Tuesday, 22 January 2013

Kinabalu Hike : The Climb (Tips)

Kinabalu Hike : The Climb

Like I mentioned in the first Kinabalu Hike entry, I had no training whatsoever before the climb. Though I am not ruling out that my once/twice per week dance work out could've contributed to my stamina. Honestly, I was really amazed at how smooth the journey was, and I'm ever so grateful for this unbelievable kudrat Allah gave me for the climb. Sendiri tidak percaya, kena tampal sijil dan gantung medal di dinding untuk ingatkan diri "DUDEEEEEEE, SWEEEEEEEET". Heh.

Sharing with you some of my personal experiences and tips on Kinabalu climb. Bismillah.


5.30 pagi di Sutera Sanctuary Lodge, Kundasang.

Tip : Pray. Ask and you shall receive.
Doa banyak-banyak diberikan kekuatan fizikal dan mental yang paling baik. Lima kali sehari itu salah satu persiapan terbaik untuk kekuatan kaki dan lutut sebenarnya. Yakin diri, tetapkan hati dan mari pergi makan.


Tip : Big Breakfast!
Makan, walaupun anda jenis yang tak makan pagi ke apa, MAKAN. Saya makan roti dan mentega, cereal dan susu, bihun, serta buah tembikai. Got carried away memang camtu.


Tip: Travel Light
Dalam backpack cuma ada energy drink, kuih denderam (or saya panggil chogmenegham), cokelat cokelat cokelat kerepek cokelat (food is crucial now), iPhone, powerbank (iPhone portable charger, wajib bawa, all the way Maxis ada 3G wohhh), dan satu tip dari abang-abang saya; asam boi serta botol air mineral. Asam boi buat perasa kalau air dah habis, tadah air di mata air dan goncang minum. Yums! Tak perlu bawa berbotol-botol air mineral. Taknak asam boi, guna asam jawa pun boleh (I would have preferred this, y'know, for my vocal and all). 


Bagi kelengkapan solat, tak perlu bawa dalam backpack rasanya (bagi porter saja bawa ke atas) sebab you climb after Subuh and insyaAllah will reach before Asar. Can jamak anyway :)

Tip : Be As Waterproof As Possible
Pakaian yang kita bincang di entri lepas, yes, anda di track yang betul. Walaupun mungkin tak hujan, tapi kabus tebal! Bagi yang pakai cermin mata, lebih baik beli daily lens (disposable everyday lens), kalau cermin mata anda takde wiper. Hewew.


7.30 pagi di Kinabalu Park, kaki gunung.

Tip : Stretch before you get stretched!
Stretching adalah sangat penting, takut-takut nanti otot-otot anda culture shock. Inilah satu langkah yang ramai lupakan, ingat tak penting ke lompat bintang setiap kali sebelum PJK?!

Tip : Re-fuel.
Tadi sarapan itu okay fine lain cerita, hewhewhew. Kali ini pula memang semata-mata nak isi minyak sebelum daki. Ini memang makanan yang semata-mata untuk tenaga. Ini adalah...

Energy drink, power bar, and dates.

8.15am, Gunung Kinabalu.

Tips  : Don't Rush, Maintain Your Pace
Tak payah nak laju-laju sangat. Semakin laju semakin cepat (dan lama) pancit. Takde AC Mizal kat atas tuh nak bagi hadiah pun kalau sampai dulu berbanding kawan yang lain.



Tip : Don't Hike in Groups
Best is with only one partner (as motivator to one another and that's it). Kalau bergerak dalam kumpulan rasa tertekan sebab masing-masing tak sama stamina. Keinginan hati memang nak keep up dengan kawan yang paling depan tuh, tapi daya keupayaan awak tu hmm hmm hmm, kasihan otot dan paru-paru. Lebih baik bergerak berdua, boleh tunggu satu sama lain. 

Walaupun daki ramai-ramai, bergeraklah seorang diri (kalau yang jenis suka tangkap gambar alam sekitar atau jenis yang semput) mahupun berdua, tak perlu risaukan orang yang terakhir dalam kumpulan, sebab kalau appoint porter/mountain guide, dia akan jadi sweeper dan tunggu orang paling ketetel. LOL.

Semangat setia kawan boleh resume balik bila berjumpa (saling tunggu-menunggu) di setiap pitstop pondok-pondok. Masa itu boleh snacking bersama.

Together-gether before I go off again tinggalkan smokers yang stamina tak sama level ni semua LOLOLOL.


Tips : Climb The Stairs in Zig Zag Manner
I don't know, I just find it easier to climb the stairs/terrain in a zig zag manner. That could be it, or it could be I was just high on Redbull. Cubalah, naik tangga ke kiri ke kanan macam zig zag instead of straight jer.


Tip : Motivate Yourself
Lain orang lain caranya. Abang Mat Jepp akan tangkap gambar dan upload dari SETIAP pondok pitstop, kiranya LIVE gituew. Jadi motivation di sini, everyone in his social medium akan tahu his pace/kelajuan, kan? Good one.

My motivation was, I will not eat my kuih denderam until I reach the pondok pitstop. Ha... tough one.  I thought about em ALL the time, so it pushed me forward. It's like a little reward everytime I reach the pondoks (there were 7 pondoks, 7 denderam galore for me) hewhewhew.



Tip : Don't Overthink
Janganlah asyik fikir pukul berapa, kat mana, bila nak sampai. It'll feel like forever, lebih-lebih lagi if you suka merengek/merungut. Occupy yourself/your mind by berzikir, humming, singing.

Lagu-lagu lazim of course lagu Joget Kenangan Manis dan We Will Rock You. ...... Geddit? Geddit? Sebab anda dikelilingi batu! *ba dum tishhh* Ok bye.

Tip: Control Your Breathing
Ini adalah nasihat paling bernas ever, yang saya dapat dari Kekna (walaupun dia tak pernah mendaki). Sedut kot hidung, hembus kot mulut.

Hidung kembang takpe, asalkan hidup sihat.


Tip : Get A Great Partner
Pilih partner yang paling positif dan paling relax sekali. Kalau ada jenis yang gopoh nak sampai cepat, atau jenis yang semua benda nak merungut, do yourself a favour and blacklist nama dia untuk your next hiking trip. LOL

Tip : Be Courteous
Ikut kiri kalau lembab /taknak memotong. Janganlah makan jalan pastu sembang macam tengah sleepover party hoi!!! Kesian orang yang nak maintain pace pastu terpaksa ikut bontot hang dan dengar anda sembang "OMG, YOU KNOW THOSE GUYS, THAT WHEN YOU LIKED JUST ONE OF THEIR PICS AND THEY STRAIGHT AWAY CHAT WITH YOU? LIKE OMG WHAT IS THAT?!". Hahahaha sila ke tepi, Keknis nak lalu deknon.


3.30petang , kilometer 6, Laban Rata (Cabin).

Tip : Rest.
Makan, mandi, solat, tidur. Pukul 2pagi nak continue climb.


Tip: Get Healed.
Pop two Panadols for muscle and joints, pakai heat patch (ala yang sticker warna putih pakai kat kepala kalau demam tuh, tapi ini untuk muscle) dekat betis dan peha. Tidur puas-puas sebab pukul 2am kita bangun daki puncak dan kejar sunrise! Thanks Abang Jepp for the tip! Memang tak sakit langsung :')


2.00 pagi, kilometer 6, Laban Rata (Cabin).

Big Breakfast at 2am! (or lebih tepat, supper) After that, let's continue the hike. 2km more to reach the peak!




Tip : REALLY Control Your Breathing
Masa ini paru-paru pula culture shock, sebab udara sangat tipis dan sejuk (yes, it is afterall 2 am in the morning). Jangan gopoh, daki perlahan-lahan, kalau orang nak lepasi anda, beri laluan. Sangat bahaya kalau anda beria sangat pastu sesak nafas.

Tip: Get Mentally Prepared.
Siapkan minda, anda akan daki batuan yang curam. Batuan ini licin kalau basah, dalam gelap anda akan terasa gayat macamlah tinggi sangat, tapi nanti terang, tak nampak tinggi sebenarnya.

Cak! LOL imej yang sangat tak membantu emosi anda. Ini waktu sudah terang. Jangan risau, ada tali untuk daki. Kasut yang grip sangat penting di sini.

Tip: Lean Your Body Close To The Rock
Masa mendaki menguunakan tali, SENTIASA rapatkan badan dengan batu. Tak jatuh punya jangan risau. Mula-mula I risau sangat (sebab gelap, I tak nampak keadaan gunung), my hiking partner for this part was Abang Zul, and he helped a lot! I am so happy we managed to catch the sunrise together.

It'll be worth it.


Dan tip terakhir sekali, yang paling paling penting, jangan biar orang lain cakap awak tak boleh. Mula-mula waktu khabarkan news kepada my family yang I nak hike Mt. Kinabalu semua seperti tidak percaya. Semua macam whaaa you sure? 

Yes, I am sure.

Yakinkan diri anda, dan yakinkan orang sekeliling anda. Kalau diorang kata "Eleh, kau boleh ke sampai puncak?" Jawablah "Weh kalau Hanis Zalikha yang kuat makan makanan berminyak tuh pon boleh, takkanlah aku tak boleh"









Pastu tunjuk diorang gambar ni,






Sunday, 20 January 2013

Preparations for Gunung Kinabalu Hike

Preparations for Gunung Kinabalu Hike
Persiapan untuk Mendaki Gunung Kinabalu


Alhamdulillah, puncak Gunung Kinabalu telah saya tawan, permulaan paling woah untuk tahun 2013.


Training: I have none. Kinabalu Climb memang dalam list perkara yang nak dibuat sebelum 30tahun, tapi I didn't know the opportunity would come knocking so soon? Allah and His timing for rezeki... Abang Mat Jepp (my director for Samsung Galaxy Camera tv capsule) tahu my passion for outdoorsy stuff, so bila suddenly ada kekosongan yang tak diduga (al-fatihah to Abang Rabbani), he immediately thought of me. "Adik, kitorang ada shooting kat Gunung Kinabalu, ada satu tempat kosong nak ikut tak? Semua dah dibayar cuma beli flight tix sahaja" HOI NAK! Terus beli flight ticket LOLOLOLOL.  Terus suruh my PA postpone semua shoots yang I ada dalam tarikh itu. Maka bayangkan betapa takde trainingnya diri ini (cuma mengharapkan daki Broga dua kali seumur hidup, dan senaman menari-nari sebelum mandi yang selalu buat 2kali seminggu).

Jadi, ya. Training saya sekadar daki Broga dua kali, dan senaman nari-nari sebelum mandi, 2kali seminggu. Itu saja, jujur. Oh tapi agak intensive tau senaman nari-nari sebelum mandi itu, ehem.

Mentally: I was up for it! I was passionate about it! Mungkin sebab itu I managed to do it. I tidak ditakut-takutkan dengan "beraninya, kau tahu tak nak climb kena ada training?", sebab my abang-abang semua (Abang Mat Jepp, Azrin, Zul, Halim dan Wan) jenis rilek jer. Biasanya orang yang takut-takutkan ini adalah tour guide / facilitator yang malas nak bawa orang lembik. Yang malas nak tunggu kau cungap-cungap. Yang cuma nak bawa orang fit dan senangkan kerja dia. Jadi jangan letak sedikit gentar pun dalam diri sebelum daki Gunung Kinabalu. Buat rilek jer, sure sampai puncak.

Monetary: Untuk flight ticket MAS I paid pergi balik roughly dalam RM700. Pernah naik Air Asia (if you can bear with it, clap clap) dalam RM400. Bila sampai di sana, takkanlah nak climb terus kan, tidurlah satu malam di Kundasang (sediakan budget untuk ini), kemudian bila dah daki, kena bermalam di kilometer 6 iaitu di Laban Rata (RM350/malam). Bermalam kat Laban Rata tuh macam cabin/hostel lah, sebelum teruskan pendakian selebihnya lagi 2km ke puncak. Makanan semua disediakan. Sebenarnya semua ini dah dipakejkan kalau taknak pening-pening, contact saja Sutera Sanctuary Lodges. Boleh anggarkan dalam RM700 lah seorang untuk satu pendakian (tak termasuk flight tix dan Kundasang stay). Sediakan jelah seorang RM2000, senang to be safe. Tapi takde sampai cecah pun RM2000, most probably around RM1600.

KLIA

KKIA


Hiking gears: Ha ini part yang paling exciting! Membeli-belah. I akan listkan benda yang you patut ada, kalau takde sila pergi beli. Kalau you beli semua ini, ada suara sumbang poyo yang akan kata "weh takyah beria lah dol, orang Kadazan Dusun daki pakai kasut getah jenama Abibas pastu pakai singlet je woi". Sila mute orang-orang begini. Sebab in the long run, ankle, lutut, stamina, paru-paru anda yang terjejas kalau tak fully-equipped, bukan mereka. Diorang dah terer, biarkan mereka. Kita tak terer, kita shopping puas-puas. Eh? Hewhewhew.

1. Hiking shoes: Okay kena beli yang tapak dia getah dan sangat-sangat grip. Ringan. Tak serap dan simpan air. Beli size yang memuatkan stoking tebal plus ankle guard, dan sedikit ruang di hadapan jari supaya tak sempit di kuku waktu turun gunung. 

2. Glove: Pilih yang bukan cotton takut nanti serap air jadi sejuuuuk. Tengok bahagian tapak tangan, perlu ada grip getah, sebab nak daki gunung guna tali di kilometer 7.


3. Ankle guard, knee guard, semua guard lah. Shin guard takyah. Beria ekau, siapalah yang nak sepak kaki ekau masa daki tuh. Just kidding, shin guard cuma akan menambahkan berat, and the point here is to be as lightweight as possible to ease the climb.

4. Socks tebai: Make sure tebal! Supaya selesa gebu gebu.

5. Jacket: Beli yang water resistant dan tebal. Sentiasa ingat yang kat atas tuh sejuk, kalau sejuk lagi cepatlah kita lembik sebab lapar, so protect yourself. Jangan lupa beli yang ada hood/tutup kepala. Sentiasa anticipate hujan ya kawan-kawan. *tambahan, boleh beli baju hujan plastik kalau nak.

6. Seluar: Beli seluar kalis air, jenis track suit tebal tuh. Lebih elok yang ada zip kat lutut, boleh jadikan seluar pendek atau panjang. Sebab throughout the climb, kalau sakit otot, boleh buka zip terus, pastu spray betis dengan Salonplas Pain Relieving Spray (wah iklan ke apa).

Tapi for me, I pakai dua lapis leggings. Satu leggings Uniqlo (yang ada heat-tech, mengumpul haba badan, diorang jual time winter season saja), lapisan luar pakai leggings biasa. Senang bergerak dan ringan. Hujan pun, dia tak menyerap banyak air. Paling penting, jangan pakai yang terlalu ketat sampai susah nak bergerak. Yang seluar tights ketat tebal memang susah nak bergerak.

6. Lampu kepala: What is it called? Ahhh you know which one. Sebab dari Laban Rata, nak daki ke puncak adalah pada pukul 2pagi (kejar sunrise). Gila kau kalau takde lampu kat kepala.

7. Backpack: Paling ringan, kalis air yang boleh dijumpai. Kalau dia kata ada waterproof lining ke apa semua, jangan percaya, still bungkus barang dalam plastik kay. Eiii cakap macam ada experience barang lenjun jerrr T_T

8. Topi: Apa-apa topi pun boleh. Tapi sebab poyo, haruslah beli topi kalis air bertutup telinga atau selalunya dipanggil bomber cap.

Poyo level: Friend.

Poyo level: Remove from Myspace Top 8.
(Bermalam di Kundasang dan ini di waktu paginya sebelum check out dan bertolak ke Kinabalu Park).


Apabila sampai di Kinabalu Park, bagaimana pula barang-barang anda, dan barang-barang lain untuk bermalam/menginap di Laban Rata? Nak angkut semua?

Servis 1: Ada servis locker/simpan barang di kaki gunung, don't worry. Tinggalkan luggage anda yang berat-berat itu. Bawa yang perlu sahaja.

Servis 2: Porter, orang yang angkatkan beg dan daki bersama anda. RM13/kg of isi beg. Yang anda boleh galas, sila galas, tapi tolong ingat untuk daki secara paling ringan yang anda mampu. So take the porter service (untuk barang keperluan menginap di Laban Rata). You will thank me later. Or now. Because this is the end of Kinabalu entry 1.


Stay tuned for Kinabalu entry 2 : The Climb!

Wednesday, 16 January 2013

Malaysia's Best Online Shopping Site


Azorias by far, memang online shopping site yang PALING I suka. And I am not saying this because the owner is my friend (hi Hui Wen, are you reading this lol), tapi sejujurnya, sepanjang I dah order dan terima baju dari alam maya, inilah laman yang I paling boleh percaya, ia akan sampai dengan kualiti yang sama dalam gambar! Belum pernah lagi beri masalah tentang penghantaran, pembayaran, atau produk.

Produk semua dari Korea tapi bukan yang cikai-cikai kain tipis. Kalau I pilih apa pun, mesti fit dan cutting dia cantik! Tak pernah perlu pulangkan balik atau hadiahkan kat orang. Paling seronok waktu Mad Markets nak bermula lalu Azorias kata nak sponsor outfit! Pergh... waktu I pilih baju, click click click macam orang kaya! Mokcik kayo! Baju sponsor katakan, uhuk uhuk. Takda keraguan cantik atau tak kat badan. main pilihhhhhhh jer (amboi ekau), pastu...

As seen on Mad Markets Season 1. Thanks Azorias for making me look gewwwwwd with your stylish premium quality clothes! 


Tak macam blogshop biasa yang sekadar jual beli baju, Azorias pernah dress me up untuk Nuffnang Asia Pacific Blog Awards. Waktu itu memang takde masa nak cari baju, dan diorang hanya minta size potongan badan dan tup tup, satu dress cantik datang ke rumah woot! 

As seen at NAPBAS 2011.


I suka personalized service begini. Kalau nak rasa sendiri, memang Azorias tawarkan servis Style Advisor. Tanyalah tentang fashion dan potongan badan yang sesuai. Semua dia jawab! Ha... suka lah tu, mesti berduyun soalan nak tanya lepas ni kan. Bagus.

Plus, I don't just wear it for my show or events. For a casual girls night out with my girlfriends pun, Azorias lah yang disarungkan. 


Black scallop top by Azorias for Liana Khairul's birthday dinner at Circus Pavilion.

Dah tempt you with all these gorgeous Azorias pieces, takkan lah takde apa-apa untuk korang kenzzzz... Hewhewhew mesti ada. Yang pertama, siapa nak voucher RM25, jemputlah join Azorias mailing list (dia akan hantar updates dan fashion terkini kat email awak) di sini, http://azorias.com/newsletter/ .

Yang kedua, I dah sediakan sepasang baju ikut pilihan hati (satu peplum top putih dan satu skirt emerald green, boleh bawa pergi office atau dating) untuk anda menangi.



Caranya: Like page Azorias kat Facebook,
pastu share banner ini (dari page itu) ke timeline anda,
sambil comment kenapa anda nak baju itu!

Yeay senang sangat. Meh I buat contoh...



Simple habis. Like www.facebook.com/azorias to start :)



Thursday, 10 January 2013

Tips Elak Botak Untuk Lelaki

Ini bukan entri untuk lelaki metrosexual yang lebih pakar dalam bidang ini berbandingku, tapi ini tips simple untuk lelaki-lelaki biasa/tak kisah/selebet/cool/macho yang selalu terlepas pandang atau tak ambil berat tentang rambut dan kulit kepala pastu komplen asal diorang makin botak LOL.


Tips 1: JANGAN BIAR KULIT KEPALA BERMINYAK.
Ya, saya paham rambut awak pendek, jadi awak tak rasa rimas kalau tak basuh setiap hari atau selang sehari. Awak tak rasa rimas kalau 2-3-4-5 hari biar rambut tak bershampoo. Tapi... mak dan makwe awak rimas. Sebab kulit kepala awak berminyak dan (maybe) busuk. Pastu kulit kepala berminyaklah senang gila rambut nak gugur. Minyak = lubricant. OMG common sense injected kan. Jadi shampoolah rambut anda selang sehari.


Tips 2: JANGAN SIKAT RAMBUT MASA BASAH.
Rambut dan kulit kepala jadi lembut dan fragile waktu basah. Waktu tuh jugalah awak nak sikat ya? Mmmph.


Tips 3: JANGAN IKAT RAMBUT MASA BASAH.
Ini untuk yang rambut panjang. Janganlah ikat rambut masa basah. First of all, rambut fragile ditarik-tarik. Secondly, rambut jadi kepam sebab belum kering sudah dikumpulkan bersama. Thirdly, bila kepam, dandruff pun berkepuk-kepuk, menutupi liang rambut, jadilah rambut gugur! Suka lettew botak.


Tips 4: JANGAN GUNA SHAMPOO PEREMPUAN
Ada sebab shampoo kita semua bergender. Shampoo perempuan untuk rambut perempuan yang lembut dan tak selalu letak gel/miyak/wax. Jadi rumusan dia pun lemah lembut hewhewhew. Bila awak pakai kat rambut awak yang penuh wax tuh, memanglah tak luntur waxnya. Jadi masih tinggal sisa-sisa wax yang boleh sumbat liang rambut awak. Malah, bila awak cuci tak cukup bersih, susah nak rapikan/stylekan rambut tuh the next day.


Tips 5: PAKAI TOPI HANYA DI LUAR BANGUNAN.
Saje je.


Baiklah itu saja tips yang boleh saya kongsi, tips 4 datang dari Shira sebab boyfriend dia selalu buat LOL. Harap membantu sedikit sebanyak. 

Makan Toujours Skin Collagen Dust kalau agak-agak dah nampak tua. Emel : toujours . my @ gmail . com untuk keterangan lanjut. Lelaki pun boleh makanlah. Hohhhhh.