Monday, 31 May 2010

Tulisan

Diam kadang lebih berat dari awan yang mengendung air
tak mahu sedikitpun angin merapati biar sekadar berbisik
angin walau sekadar berbisik pun kau buat diam itu dibasahi air
lalu basahlah sanubari itu mengelus diammu.


Riuh kadang lebih ringan dari awan yang putih melepak
mahu angin mengiringi dengan desah dan kencang bermain main
angin walau ribut sekalipun kau buat riuh bagai taman permainan
lalu nyamanlah hati itu menyambut riuhmu.


Walau diam walau riuh
laungkanlah bertalu-talu agar semesta alam dengar keresahanmu
Hanya kau yang tahu dalam diam mu resahmu melaung-laung
Hanya kau yang dengar dalam riuhmu diammu menderu-deru
dan angin hanya mahu berlalu.



"Resah" Nani Rostam, Mei 30.

Monday, 24 May 2010

Mari terbang!

Dah lama tak bercakap tentang satu hari dalam hidup saya. You know, like a diary. Or a journal. Baiklah, saya dah pilih satu tarikh untuk saya showcase kan di sini, you know, like a diary. Or a journal. Hehe annoying gila. Okay, mari pilih tarikh 11 Mei hehe.



Hari di mulakan dengan mandi-mandi, nyanyi-nyanyi, siap-siap, eh asal semua kata ganda? Kemudian webcam-webcam.


Kemudian hantar kat Twitter kata Selamat Pagi Malaysia.



Diteruskan dengan berjumpa Qi di Hornbill Café & Restaurant untuk dia diinterview media. Mengomel tentang Destinasi Budget, cerita online yang dia host untuk www.MAStraveller.com . Best kot dengar dia cerita, lagi I teringin nak jadi travel host! Aaaaa T_T


Destinasi Bajet adalah mini series di wesite MAS yang membuktikan bagaimana travel dengan bajet yang ketat adalah tidak mustahil! Banyak tips yang kita perlu kalau nak melancong secara bajet disertakan dalam cerita ini. Tempat yang kita nak pergi, tempat kita nak tidur, tempat kita nak makan.

Cak!


Dia pergi Jogja, Ho Chi Minh, Hanoi, Phnom Penh, Singapore, Jakarta plus Bandung. Comel bila dia cerita pasal Vietnam sebab language barrier. Tapi Vietnam best sangat katanya sebab ada 4musim, masa dia pergi tengah musim bunga maka agak sejuk ya adik-adik.

Masih di café di mana Qi diinterview -_-




Ada banyaaak sangat travelling tips tapi bila rajin sila godek sendiri dekat website MAS Traveller. Especially if you’re travelling to a country for the first time, baik check it out sebelum pergi. Saya rasa kalau nak melancong, first step ialah pergi website ni. Untuk book tiket, satu, tapi serious website ni memang sediakan banyak guide so sangat complete, harus untuk take note. Aaand boleh tengok Qi membebel dengan comel masa pergi negara-negara asia (dia tunjuk tempat best yang wajib pergi).

Stay. Do. Eat. Pick your destination and get infos on where to stay, what to do and where to eat :)



Trip planner. Love this feature a lot sebab boleh tengok contoh trip planner orang lain (bila kita nak kunjungi tempat sama) and boleh buat kita punya sendiri juga.



Destinasi Bajet! That’s Qi and Cheryl Samad!


Saya sudah tonton episode terbaru, Qi pergi Jakarta! Nanti pergi Jakarta esok nak pergi semua tempat yang dia pergi. And! Naik basikal yang comel Qi naik tuh, pusing2 bandar! So cute!
Setiap destinasi ada bajet tau (RM700). Maka sepanjang episode tuh, dia akan calculate everything all the time, so kita boleh tahu harga transport sepatutnya berapa, naik bas berapa naik teksi berapa. Nanti takdelah kena tipu. The best episode so far is of course, Kota Kinabalu. Because I’ve been there dan trip itu sungguh terpalit di ingatan LOL. Go watch it here now.



Sejurus selepas itu, Qi perlu diphotograph untuk suratkhabar segala, maka dapatlah masuk KL Birdpark yeay! Seronok-seronok. What is it with me and kata ganda eh sebenarnya?


Burung-burung ni semua manja tak beragak.





Haha look at Qi trying to get the peacock to show off the colourful feathers. So boleh imagine Qi macam mana dalam Destinasi Bajet.



Paling manja. Em parrots!



End of KL Birdpark adventure. Sesudah itu pergi salon rambut terpilih.





Happy! Kawal happy dengan muka vogue, jangan marah you.



Hari disudahkan dengan makan dinner di Dome KLCC selepas mama pick up Imran from school. Lama gila tak jejak tempat ini. Waiter comel bernama Irham datang berkata “You Hanis kan? Omg bukan you selalu lepak Delicious je ke?” Lol comel avid reader aku sorang ni :’)



Kebuloq. Kawal kebuloq dengan muka vogue, jangan marah you.






Memang perlu deretkan tiga gambar makanan agaknya.




Itu sahaja laporan dari saya, interview Qi boleh dibaca di sini.



Selamat menonton!




OhSoRandom: Esok saya ke Jakarta, 5 pagi. Belum bersedia, secara emosi mahupun bagasi.

Saturday, 22 May 2010

Misai susu bersama saya



Mari kita bercakap tentang susu. Saya suka minum susu.



Ini ialah contoh sarapan saya (kalau bukan Nasi Lemak). Kalau di rumah lebih proper daripada di hostel sebab dapat simpan susu segar dalam peti sejuk. Saya dari dulu tidak berubah, macam budak kecil, hanya suka minum air sejuk sahaja :B





Ini pula makanan supper saya sebelum tidur. Untuk nyenyak tidur, saya minum susu. Atau hirup susu sambil kunyah bebola cokelat rangup -_- Sebab minum susulah saya nyenyak tidur macam bayi dan berupaya bangun awal pagi sebelum matahari menyapa. Wah. Bila tidur cukup, kulit juga boleh jadi cantik! Atau mungkin sebab selalu minum susu kulit cantik? Yeah, that must be it.



Waktu jadi peragawati dulu, selain perlu tambah ketinggian dan jaga kulit, kehidupan memang hectic di mana pagi-pagi tak sempat sarapan dan sebagainya. Jadi wajib menyimpan satu botol susu dalam tas tangan. Sebotol susu yang adult punya ya -_- Jangan nak bayang mengarut-ngarut. Apabila sudah menjadi pelajar kembali, selalunya susu teman saya ke kelas pagi kerana tidak mahu perut kosong waktu mendengar hujahan pensyarah. Barulah ilmu masuk ke hotak. Wacheh. Semenjak itu, susu menjadi BFF.



Saya pernah dengar orang kata minum susu menggemukkan. Rasa nak sekeh orang itu. Susu menyihatkan badan, mencantikkan kulit, menambahkan ketinggian, menguatkan tulang ish banyak sangat khasiat dan kelebihan nak list kan. Tak paham kenapa ada orang tak suka minum susu. Dia macam ni, kalau tak suka minum susu, think of all the benefits, minum perlahan-lahan, lama-lama mesti suka juga. Hello, susu kot, benda first kau minum dalam dunia *ketegasan mendadak*



Dari kecil suka minum susu, sehingga besar, kesukaan itu masih belum pudar. Sungguh setia. Ahad nanti (30 Mei 2010), di Pavilion pada pukul 10pagi ada event sempena World Milk Day. World Milk Day sebenarnya dicipta oleh UN untuk tingkatkan kesedaran masyarakat dunia tentang kepentingan susu. Di seluruh dunia, World Milk Day akan disambut pada setiap 1 Jun dengan cara mereka tersendiri. Bila dikaji, penduduk Malaysia sangat kurang minum susu (purata hanya segelas seminggu). Jadi mereka nak cecah 2500 orang minum susu dalam satu masa untuk Malaysia Book of Records, Ahad 30 Mei ini. Boleh usha dulu di website Dutchlady Milk. Jom teman saya? Jadikan susu BFF anda jugak. Jumpa di sana!


Kalau datang dapat minum susu dengan Amber Chia, Shakila, Alif Satar, Dayana, Sharizan Borhan, Reshmonu, Najwa, Khoo Cai Lin. Bila lagi nak minum susu dengan diorang?

Monday, 17 May 2010

9.51 a.m

Allah itu kan Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
Diberinya kemudahan untuk keluar dari satu situasi.
Dibukakan mata dipalingkan hati.


:)

Sunday, 16 May 2010

Sabar jelah aku

Dalam adik-beradik, sayalah anak yang tak pernah bagi surat jemputan Hari Kecemerlangan dekat mak bapak. Kalau ada pun sekali je. Masa jadi pengawas Darjah 6. Itupun setakat ambil sijil pengawas tanpa jawatan apa-apa. Lame habis.

Walaupun saya paling cepat cakap antara adik-beradik (mak bapak mesti ingatkan genius dah lah), tapi bila saya sekolah saya paling corot dalam pelajaran. Sebab dalam kelas kuat potpet, kuat berangan, kuat lukis komik. Kalau satu hari cikgu kata, "okay cikgu nak tukarkan tempat kamu semua", sebenarnya motif utama nak pisahkan saya dari siapa-siapa lah tu, eleh macam lah saya tak tahu. Hmph. Cikgu banyak tak minat dengan saya sebab masa Darjah 5 semua orang dapat A untuk ujian bulanan Math, saya dengan Syakir je dapat B. TAPI TAK ADIL NAK KATA SAYA BODOH SEBAB TERSELANG SATU SOALAN MASA HITAMKAN KERTAS OBJEKTIFFFFFFFF. Oh geram itu masih ada lagi rupanya teehee.

Masa sekolah menengah memang jenis yang tak buat homework atau buat cepat-cepat masa perhimpunan. Cikgu Math pun geram sebab selalu tak bawa buku. Yelah banyak siot buku latihan math, MATH 1, MATH 2, MATH 3, MATH 4 macam mana nak jaga semua, mestilah ada dua bawah TV. Bila tanya kenapa tak bawak buku, cakap lupa. Bukan lupa nak bawa, lupa nak cari heh. Memang dulu benci Math ah, sebab tuh memori banyak ingat cikgu Math je.

Cikgu yang sayang saya pun cuma cikgu-cikgu English ngan BM. Sebab kalau exam suka merapu lebih panjang dari rakan sekelas :')

Bila masuk universiti baru belajar betul-betul. Sebab pikir nak guna ilmu tuh masa kerja nanti. Agak lambat sebenarnya nak belajar betul-betul sepenuh hati. Kalau tak potpet sangat dalam kelas dulu kan senang, mesti mak bapak selalu pergi Hari Kecemerlangan kita. Sorry :(



SELAMAT HARI GURU

kepada

Ibu
Bapa
Adik-beradik
Rakan taulan
Guru Tadika, Guru Sekolah Rendah, Guru Sekolah Menengah, Pensyarah, Guru Tusyen, Guru Ganti
&
Semua pengalaman saya.

Thursday, 13 May 2010

Parting ways

I've been trying to make myself busy, put on nice clothes and mascara, go out and about, to keep my mind off things.



There are a lot of questions I've not answered (recently) after my mom's entry of Bila Anak Dara Saya Putus Cinta. Mom been receiving calls and I've been receiving texts. LOL. Yes, this has gotta be the toughest decision of my life, but I had to do what I had to do. If life is just about me, maybe I could go ahead and decide on whatever my heart desires. But there's so much more to life than just yourself okay. Make the people around you happy and insyallah you'll be happy. It hurts so bad at the first stage though :S


I believe that you have got to be one ungrateful human being to call yourself putus cinta. Because dah putus ke cinta dengan Tuhan, dengan mak bapak, dengan adik-beradik, dengan sahabat handai? Putus cinta is such a big word. And always misleading!






Hello kau belum 20tahun kot asal tulis karangan macam orang tua atas tadi -_-
Sigh.

Monday, 10 May 2010

Siapa nak tengok muka Hamis pergi kelas?

Selekeh. Macam tak berusaha.

Okay maaf, saja nak intro lain sikit. Yang takde kena-mengena dengan post. Anyway, I'm sorry for the lack of updates. Belum ada masa nak betul-betul duduk dan mengomel. Taknaklah update belog sekadar update je, harus menghiburkan diri, keluarga dan anda semua. Tapi sementara nak menunggu I kumpulkan material omelan I, just want to let you know, I've discovered few good blogs thanks to the people around me, so I've shared the links there at Wanderblogs/Belogbest so do check em quality blogs up! Support local bloggers! Wah! Have fun meneliti semua!


WILL BE RIGHT WITH YOU XOXO

Thursday, 6 May 2010

Selamat tinggal Segamat

Wah gembira tak terhingga paham tak paham tak, saya sedang cuti! Bukan cuti yang emo meroyan takleh puasa tuh bukan, ini cuti as ini dapat pulang ke rumah dan melupakan Segamat bahah. Saya suka balik rumah. Selalu jealous tengok Azfar ngan Meor BALIK SETIAP MINGGU. Pastu tweet location diorang dammit. Tapi takpelah, banyak sebenarnya kos nak ulang alik Segamat-KL nih, ingat murah ke? Maka kalau tahan bosan, lebih baik jangan. Kalau tak tahan pun tahankan aja, jimat-jimat kan diri, TAHAAAAAN. Kalau tak pun sekali-sekala kita buat aktiviti seronok seperti mandi air terjun untuk menyambut birthday rakan-rakan. Kalau takde birthday, tahankan jugaaaak, jangan balik KL, jimaaaat simpan duittt. Hehe yer yer je tahaan tahaaan padahal dia pun balik selang 2 minggu T_T



Ini masa sambut birthday Syakira, Afif ngan Syahir!


Mula-mula dah sedap dah nak mulakan perjalanan. Muka-muka ceria macam panda baru lepas dapat makan begedel untuk sarapan.


Kemudian jeng jeng jeng.




Tak perlu nak mengomel lebih lanjut, biar gambar ceritakan semua wacheh. Ini I yang tangkap, so I bagi nama gambar ni Telemovie Raya.

Baiklah disclaimer, semua gambar samada I or Afif or Iqa yang tangkap. Guna camera Iqa best best! Merasa DSLR...




Banyak gambar terhasil masa tunggu tukar tayar, exhibit A.



Kemudian perjalanan diteruskan dengan pandu selamat panda selamat. Mata Afif fokus membawa tiga ekor panda kat belakang.




Dah sampai yeay!







Cantik tak handbag makcik tuh I snap hehe.







Muazamshah. Ya, kawasan kat Segamat tuh dia punya -_-







When we do something, we do it seriously. *Nak explain kenapa Syahir tengah angkut satu beg ais untuk berkelah.








Group photo before the climb! Ya. Climb. Sebab nak mandi dekat yang atas-atas supaya tak mandi kencing orang *teori sendiri wtf*








Tak paham kenapa dah sampai puncak tapi muka Afif macam masih tengah daki bahahaha.






Alololololololololo layankan aje.




Aksi bajet comel dengan Tongkat Ali.



Asal banyak gambar Azrai eh? Nampak sangat paling lama berendam.




Aku dah kata kalau guna mode sephia ni sure gambar jadi memori kau dan aku -_-



Okay ini part paling best ever okay. FISH SPA PERCUMA DAN ASLI DAN SEMULAJADI DAN SUMPAH BEST.



Geli-geli ikan kecil gigit kaki. Ikan tuh halus sangat!



Dari awal sibuk try tangkap ikan.

Pastu bet, siapa dapat tangkap ikan dapat RM10.


PERGH DENGAR RM10 TERUS KHUSYUK MACAM NAK MENDULANG BIJIH TIMAH KE APA. Hahaha last-last takde siapa dapat tangkap, guna baju Shah (kot) dan dapat tangkap ikan berekor-ekor yeay gembira.



Iqa buat caption kat FB "Hanis piker macam mana nak tangkap ikan". Padahal I tengah pikir batu mana nak pijak nak pergi tempat ikan banyak. Haha tengok siap bawak cawan polisterin nak tangkap ikan XD


SELAMAT HARI JADIAN! Kek ini tujuan sebenar beli memang nak buat pelembap kulit muka semua orang. Free facial everybody.



Ya, the boys did the cooking! Bagi chance lah kat rumah kan tak pernah masak. Eheh ceyh ceyh perempuan sibuk mandi konon bagi chance.


After that, dinner pula, makan Tom Yam yum yum!


What a day, I really had fun with you boys & girls ♥

Sekian, laporan dari saya.


SELAMAT BERCUTI SEMUA!