Thursday, 21 March 2013

Aku Benci Mama


Ahhhhhh saya di sini di sini! Maaf sebab life is crazy now. Di kelapangan ini Keknis nak kongsi behind the scene cerekarama TV3 bertajuk Aku Benci Mama yang tak pernah kongsi di mana-mana. Hergh bajet exclusive preview ke apa cakap camtu beach please. 

Saya seronok gila dapat kenal dengan semua yang saya berlakon sekali. Masing-masing pleasant dan professional. Paling penting warm kepada orang baru yang hingus masih meleleh tak minum ketagih macam diri ini. Kak Eja dan Kak Zila Bakarin paling disayangi, mereka biarkan saja panggilan ibu (Eja) dan mama (Zila) melekat sampai sekarang. 


Alahai so comel! Ini adalah lakonan seriousku yang pertama. Karakter yang saya tak pernah main sebelum ini. Yang kena menangis like ALL THE TIME. Dan kita semua tahu yang saya cuma menangis out of extreme hunger hehehe bila lapar angat. Jadi saya pesan kat PA saya, Shira, jangan bagi saya makan! Biar saya beremosi. Tapi... termakan jugak sebab nasi campur kat set location sedap sangat.

Nasib baik dapat pengarah yang sangat memahami kebaruan ('baru' ya, bukan 'barua', baca leklok2 haippp) diri ini LMAO. Abang Apache bagi saya explore apa saya nak buat, dia guide saya dan kalau saya tak puas hati dengan performance sendiri dia willing nak buat sampai kita dua puas. 


Cool gila kan macam rocker? Pastu tiba2 tercomel sebab panggil wife dia depan kitorang 'baby'. Hahahahahahahahahahaha pastu cepat2 pandang sekeliling nak tengok siapa yang perasan hahahahahahahahahahaha! Wife dahlah hot!!!


Carleed the heartbreaker. Anak Abang Apache and Kak Hana.




Waktu ini my berat badan memang paling berat sekali yang pernah ditimbang dalam hidup. Sampai Abang Apache tegur pipi nak keluar screen monitor tuh. Pergh, susahlah masuk tv memang add 10kilo, pastu kalau dah memang tembam, dia macam berdouble cheeseburger kat situ.


 Wan Sharmilla as my bestfriend in Aku Benci Mama. Suka tengok dia berlakon! 



Me and Mama gelakkan Ibu.


Humble and wise lady, Ibu.


 Hero saya untuk Aku Benci Mama teringin nak bawak kereta saya -_-. Afiq Muiz adalah salah satu manusia yang sangat weng dekat set. Kerja dia mengarut pastu gelak pastu bila gelak mata dia hilang.













Inilah salah satu shot di mana pipi saya hampir melimpah keluar screen monitor sebab mencebik kena marah dengan Ibu.




Pengalaman yang sangat sangat baik! Keseronokan macam nilah yang buat acting so much fun! 
Kalau nak tengok Aku Benci Mama, jemputlah buka 
TV3, Sabtu ini pada pukul 10malam!


Wednesday, 13 March 2013

Perempuan dan Insecurities


Perempuan.

Sentiasa insecure. Tak pernah puas. Kurang bersyukur.

Even Gisele Bundchen yang serba-serbi sempurna pun mengaku tanpa Photoshop tanpa airbrush siapalah dia… wehhh Gisele Bundchen insecure wehhh, apatah lagi kita-kita yang takkan keluar rumah tanpa tepek BB cream ini.


Tanda-tanda Insecurity Parah Kepada Jiwa dan Adab Anda:
Satu.
Ada saja anggota badan kepunyaan diri yang mahu dikritik setiap pagi, setiap kali melintasi cermin, setiap kali minum petang melantak froyo/durian crepe/cuppacakes bersama rakan-taulan (sambil mulut mengomel omg babes perut aku dah berlipat). If you’re not doing anything about it, stop saying it out loud. Elok-elok orang tak perasan, now itu saja yang orang ingat tentang dirimu.

Dua.
Kalau pasangan kita mention ada perempuan yang dia anggap cantik, terus FUWAHHH YOU SUKA DIA YOU PERGILAH KAT DIA!!! Padahal mamat tuh mention eh cantik Lisa Surihani/Megan Fox/Selena Gomez/perempuan2 yang luar gapaian dia pon. Insecure sangat sampai merajuk, sampai you rasa dia lagi cantik dari I ke, you pergilah kat dia I nak tengok you boleh dapat ke dia… Hahahahahahahahahahaha boleh tahan nak kena tunjal dahi tuh. Hashtag insecurity parah. Kalau awak bersama lelaki yang tahu menghargai kecantikan wanita, syukurlah dia memilih awak. That man got taste!

Tiga.
Meraikan dan meng-highlight cela dan kelemahan fizikal wanita lain. Inilah shout out I-AM-INSECURE yang paling tak boleh dibendung. Case in point, (contoh paling berleluasa) cuba usha bahagian komen selebriti wanita yang upload gambar dia sendirian. Tengok jantina mana yang paling banyak komen “kenapa kurus sangat ni” “eh besarnya pores” “eyebags tuh nampak sangat awak penat”. Kalau upload berdua bersama wanita lain pula “mmmm dia lagi cantik dari awak” “kenapa awak nampak pendek sangat ni” "hahaha duduk sebelah terus obvious gemok" .

Bila berjumpa dengan saudara mara atau kenalan lama, siapa lagi nak buat komen-komen lazim atas fizikal each other? Pastilah para wanita. "Dah naik eh badan kau" "Asal kau makin gelap" "Dulu seingat aku kulit kau licin". Again, meraikan dan meng-highlight cela dan kelemahan fizikal wanita lain. Benar-benar terpancar insecurities melalui adab percakapan.


Why is it always a beauty contest? Why? Cukup-cukuplah itu sebagai perlakuan/akitiviti para lelaki (bila diorang duduk di kalangan mereka) yang buat kita rasa teruk. Kenapa kita pun nak jalankan aktiviti macam tu? Kenapa kita tak henti membandingkan? Kenapa kita tak lari dari saling mengutuk? Kenapa kita nak rate-kan semua wanita yang kita jumpa? Kenapa kita nak satu dunia tahu #insecurityparah kita tuh?

Sigh.

Kenapa kita tiada sisterly bond (one woman to another), untuk menaikkan semangat masing-masing? Untuk menutup kelemahan masing-masing? Untuk menyokong kebaikan dan kelebihan masing-masing dan menepis segala gundah dan insecurities yang kita tahu kita masing-masing ada?

I am insecure. You’re insecure. We don’t need any more of it. Kita sama-sama perempuan. Maka dari seorang perempuan ke seorang perempuan yang lain, saya rasa awak cantik.



Friday, 1 March 2013

Babak kelakar dalam Gangster Celop





Alhamdulillah. Pertama sekali, seronok dengar cakap-cakap orang yang rasa berbaloi betul beli tiket wayang dan berdekah bersama satu panggung. Kedua, dengan rendah diri, my acting is secondary (since I get this a lot; please don't just go to see me, amboi tapi thank you, no really, seriously so many room for improvements) but go to watch the movie as it is overall a really entertaining one.

Yang ketiga, ingat tak Keknis janji nak kongsi babak Gangster Celop yang killer hilarious lawak sampai nak terkench? Okay jom. Walaupun sendiri berlakon, tapi bila tengok hasil akhir, masih tak boleh blah. Gelak tak sedar diri. Walaupun dah tiga kali tengok, scenes yang di bawah ini masih mampu buat I terbarai. Oh my God I am so lame. We are so lame (sebab my PA, Shira pun sama, dia pun terpaksa tengok tiga kali, pastu masing-masing lame-o gila masih gelak scenes yang sama setiap kali).

Marilah.

1. Scene Ayahanda berjumpa Tokanda & Moyanganda untuk seek consultation. And then Tokanda (Lan Pet Pet) bagi nasihat pastu tiba-tiba luahkan perasaan sambil nyanyi "KINI AKU SENDIRI..." siap ada musik. Bila musik habis, dia baru nak start nyanyi lagu Sway. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAH CAM VANGANG. Lagu Sway! Hahahahahahahaha pengsan.




2. Scene Man Cirit ceroboh rumah Ayahanda, Ayahanda tengah tidur, pastu Ayahanda minta maaf sebab taknak get involved since dia ada keluarga, dia ada anak. Pastu Man Cirit tiba-tiba sensitip, ada soft spot dalam hati dia untuk 'anak'. Dia kata dia pantang orang sebut 'anak'. Terus Ayahanda nyanyi "Ketika engkau dilahirkan..." Lagu 'Anak' oleh Carefree. WEHHHHHHHHHH APENI MALULAH GELAK LEBIH-LEBIHHHHHHHHH ARGHHHHHHHHAHAHAHAHAHA.




3. Scene Suzana pakai baju Melayu dengan songkok, dia tengok Aman dengan Adam tengah belasah Siku dekat luar kelab malam. Belasah nak dapatkan info. Pastu Suzana kata jangan belasah, ada caranya. So Suzana bajet nak goda Siku lah sambil bukak songkok dan uraikan rambut. PASTU ADA LINE SONGKOK KAT DAHI HAHAHAHA SONGKOK SEMPIT LAMA SANGAT PAKAI HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA TAK SEKSI LANGSUNG HAHAHAHA. (lawak yang tidak disengajakan).




4. Scene Aman Adam masa kecik, jumpa dengan Abang Kawasan (Ayahanda) yang ini kena tengok sendirilah. Takleh nak explain. We got a child star over here.



Okaylah tu jer! Happy dengan feedback orang ramai, paling penting, happy sangat to be a part of a film that makes people laugh. Mmmmm Keknis nak minta korang kongsi babak favourite korang boleh? Kalau sama macam yang atas pun takpe. 

Siapa belum tengok, book your tickets for this weekend woot!