Friday, 31 May 2013

Fancy Feast


I just had like the funniest feeding experiment with my cats tadi. Specifically Miumiu and Jaguhbi. Like lawak gila hokay, nak taip nih pun masih tergelak-gelak lagi teringat.


Cerita dia camni, tahu tak Fancy Feast catfood? Okay I pun taktau, tapi Fancy Feast bagi Keknis some catfood supplies untuk kucing Keknis cuba. Amboih nyampaz kucingku, tumpang glamour betul korangz siap boleh buat food tasting lagi memasingz.

 

Jadi Keknis macam acuh tak acuh jelah nak bagi sebab seriously memang tak pernah dengar jenama ni! Pastu belek-belek apa benda yang Fancy Feast bagi, range dia sangat gempak, flavours yang ada pun ala-ala gourmet. Ada yang ber-cheese (OMG JAGUHBI DAHLAH SUKA CHEESE), ada yang ikan mahal, pastu ada tender chicken liver semualah, terlalu macam-macam,siap ada option nak appetizer ke main course ker dessert ker pastu ada gravy ke tak omg please tengok sendiri especially catlovers like myself.

Balik kepada cerita tadi. Keknis hidanglah makanan tuh kat Miumiu pastu dia makan gelojoh gila (tapi masalahnya dia nih memang gelojoh takde manners langsung totally un-ladylike memang tak boleh bawak ke majlis punya jenis kucing), tapi kali ini gelojoh dia memang parah. Like what the hell. Keknis tanya Seri (bibik) apahal Miumiu nih memalukan sangat rupa dia ngadap Fancy Feast tuh, kebuluq ke apa, pastu Seri kata diorang baru je makan walhal. Crazy cat. Or so I thought.

Keknis pun panggillah Jaguhbi si sombong high-class yang tengok makanan guna ekor mata jer (kecuali cheese). Detik Keknis letak je mangkuk makanan tuh depan dia, dia sambar dan terus ngap sambil tengok kiri kanan. Pastu sekejap sekejap lari. Pastu datang lagi makan lagi pastu lari nyorok. Makan lari nyorok, makan lari nyorok. LAWAK GILA KENAPA NIIIII?


Bila piker balik baru paham. Sebab makanan sedap camtu biasanya makanan manusia. Makanan kamilah! Makanan yang selalu terhidang kat meja makan. Jadi bila Jaguhbi rasa Fancy Feast sedap sangat, dia ingat dia tengah curik makanan. Itu yang dia makan pastu lari nyorok. Pastu datang makan and lari lagi. Ya Allah sumpah tak boleh blah. Rasa nak tampar bontot gebu dia hahahahahahaha kelakar sangat!!! Tak Jaguhbi, makanan sedap ini memang disiapkan khas untuk kucen like you.

Nak tengok bukti tak? Lawak gila diorang ingat diorang tengah curik makanan manusia hahahahahaha pengsan lah woi gelak.


  


Tengok tuuuuuh hahahahahahaha asyik usha line jer clear ke tak nak makan sedap camni. Hahahahahaha I guess it’s too good to be true. Tapi yang bestnya, selama ini memang bagi makanan kucing yang diorang paling suka, brand agak top dan mahal juga. Rupanya camni perangai masing-masing bila dapat ‘gourmet’ catfood.


Ogish turut serta.

Flavours  pelbagai sampai rasa macam tengah nak order menu kat restoran berbintang-bintang. Korang yang rambang mata fefeeling korang yang nak makan plak nanti. Kalau korang nak try untuk kucing korang, jemputlah.  Fancy Feast is giving away free samples of Purina Fancy Feast Royale Broths which is fancy soup for your fancy cats!. All you gotta do is :

·         Fill in your particulars
·         And the free sample will be mailed out to you in 4 weeks!
·         Limited to 2000 samples only.

Thank you Fancy Feast. You made my week lah!!! Next week baru habis gelak kot bila teringat perangai sekor-sekor. Oh congrats, my cat LOVES you. You can find Fancy Feast products at major hypermarkets, supermarkets and selected pet shops!

  

I was paid by Fancy Feast to do this review.


Wednesday, 29 May 2013

Mama Mama Mia menjodohkanku dan Lisa Surihani

Telemovie terbaru!


Letak kat reminder tau: Khamis ini, 30 Mei 2013, 9.30 malam di Astro Ria. Jemput tengok.

Terima kasih Kash Pictures atas peluang ini. Dan terima kasih ya Allah sebab secara tiba-tiba I found my soul sister. It's not even funny, panjang ceritanya, tapi nak simpan untuk hari lain. Buat masa sekarang, biarlah video ini menggambarkan kami, setakat yang mampu. I love you meng.


Sunday, 5 May 2013

Tips Naikkan Berat Badan

Hello Keknis dah janji nak bagi tips naikkan berat badan sebab badan Keknis pernah naik satu ketika dulu jadi Keknis cuba ingat kembali perangai Keknis serta rutin waktu ketika itu untuk dijadikan panduan mahupun tauladan (bagi yang taknak naik berat badan). Tips yang diberikan tidak semestinya sihat.


1. Makan lewat malam.
Wah, terus-menerus bagi tips paling tak sihat sekali mentang-mentang dah tulis disclaimer LOLOLOL. Tapi ini sangat betul. Ada satu masa tuh, I was always working till late for few weeks, balik shooting pun lewat, walau kat set dah makan dinner (nasi) dan supper (biasanya Ramli burger), tapi sampai rumah still akan lapar lagi pastu masak maggi atau nasi putih telur dan kicap pergh pergh pergh gebu berat badan. 

2. Always have food within reach.
Dalam bahasa Melayunya, sentiasa ada stok makanan dalam ruang gapaian. Wah. Seperti Keknis, Keknis memang simpan makanan merata. Dalam almari kat bilik, dalam kereta, dalam handbag ada bread & butter, everywhere. Langkah ini sesuai untuk orang yang malas nak cari makan pada waktu senggang, malas nak turun dapur dan sebagainya. Malas adalah satu penyakit yang bukan hanya membuatkan orang gemuk, tapi membuatkan orang kekal kurus juga, pabila MALAS MAKAN. Jauhi 'malas'.

3. Minum air limau suam/panas.
Keknis kalau makan pastu order air limau suam, memang lepas habis makan still lapar. Teruk gila. Pernah sekali lepak makan nasi daun pisang kat Nirwana Maju sambil minum limau suam/panas, pastu biasalah perangai budak-budak baru nak up kan suka tukar tempat lepak, jadi pergilah pulak Mamak Andersen lepas selesai pekena nasik. Kebulur gila dahku cecah jer bontot kat kerusi terus menggigil tengok menu dan order beef lasagna. Penangan asid sang air limau. Damn mok mok.

4. Bahagiakan diri anda.
Ini tips yang paling orang selalu sebut-sebut (eh dah makin berisi, tengah bahagia lettewww) tapi lupa betapa benarnya ia kepada berat badan kita. Bila kita gembira, mesti kita rasa semua benda best semua makanan sedap selera terus menggunung. It's good :) Tapi bila kita stress, kita cengkung, sebab tak selera makan, emosi terganggu, terlalu pikirkan sesuatu sampai terlepas waktu-waktu meal :( Jangan stress tau :( Tak elok :(

5. Jangan masak.
Satu benda yang Keknis perasan, setiap kali lepas Keknis masakkan untuk keluarga, mesti macam tak lalu makan sangat. Lagi excited nak mengadap diorang makan sambil menatap muka puas memasing (bangga lettew orang makan makanan dia). Diri sendiri plak tak berapa lalu makan sebab 1) Dah tahu rasa masakan itu waktu altering the taste. 2) Dah penat masak. 3) Bau badan sendiri dah macam bau kenduri. 

Jadi kalau nak jaga selera makan dan naikkan berat badan, takyahlah masak. Hahahahaha, sebab masa Keknis busy kerja tuh, Keknis memang tak menyempat nak masak, that's why selera jer makan! Fuh!

 Tak elok sungguh nasihat ini kepada para gadis yang nak naikkan berat badan, tapi sekadar berkongsi. (Secara tak langsung, siapa yang nak turunkan berat badan tuh, RAJIN-RAJIN kan lah diri memasak).

6. Makan 3 course meal. Always.
Pembuka selera (buah-buahan/salad), makanan utama (nasi/lamb chop) dan pencuci mulut (kek/aiskrim/puding/creme brule). Setiap kali. Kadang-kadang takde dessert pun, mesti carik gak biskut dalam tin yang manis-manis. Memang habit.

***

Itu saja buat masa ini. Keknis akan tambah kalau terlintas lagi tips yang pernah Keknis amalkan. Yeay bye! Rindu korangz.


Wednesday, 1 May 2013

Gwiyomi by Jaguhbi


Siapa benci Gwiyomi dan rasa ianya satu phenomena pointless perasan comel? Saya. Oh awak juga? Oh dan awak kat belakang sana? Eh dia tuh sekali wah wah wah rilek kita bincang kita bincang.


Gwiyomi datang secara ‘panggg’ (tiba2) dan diangkat oleh KPoppers. Tiada masalah di situ. Yang timbul masalahnya adalah pabila orang ramai cuba request Keknis buat Gwiyomi. LIKE AMAGAD NEVAAA.


Cukup-cukuplah Gwiyomi yang sedia ada. Ke tak cukup? Ke korang nak semua manusia buat baru tidur malammu tenang? Kena jugak ke paksa? Pastu tengok rakan-rakan artis (perghhhh rakan artis skanggg) buat dengan selamba. Peer pressure oh! Bila fans (perghhhhhh fans skangggg) request dengan teruja, fans pressure oh!


Dan.. dannn tu jugak, DiGi keluarkan contest Gwiyomi. Banyakkk video-video Gwiyomi penyertaan. Tengok sikit, tengok prizes, pastu pikir. Why not?


Pikiaq punya pikiaq, dengan kuasa Tuhan, Jaguhbi kucingku yang gedempol tiga kaki itu melintas dalam minda. *ting* idea menerpa kotak pikiran. *ting* bunyik roti dah keluar toaster untuk sarapan. Lepas sarapan, angkut Jaguhbi yang tengah mamai, pastu terus on henpon terus on lagu Gwiyomi terus rakam. Takde rehearsal takde apa. Terel woh Jaguhbi takyah rehearse hafal steps. Terel sangat.


Terhasillah Gwiyobi, nama untuk video Gwiyomi by Jaguhbi. By the way, korangz takyah nak puji Jaguhbi redha sopan baik turut kata sangat lah k. Dia tengah mamai memang camtu. Bila nak buat second time, bila dia dah paham konsep, terus dia kejungkan badan sambil mengerang ‘wereowwwww’. Sampai hati taknak teamwork.






Now there’s a good reason for you to do the Gwiyomi.




Siapa siapa yang die hard Kpop fans tu are in luck! The 2013 Asia Super Showcase in Malaysia rasanya THE concert to go to this year kan with artis artis fehmes macam Girls’ Generation, AOA dan Shinhwa?


Now you can win exclusive, money-can't-buy BuddyzTM Passes to the 2013 Asia Super Showcase in Malaysia, which includes Express Entry to the Super Zone, an Exclusive Backstage Tour and #BuddyzTM season 2 LIVE SHOOT!


Anda cuma perlu rakam video Gwiyomi macam I (best lagi kalau bukan kucing anda kerana you’re up against fierce competition ok.) dan submit.


Nak masuk? Layari digi.my/gwiyomi . Kalau taknak tertinggal baik rakam dan submit hari ini jugak cos contest ends this Sunday 5 May. Courtesy of DiGi Easy Prepaid Buddyz are never apart with 24 hours free calls, SMS, Facebook and Twitter .


Ada gak point Jaguhbi berGwiyomi sampai taring tertonyoh.



Jaguhbi made it to num 5 hewhewhew