sangat, sebab tak sama dengan muka dia. Dia kata macam muka dia masa dia kecik jer. Excuse me kalau tak gerak banyak sangat takdelah teruk sangat k.


Pastu semalam waktu I sedang tidur ada bunyi orang selitkan kertas bawah pintu, alahai rindu-rindu macam surat cintew jew... rupanya.



Ini lukis out of dendam kesumat ke apa ni.



K ALISYA, SEBIJIK GILER NGAN MUKA KEKNIS. SEBIJIK GILERRRR.


Friday, 3 August 2012

Gangster Celop Co-Stars

Hello, masa untuk curi artikel dan copy paste! Hahaha, ini ditulis sendiri as requested by Beautiful Nara. Pastu bila dia publish, amboi-amboi liarnya anon comment. Kalau takyah guna muka and nama sendiri seronok kau orang ya LOL. Takpe-takpe, kalau itulah yang memenuhi jiwamu :')

Oh thank you Beautiful Nara for the opportunity. This week my blog traffic naik 100000++ hits wah wah wah! And thanks to yang shared article 'Taat Pada Boyfriend' juga. Makin ramai pembaca baru. Makin sopanlah I. Eh? Hewhewhew.

Btw, ini jawapan kepada "What was it like acting alongside two very big names, Kamal Adli and Syamsul Yusof?'. Hope ini menjawab pertanyaanmu (kalau tak jawab gak, hoi dah berperanggan aku tulis apa kau nak sebenarnya). K.


What was it really like working with Syamsul Yusof and Kamal Adli? –Few tweets I received sepanjang pergambaran Gangster Celop. Hmmm I can’t answer your question with a tweet. I need a whole entry for that. So Syamsul and Kamal, be afraid… because here we go (wah calling them by their first names, buddiesss *pop collar*).


About Kamal Adli.


Kamal sangat pleasant dan polite… masa awal-awal, hahahaha! Dulu kalau jumpa mesti hi awak, awak sihat tak dan bersalaman. Pastu dah lama-lama, dua-dua pun dah jemu ngadap muka masing-masing, lalu itu semua tinggal kenangan. Kahkahkah.

Kamal, I can say that dia nih penceria set. Dia suka melawak (surprisingly he’s VERY funny), and suka kacau orang. Lagi-lagi kalau dia dah start mengantuk. Memang banyak gelagat, tak bosan kalau dia ada. Kalau korang pernah tengok dia berlakon teater, korang akan faham betapa livelynya dia nih. Too bad his personality tak translate well on screen.

Oh lagi satu, Kamal pemurah orangnya. Dia kalau bab makan, SUKA SANGAT BELANJA ORANG. Contohnya macam kitorang shoot dekat kedai makan, tiba-tiba dia terasa nak makan satay. Habis semua orang dia belanja. Perangai dia memang camtu. Bagusnya budak ni, bagus semoga murah rejeki :’)

Kalau pasal kerja, dia sangat versatile. I feel like Ahmad Idham can throw anything at him, and dia boleh deliver bermacam gaya. Bila on set, dan kami nak start berlakon, dia mula bagi ideas how to make the scene/shot better (not to Ahmad Idham, but to me and Syamsul). Macam-macam lah dari kepala otak dia sangat kreatif dan fresh. Tiba-tiba jer “Eh jom kita buat camni…camni..apa kata you camni I camni”. Dude, I’m waiting for you to become a director one day ya.

Dia mungkin tak seramai peminat macam Aaron Aziz, which I know exactly why… Dia tak photogenic. If you love him, you’ll love him even more when you meet him in person. Presence dia lagi kuat in real life (dia sangat charming). Kasihan si tak photogenic nih, sangat underrated.


About Syamsul Yusof (I can hear my girlfriends screaming at the background).



Syamsul kali pertama berada di tempat yang sama (depan Aswara untuk scene tracking taxi), kami tak berjumpa pun. Sebab dia terperap dalam kereta dia. Fuh, what a snob. Or so I thought. Rupanya bila bekerja dengan dia, dia buat you rasa selesa. If ada scene dengan dia, we’ll talk about it. If ada photoshoot, he’ll joke around to strengthen the chemistry. All in the name of work, he’s a pro like that. Some say he’s been trained since young (untuk focus kerja). A sharp and passionate man. Tapi over time, semakin lama dah makin selesa, he talks about the most random things. Topik yang tiba-tiba. Tak sangka Shark nih random ghopernyer.




Tapi unlike Kamal, Syamsul hanya jalankan tugas dia solely as pelakon. It could be that dia tak lontarkan as much ideas sebab what he says carry so much more weight (as compared to Kamal) seeing that dia pun director, Ahmad Idham pun director. Tak bestlah kalau dia pun nak direct bersama, amboi ekau lawan tauke.

Ramai juga yang tanya handsome tak dia betul-betul? Tinggi tak? Baik tak? Eh yang tanya nih nak jadikan calon ke apa, ehem excuse me dia dah berpunya uols hehehe. Let me put it this way, kehandsoman dia sebijik macam yang korang tengok dalam tv. Kalau rasa handsome, handsomelah. What you see is what you get, wah gitueww. Sama saja dalam TV dan luar TV. Yang buat dia tampak gah dan sasa is his height. I pakai 4inches heels pun dia still lagi tinggi. Saya paham kenapa mokcik-mokcik suka dia sekarang, rasa safe to be around him. Macam sangat gagah.

Pastu rupanya dia sangat pandai menulis. Kalau dah cair dengan muka dia, tengok gaya penulisan dia, hmph dari cair terus tersejat korang. Blog dia adalah http://prodigiousburnsoul.blogspot.com/.

Kalau nak tengok dua lelaki serious dan control macho buat komedi/lawak (sumpah takleh blah, I keep laughing like a hyena on set), dan seorang perempuan blur tersepit antara mereka (ehem), Gangster Celop is the movie to catch this December/January.



Wednesday, 1 August 2012

Tempat makan best di Subang


My friends kebanyakan are from Subang Jaya since I pun dibesarkan di situ, so selalu if I nak jumpa mereka beramai-ramai, lebih convenient for me to go to Subang. Yang tak convenient is when semua buntu nak makan kat mana. Seriously, Subang is lacking places for affordable good food. Then we ended up dekat Mamak order roti canai/maggi goreng to catch up.

Jadi bayangkanlah kegembiraanku dan keterujaan untuk menggembar-gemburkan my new finding in Subang Jaya- an affordable place for really good food! Guys, you can thank me later.

Alicafe Tigarasa in Taipan invited me over for dinner nak introduce Ramadhan pakej diorang. I was skeptical at first, mungkinkah restoran ini tak laku dan memerlukan bantuan? Tapi bila I datang at around 7pm, penuh. Oh, okay laku rupanya, ini mesti makanan dia sedap nih. And it really is. Masakan tradisi Melayu yang diolah untuk selera Malaysia terkini (urban!!!).

Baguslah, walaupun dah laku dan sememangnya best, tapi still nak share lagi their good food with everyone via me!


Serang!!!

Kalau nak tahu, it is located at Subang Business Centre, belakang gym besor tuh. Environment restraurant nih sangat cozy, menimbulkan nafsu makan yang baik sekali. Kalau orang minta cadangan nak makan di Subang Jaya, this would be in my top list lah!

Sebab apa? Sebab Tom Yam dia sedap!!! Pastu harga dia memang berpatutan. This upcoming Ramadhan, ada Siakap Set untuk makan 5 orang yang cuma berharga RM69.90! Dah lama dah tak makan berlima dengan jumlah total bil, hanya RM69.90 dekat kedai cantik selesa sedap macam ni.

Since I pun dah baik-baik, dah kira brader-brader (eheh) dengan manager dia, I dah boleh book awal-awal sebab sure after this kena serbu. Pastu penuh :( Pastu mengagau cari tempat murah sedap selesa :( Kalau korang boleh buat bookings, silalah buat k.

Enough yapping, I nak tunjuk gambar makanan niiiii!


Pergh… seronok di perut seronok di wallet.


Eh sama dengan dalam gambar! LOL. Rasa dia memang terbaik, jarang orang masak siakap buat tomyam! Ahhh sudah… mengidam balik.


Ada ayam goreng sebagai side dish! Berbaloi-baloi. And then ada sayur kalian also as another side dish.


Oh yang lauk lain itu adalah lauk-pauk hotplates! Sangat dicadangkan untuk order!!!


Curry Fish Head! Serious sedap. Memang tukang masak dia and resepi yang diorang olah semua hebat kot. Bukan satu-satu dish saja sedap, SEMUA SEDAP.



Oh! Alicafe Tigarasa ada 3special sauces iaitu Sambal Lemak, Gulai Lemak and Sambal Udang Geragau (Hebi-Hiam) yang korang boleh pilih untuk gabungkan dengan main ingredient (ikan/ayam/udang/sayur) dan ia diserve atas hotplate!!! Grilled “ikan pari” and “ikan selar”, grilled lamb chops, grilled chicken or grilled mix vegetables served in hot plates yums yums yums basah keyboard ni noks.

I want to end this post now. I lapar. I’m torturing myself with this. Subang friends, please holler me.
 

So we can catch up over Alicafe Tongkat Ali satuuuuuu!


And this.

Sebarang pertanyaan dan pesanan bolehlah menghubunggi 03 8011 9412 atau melayari laman web AlicafĂ© Tigarasa (www.alicafetigarasa.com.my) atau menulis email ke alicafĂ©tpn@powerroot.com.my .

No.8, Jalan USJ 10/1H, Subang Business Centre, 47620 Selangor Darul Ehsan.
Business Hours: 8.00 am – 12.00 midnight