Pakailah tali pinggang keselamatan, anda mampu mengubahnya. *Iklan tamat.
Okay pertama sekali saya mengidamkan kasut kulit bewarna putih yang designnya seperti kasut jururawat. Linda Ong telah berbakti kepada saya hingga nyawanya terkorban maka saya harus cari pengganti, yang harap-harap pembawa tuah juga :') Hati saya telah jatuh cinta terhadap kasut Camel Active yang beharga RM219.00. Terlalu style dan dan argh I want it! Bila ditanya bapa, adakah mahal kasut beharga RM219.00. Dia kata tidak langsung kerana ianya kulit dan tahan lasak. Tapi jawapan itu diikuti soalan "Are you willing to wear the same style of kasut for the next 5 semesters?". HOH. I'll sleep on it. Zzz.
Kemudian saya telah tekad untuk mematuhi peraturan pemakaian di UiTM maka saya pergi ke section lelaki untuk cari seluar baggy. Apabila dicuba dan ditunjuk emak, beliau berkata, "Baggy tak semestinya ugly". Okay cari lagi di lain masa sebab kedai dah nak tutup T_T
Akhirnya saya hanya beli dua kemeja putih melepasi paras punggung untuk dipakai ke kuliah. Saya pilih saiz M walhal, diri ini saiz S, see all the sacrifices I'm making T_T
Keluar fitting room bersama dua kemeja putih saiz M, dan air Ribena di tangan.
So adik-adik apakah pengajaran yang boleh anda perolehi dari episod ini? Beli kasut yang tahan lasak dan selesa. Kalau perlu bayar lebih, anggap sebagai pelaburan.
Okay siapa nak tambah/tanya apa-apa sila mengomel di ruangan komen. Bantulah Part 1. Anda mampu mengubahnya *ulang.
Segmen terakhir kita ialah Perihal UiTM Segamat (atas permintaan ramai). Kalau anda jenis yang suka bergayut dengan emak dan sayangi alam sekitar, UiTM Segamat is the place for you. Apabila bosan, anda boleh tolong memandikan kucing-kucing peliharaan wing anda. Kalau anda dapat duduk di bahagian sektor A, jangan bersedih walaupun bangunan dan persekitaran macam zaman 80an, tapi ianya dekat dengan masjid dan masjid kami di UiTM Segamat sangat meriah. Tapi andaikata anda ditempatkan di Sektor B, boleh tolong saya mandikan kucing (-_-")
No comments:
Post a Comment