Tuesday, 26 February 2013

Mesej dari Keknis


Pengetahuan am kesihatan dan kebersihan untuk bacaan para gadis dan wanita.

Saya ada satu habit yang bila mana pergi tandas awam, MESTI tarik tisu dulu baru masuk cubicle. Taknak ambil risiko, dah masuk baru tahu takde tisu. Biasanya kalau tandas-tandas di international standard building takde hal. Mesti ada tisu. Tapi tandas ‘orang kita’, I observed, paip ada lengkap, tapi tisu tak pernah jadi keutamaan. Macam kita tak perlu berkering-keringan lepas cebok ke? Biar saja lembab? Biar sahaja ia jadi kawasan paling optimum untuk perkampungan bakteria?

Eww.

Ia seperti sudah dalam norma, sehinggakan, kalau masuk tandas (maafkan saya) ‘orang kita’, I almost ALWAYS expect it to not have a toilet roll. Jadi sentiasa, bawa tisu bersama anda. Dan para admin kepada bangunan-bangunan awam yang membaca ini, peruntukan bajet untuk tissue rolls bagi keselesaan pengguna tandas. Itu satu.

Saya lebih suka dan memilih untuk menggunakan Lactacyd Feminine wipes yang mengandungi lactic acid dan natural milk extract.


Kemudian, yang ini saya tak pasti level rarity-nya, tapi saya harap, semua wanita mampu keep the hairy situation under control. Common sense di sini adalah; benda botak lebih senang dibersih/dijaga.  Saya berikan cadangan, boleh cuba Brazilian wax (di mana-mana waxing parlour) atau chocolate wax (yang ini kurang sakit), setengah parlour ada servis ini. Kalau nak buat di rumah, cari waxing cream, yang bila sapu, tunggu beberapa ketika dan gugurlah dedaunan musim luruh. Itu kedua.

Kemudian, panty liner. Berapa kerat saja antara anda yang menggunakan pantyliner? Ia berfungsi sebagai ‘lining’ untuk panties anda yang boleh dipakaibuang. Anda sendiri-sendiri patut tahulah samada memerlukan atau tidak. Boleh ditukar selang 2-3jam. Setengah wanita tak perlu, sesetengah yang lain, patut look into it. Itu ketiga.

Well, I don’t know how you ladies are keeping it clean down there, but I hope your vjj’s cleanliness is not secondary. It’s a sensitive and important part that needs extra care. (Tatau kenapa kalau dalam bahasa Inggeris bicaranya jadi tak begitu menggelikan LOL).

Dan keempat, pencucian khas. Sebab utama menulis entri ini. Mencuci dengan sabun, memang dah bagus, cuma salah konsep pabila mencuci dengan sabun buku biasa. Yang bukan diformula sesuai untuk kulit dibawah sana. Parah.

Siapa yang biasa mengamalkan pencucian khas, mesti kenal sangat dengan jenama Lactacyd. Sekarang Lactacyd mengeluarkan produk baru yang lebih khusus, untuk kita-kita yang mempunyai keperluan berbeza.


Yang hijau: Kesegaran berpanjangan dengan ‘babydoll scent’. Ini untuk orang yang takde masalah khusus, hanya sekadar mencuci.

Yang biru: Nama pun white intimate, diformulakan untuk memutih dalam 4minggu kalau pakai dengan kerap.

Yang oren: Ada vitamin E dan collagen. Ia melembapkan dan menyegarkan. I assume ini untuk yang berumur lulzy. Siap ada collagen lulzy.

Yang pink: Melindungi dari bau busuk dan irritation. Ini untuk masalah bau dan kulit sensitif.

Yang ungu: Dengan extra milk extract, ini untuk menghalang kekeringan.

Mesej dari Keknis: Jaga bahagian istimewa anda dengan sebaiknya. Lindungi dari kekotoran mata kasar dan perbuatan serba kotor.

For more info: www.lactacyd.com.my.
LIKE their FB Page facebook.com/lactacydloveyourv for regular tips on beauty, lifestyle and product promotions and contests.


Thursday, 21 February 2013


P/S: Gangster Celop sudah tayang mulai hari ini!!! Sejujur-jujurnya, dah berapa kali tengok (preview, tayangan bersama media, tayangan bersama pembaca Media Hiburan etc), saya masih boleh bantai gelak. Terlalulalulalu kelakar. Pastu bila tengok wayang, aura gelak dari sekeliling buat kita lagi galak! Nanti I akan share satu entri, semua  killer scenes yang hilarious, pastu korang share scenes yang buat korang terkincit k? Best! Watch the making of here:


A feel good movie that will leave you feeling gooood. It'd be worth it.
Stress balik kerja/balik sekolah boleh hilang bhai lepas tengok cerita ni bhaiii LOL.

Wednesday, 20 February 2013

Buying My First Car



This took place almost a year ago, when I bought my first car as a significant milestone of turning 21 (that’s what I say/convince myself ALL the time, when sebenarnya I just needed a car and by the age of 21 baru betul2 financially steady to get it LOL). In my family, my parents won’t buy us a car senang-senang biawak hidup. You have to earn it. My sister had her first car bila dia dah kerja stable. I just got mine last year after months of research (wah!), showroom visits, testdrives and dumb blonde moments. Imma share with you the compilations of:

Shit Hanis Says When Buying First Car
(please give a bimbo tone to it when you read yeah)

“Kenapa turbo manual? Takde siapa nak cipta turbo tak manual eh?”

“Kalau pergi showroom kena pakai cantik-cantik ke baru dia layan”

“Sedan… hatchback…sedan….hatchback…. sedan… hashbrown sedapnya”

“Taknak sedan, nampak macam pinjam kereta mak”

“Cheapskate gila bagi rim cover jer”

“Oh tak banyak pilihan pun dengan budget yang Hanis ada”

“Boringnya panel, bayar mahal-mahal dapat panel skema camni”

“Tell me more about recon cars!”

“Nak coupe tapi cam selfish ek? Penumpang selalu tertonggeng-tonggeng nak masuk”

“1km makan minyak berapa sen ni?”

“Kalau beli enjin 1.6 jer, duit extra boleh buat tukar rim shiny macam dalam Pimp My Ride!”

“OMG FREE SERVICE FOR A YEAR OMG!”

“Lamanya kalau nak tunggu warna yang kita nak, asal dia tak sediakan jer banyak-banyak kereta takde warna, bila orang order baru cat?” (Baru I sedar kenapa orang ambil warna buruk-buruk kadang-kadang, sebab diorang tak sanggup tunggu)

“Kalau kereta recon ada new car smell ke tak?”

“Kenapa benda yang kita nak dalam hidup selalu tak dapat”

“I nak minta minyak full tank, smart tag, touch&go card and tinted windows 3 layers” (Ini permintaan kepada salesman, sebab dia nak buat sales, dia willing nak guna some portion of his commission to get you want you want. I minta lebih-lebih hahaha tapi tinted cuma dapat discount je pun).


Hahahaha itu sahaja yang I boleh ingat. Banyak lagi sebenarnya sebab biasalah, baru melangkah alam dewasa, baru berminat kereta-kereta ni semua, baru mula kumpul pengetahuan. Terima kasihlah kepada Daddy dan abang iparku Boiri yang menjawab semua pertanyaan, yang bodoh mahupun tidak. Akhirnya daku berkereta jua.

--------------------------------Tamat perihal kereta pertamaku!-------------------------------




Jadi… susah ke nak beli kereta pertama ni sebenarnya? Memang susah. Banyak aspek nak dilihat.

Mula-mula nak kena tahu WHAT DO YOU WANT IN LIFE? Hahaha.

List out kan:
Budget: Downpayment/monthly installment/service . Harga total kereta anda tuh, bayangkan bulan-bulan anda kena bayar 1% of it (roughlylah, sebab depends loan 7 atau 9 tahun).

Type:Sedan/Hatchback/Coupe/Sports/4WD/MPV amboi first car MPV dan etc.

Usage: Maksudnya nak guna kereta ini buat apa, berapa penumpang selalu, banyak ulang-alik tak, kena gasak kah enjin anda.

Fuel efficiency: You have to know berapa litre per km your engine telan. If you jenis berulang-alik, better choose yang paling rendah, walaupun tak dapat kereta yang you idamkan. Contoh Peugeot 308  makan minyak 14sen/km and Mazda 3 13sen/km , that 1sen adalah besar bezanya in the long run.

Engine capacity: 1.3cc / 1.5cc / 1.6cc /2.0cc etc . Again, it goes back to your usage, kalau nak hantar anak pergi sekolah tak payah lah laju-laju sampai 2.0cc. My dad pun benarkan I beli 1.6cc saja sebab dia kata “Where do you think you’re going young lady” “Uhhh to the track”- bisik hati nuraniku.

Oh lagi satu tips, tentang enjin capactity. 1.3cc dengan 1.6cc of course 1.6cc besarkan? Tapi kalau kereta kecil guna 1.6cc dan kereta besar guna 1.6cc, kereta kecil boleh lagi laju sebab hubungan saiz kereta dan kapasiti enjin yang berkaitrapat. Ala Fizik lah uols. Contoh Myvi SE 1.5  lawan Vios 1.5, hoh hoh Vios ketetel hoh nak pick up lambat sikit, badan besor, tapi bila dah pick up boleh jer race macam biasa. Camtulah.

Dari apa yang telah didedahkan kepada I, yang paling utama sekali, your financial budget. Bukan sekadar yang one off yang sebagai downpayment itu sahaja penting, bukan installment bulan-bulan sahaja penting, tapi kena ambil tahu extra cost jikalau service / maintenance.

Kalau agak-agak you nak kereta posh sedikit, dan punyai keupayaan kewangan untuk tanggung kereta you merengek (a.k.a rosak, kena tukar parts, yada yada). Jemputlah beli kereta secondhand. Mungkin setakat duit anda tidak kisah, tapi nak tunggu kereta berhari kat workshop, your time lagi, terpaksa guna kereta replacement yang dia bagi… aishhh. Reject terus nak beli secondhand. Pastu kalau nak beli secondhand macam-macam research nak kena buat dulu, owner’s background, kenapa dia nak jual, mileagekereta tuh (yang boleh di alter pun senang je nak tipu!) pastu kalau owner perempuan jenis tak reti maintain kereta, main bawakkk je, kalau owner lelaki mesti ganas plak, kereta cepat buruk eh banyak pe’el betullah.

Paling senang, ambil sahaja kereta baru, brand new, enjin baru, tak pernah orang lain bawa, siap ada bau baru (LOL penting betul bau baru ye Keknis).

Terima kasih Proton kerana menaja entri ini. One of the Proton cars which I find sangat sesuai sebagai first car anda… Proton Saga FLX 1.3 or 1.6 SE. Mari kita lihat specs, semua pertanyaan boleh terjawab di sini…


Budget: Bermula dari RM38,811. Untuk bayaran bulanan, peruntukan dalam 10% dari the price. Roughly around RM481 per month only. So affordable. Can save your money for shopping and dine-out with friends!

Type: Sedan (4 pintu, tak selfish)

Usage: Boleh gasak sana sini and practical

Fuel Efficiency: 90 km/h (1/100km) 6.0

Engine capacity: 1.3 atau 1.6

Features lain yang boleh diketengahkan: 413 litres of boot space. Shopping babeh! & also spacious cabin. Can fit all your friends comfortably. Yeahh!
- CVT (Continuously Variable Transmission) for silky smooth gearshifts. No more jolts and jerks in shifting gears.
- Features amatlah penting untuk pemandu baru/muda; feature ABS, EBD and airbags as standard. Helps car stable under hard braking at the same time can reduce the risk of severe injuries for driver and passengers.
Also car entertainment system. Audio unit can connect with your ipod/ MP3 / and USB to play your favorite tracks. With audio controls at the steering wheel, you can skip and choose your favorite song while keep your eyes on the road. Awesome!



Semua benda I dah suap, masa untuk buat pilihan tepat sahaja J

Sunday, 17 February 2013

T-Shirt & Mug Printing Murah Cantik


Hello! Waktu saya buat projek untuk anak-yatim, Kerajaan T-shirt telah tampil sebagai penaja tshirt untuk team keluarga dan sahabat handai saya, juga tshirt kenangan buat adik-adik saya di Rumah Siraman Kasih! Keknis rindu adik-adik Keknis! 

Jadi moleklah kiranya saya dapat berbicara dan memaklumkan kepada para pembaca yang dikasihi tentang produk dan servis KerajaanTshirt.com .

KerajaanTshirt.com adalah satu jenama untuk perkhidmatan servis printing tshirt dan cenderahati, baru saja diwujudkan pada September 2012. Walaupun jenama masih baru, team mereka sudah berpengalaman lebih dari 10 tahun (sejak dari bangku sekolah lagi! Ecewah masing-masing...) dalam industri tshirt dan cetakan.


Showroom.

HQ mereka terletak di Jalan Keluli Am7/ Am,Seksyen 7, Shah Alam dan kilangnya terletak di Jalan Pisang, Meru, Klang. Production semuanya IN HOUSE ! Hebak mu...


HQ mereka di Seksyen 7, Shah Alam

Kepakaran mereka adalah menghasilkan silkscreen printing, CMYK, heat press, heat transfer,embroidery dan tshirt custom made. Sebanyak 80 % tempahan daripada online, datangnya dari seluruh Malaysia.



Production Tshirt peminat Erra Fazira dari Karangkraf.


Printing t-shirt lebih dari lima warna, bagi je kat abang meh!


Antara cetakan tshirt yang dapat permintaan tinggi woot woot!

KerajaanTshirt.com juga  menyediakan penghantaran menggunakan bas express (yup! Anda baca dengan betul) ke Semenanjung Malaysia dan Pos Laju ke Sabah dan Sarawak. Jadi bukan satu masalah besar untuk anda-anda yang berada di luar kawasan Lembah Klang untuk membuat tempahan dengan mereka kerana penghantaran disediakan.

Untuk pengetahuan anda, mereka juga kerap menerima tempahan dari Kelantan, Kedah, Perak dan Sabah. Ada yang tak pernah berjumpa face to face dengan customer pun, hanya melalui online !




Kebanyakan tempahan yang diterima adalah dari pihak Kementerian, parti politik, Syarikat- syarikat swasta, sekolah dan universiti, individu seperti artis, politician,ustaz, penulis buku dan banyak lagi.

Dengan memiliki lebih daripada 10 orang staf, mereka mampu menerima tempahan sekurang- kurangnya 3000 pcs sehari. Nice. Takdelah lambat siap!





Sebarang pertanyaan/ tempahan boleh like page mereka di www.Facebook.com/tshirtprintmurah, laman web rasmi www.KerajaanTshirt.com dan emel di KerajaanTshirt@gmail.com dan TshirtMalaya@gmail.com.

Kepada mereka yang berminat untuk menjadi agen, boleh rujuk link di sini www.kerajaantshirt.com/Agen





SEMOGA MURAH REZEKI, KERAJAANTSHIRT.COM ! TERIMA KASIH!