Tuesday, 25 December 2012

Resepi Ayam Panggang Nasi Ayam

Hello! Dah lama sangat kan kata nak share resepi Sexy Cikin? Marilah mengotakan janji.

Sexy Cikin adalah nama samaran ayam panggang yang biasa Mama masak untuk her famous Nasi Ayam. We love it so much, and siapa makan pun mesti suka sangat-sangat, so then I realised, it is one ayam panggang yang I really gotta learn macam mana nak buat. Bukan supaya bakal suami dan mertua sayang sahaja, malah diri sendiri pun akan sayang diri sendiri kalau tahu resepi ini *usap perut*.

Pastu pergi beli ayam, beli whole chicken, confident betul boleh masak sedap. Kehkehkeh. 

Untuk bahagian dalam ayam masak dengan lembut dan isinya tidak keras serta bertali-tali (I suka cakap isi ayam bertali-tali, paham tak, kalau makan KFC, bahagian yang kering-kering selalu isinya bertali-tali what the hell how do I describe it without sounding like a bimbo), kita kena rebus dulu. Air rebusan harus dibuat sedap supaya meresap dalam daging ayam maka bahan-bahan untuk air rebusan adalah hirisan:

1. Halia
2. Bawang putih
3. Bawang merah

Rebus selama setengah jam. Kuantiti bahan please agak-agak. Again, I tak suka sukatkan bahan. Sebab ayam anda dan ayam saya tidak sama, tiada ayam di dalam dunia ini yang betul-betul serupa, setiap ayam adalah unik dengan caranya tersendiri.

Langkah kedua adalah untuk perap ayam dan gantung selama sejam (namun, wah ada namun, terdapat konflik plot di sini, nantikannya...). Bahan-bahan untuk memerap ayam ialah:

1. Sos tiram
2. Kicap cair
3.Kicap manis
4. Kicap soya
5. Minyak bijan
6. Madu
7. Kisaran halia, bawang putih, bawang merah.

Lumurkan bahan-bahan tadi terhadap ayam anda. Anggaplah ayam itu bayi dan bahan tadi adalah Johnson Baby Wash maka sila handle bayi anda dengan penuh kasih sayang dan jangan sampai terhantuk besen. Pastikan setiap inci dilumur rapi.



Selesai itu, sepatutnya gantung ayam selama sejam kan? This is where the 'namun' comes in. Namun, I got a call and terpaksa pergi meeting, so I terpaksa tinggalkan my bayi eh ayam sampai ke malam. Jadi ayam itu diperap semalaman, dalam mangkuk dan di tutup dengan plastik, tidak digantung. Terpaksa tunda ke esok cerita dia. 


Keesokkan harinya, barulah dapat panggang! Happy sangat sebab ingredients meresap baik, ayam pun dapat cukup rehat (tiba-tiba), pastu kita masukkan dalam oven dengan suhu 200 (make sure oven dah dipanaskan dulu beforehand) dan tunggu dia bertukar warna cokelat cokelat. Masa adalah berbeza antara ayam awak dan ayam saya ya (mine was about 1hour gak), memang kena mengadap ayam itu supaya tidak hangus. Yang penting, dalamnya telah masak jadi tak perlu risau.

Option lain adalah, anda boleh menggorengnya dalam kuali minyak panas. Buat deep fry instead of panggang. Mama biasa deep fry, I malas nak attend, I panggang saja. Up to you, dua-dua cara pun seriously sedap!







Hasilnya... 



My baby and that sexy ass. LOL.


What I love about my Sexy Cikin ialah, luarnya rangup dan manis tapi dalamnya lembut dan empuk. Heaven in my mouth... Of course, I masak complete set Nasi Ayam siap dengan sos semua, tapi resepi nasi dan sos-sos itu semua terlalu simple... I am sure you can manage (ke tak boleh? alamak). Cubalah resepi ayam ini! Yums!!!



Achievement Unlocked: Mama makan bertambah. Woot!



Friday, 21 December 2012

Room Makeover!

Growing up, I always have a nice room. Daddy and Mama selalu bawa kami adik-beradik pergi Ikea and pilih barang untuk bilik. Diorang tak pernah dictate nak hias macam mana konsep apa, so kita pilih saja apa yang kita rasa best (selalunya tak match, sebab takde taste hahaha, patutnya biar emak jer hiaskan lololol). Tapi kalau Daddy tak cukup duit masa tuh, kita tunggu next month untuk dapat apa yang kita nak. We don't always get want we want though, cuma yang perlu saja, sebab adik-beradik ramai.

Seronok dapat tidur dalam suasana yang cantik. Badan nak rehat, mata pun rehat sekali sebab pemandangan yang cantik. Dan bila lawat Rumah Anak Yatim Siraman Kasih tempoh hari, they don't have that :(




Ada 10 tilam semuanya, untuk bilik menempatkan 20 orang. Bila siang diorang kemas dan stack up tilam macam tuh. Tergerak hati untuk cantikkan tempat ini so it became my little weekend project insyaAllah.

Ada barang yang I beli kat Parkson (ada sale!!! alhamdulillah) macam bantal2 hiasan, dan carpet bulu-bulu. Kalau nak beli barang rumah, tunggulah sale, pasti jimat banyak. Ada juga barang yang I beli kat Mydin, macam basics like cadar dan sarung bantal.

Waktu Mydin shopping trip bawa Imran, Hafiiz dan Alisya sekali. Semua tolong cari dan pilih barang. Awalnya nak semua cadar merah jambu, nak berkonsep bilik girlish. Tapi tiba-tiba adik aku masing-masing nak jadi Eric Leong, banyaklah pendapat yang keluar... So semua pendapat diambilkira dan jadilah tiga warna cadar...




Pastu nasib baik juga bawa budak-budak tuh, sebab ada barang I terlepas pandang diorang tolong ingatkan, macam langsir tingkap.


Untuk cat dinding pula, pergi hardware shopping trip dengan Daddy. I booked Daddy for the weekend untuk tolong kerja-kerja baikpulih. I love you Daddy thank you tolong Hanis.





 I chose 'bubblegum pink' sebab I've always wanted a pink room masa kecil, tapi tak pernah dapat. I hope the girls like it. After Daddy siap cat, kami pun mop-mop and susun barang semua. Bila waktu nak surprise budak-budak tuh, I dah paham kenapa Eric Leong selalu terkinja-kinja...


SERPRAISSSS TERKEZUT TAAAAK?!






Tengok muka siapa paling excited.


Masih posisi sama.



Posisi sama.


Tangan masih macam tu.




Hahahahaha teruja mengalahkan budak-budak. Kalau korang boleh spot dalam gambar, siap letak Ambi Pur gahahahaha :')




Tilam yang diorang suka kemas susun tinggi-tinggi feeling Princess and Pea tuh, I pesan suruh susun bertiga-tiga macam ni, nampak macam katil awww. Pastu warna cadar yang my adik-adik pilih, I susun macam shades ombre, kan tengah trending ombre cake. Hehehe.



Nanti malam nak tidur boleh diorang tutup lampu kalimantang, biar bunga dan kumbang saja bersinar. I love nightlight so much!!! I find it therapeutic.



Alhamdulillah dengan kegembiraan yang Kau kurniakan pada mereka, dan upaya yang Kau berikan padaku. I wouldn't trade these smiles with anything else. Terima kasih korang buat Keknis happy sangat-sangat.


*Gambar oleh Mama, Bali dan Acap, thanks Ijah sebab selalu jawab sms akak yang tiba-tiba tanya pasal tilam bagai.

Wednesday, 19 December 2012

Apps baru untuk Pelancong


Sebagai penggemar tegar melancong dan makan, saya memang suka apa-apa apps yang berkaitan travel, food, and places. Lebih-lebih lagi yang mendapat contribution orang ramai (maksudnya suggestions & opinions of general public), jadi ia bukanlah iklan semata, atau fakta sahaja. Sebagai contoh app Trip Advisor yang menyenangkan hidupku, baca komen pengunjung sesuatu tempat yang penuh dengan emosi. Hahaha contribution paling emo adalah bila makanan diorang sampai lambat! Sure kena hentam itu restaurant. Contoh.

Jadi sangat excited dengan apps baru kat Facebook iaitu Nestle Drumstick Home of Adventure. Berpusatkan Malaysia sebagai destinasi tumpuan, cari saja tempat-tempat yang anda nak dalam negara, dan tengok apa yang best nak buat atau makan di situ! Misalnya saya pilih Pulau Pinang dalam peta.


 Ataupun… saya godek peta lagi dan pilih satu titik di Kelantan iaitu Dabong!

 

Kan senang camni. Apps ini baru lagi, dilancarkan oleh Nestle Drumstick. Tapi I tengok contributions dah banyak! Apa kata kita tambahkan lagi, sebab sekarang hingga 23 Disember 2012, penyumbang entri dalam apps ini berpeluang menangi RM500 setiap minggu. Selain berkongsi informasi dengan orang lain, kalau bertuah, free-free dapat RM500 duit poket ;)



Simple and super easy steps, orang tak gheti IT pun boleh sangat kalau nak join.




Dah pilih lokasi dan isi deskripsi, jemputlah upload gambar atau video!


Gambar dari trip saya ke Sabah tempoh hari ;)

  Baik! Saya dah berpeluang dapat duit poket RM500. Korang punya turn pulak! Klik https://www.facebook.com/NestleDrumstick/app_489107001108804?ref=ts! Selamat berbakti!

Saturday, 15 December 2012

Benda Kecil Dipandang Besar


Sedar tak yang kita ini adalah superhero kepada seseorang?

Dulu masa kecil, kami selalu balik Johor ke kampung Parit Tengah (kg Mama saya). Perjalanan dari simpang pintu gerbang kampung, sehingga ke rumah nenek saaaaangat jauh. Kadang-kala rasa macam tak sampai-sampai. Sehingga kami adik-beradik selalu bertanding teka pukul berapa dan minit keberapa kami akan tiba di pintu rumah nenek (*syaratnya, kiraan masa cuma dihentikan betul-betul waktu pintu kereta dibuka LOL macam-macam).

Waktu-waktu lain, kami sebenarnya tidur saja dalam perjalanan nak sampai rumah nenek itu. Dalam lena dan jaga, sambil kebil-kebil mata, I selalu tanya Daddy, "Daddy, kita sampai pukul berapa?". Jawapan yang Daddy bagi selalu TEPAT. Yang amat tepat. Gila amazing my Daddy, terlalu hebat! Dia ada superpower nak estimate jarak dan masa. Kadang-kadang, bukan nak tahu sangat pun sampai pukul berapa, tapi sengaja tanya supaya boleh tengok Daddy tunjukkan superpower dia. Macam tuh seorang anak tengok bapa dia, walhal bapa dia boleh kawal speed kereta nak sampai pukul berapa and he's been driving to that very house for at least 10years.

Lagi satu kehebatan Daddy, dia boleh tahu bila kereta patut keluar kat roundabout. Terer seh, macam mana estimate supaya kereta mendatang tak langgar??? I selalu terpikir, bila besar nanti, aku akan diberikan skill macam ni tak? Berdoa harap-harap mewarisi kecekapan Daddy.

Mama pula, pernah I tanya padanya "kenapa Mama tak jadi doktor?". Sebab selalu kalau sakit apa pun, mesti dia tahu ubat apa patut makan atau sapu. Kalau lebam/luka kena sapu minyak gamat, kalau sakit perut kena sapu minyak angin, kalau batuk kena minum Bena, kalau gastrik kena minum ubat putih macam susu, kalau demam makan Paracetamol. Like whoa... macam mana boleh hafal semua ubat oh?! Kenapa tak jadi doktor buka klinik? Mama boleh rawat semua pesakit supaya diorang baik! Macam Mama ubatkan Hanis sampai baik...

Bila dah besar dan teringat flashback ini semua, mesti I rasa hek'elehhhhh.......... setakat macam tuh je pun dah pandang Mama Daddy hebat gila.

Dan hek'eleh itu jugalah yang kita selalu beri pada anak-anak kecil. Sebab semakin kita dewasa, benda semakin dipandang remeh. Kadang-kadang kita tak sedar, betapa tingginya anak-anak atau adik-adik kita pandang kita. Bila ditanya sesuatu, boleh tanpa sedar kita terjawab "Cuba Google, kan senang". Kalau diminta penjelasan atas sesuatu hal, boleh pula kita terjawab "Susahlah nak explain, nanti kat sekolah ada ajarlah. Atau nanti dah besar, tahulah". Cuba kita sedar, kalau dia tak pandang kita tinggi, dia tak tanya kita. Baik dia tanya bibik jer.

I tulis semua ini sebab I sendiri bersalah. Adikku Hafiiz teringin nak ada blog sendiri untuk tulis resipi  dan catatan hariannya. Dah seminggu dah di mana setiap malam I balik rumah, mesti Hafiiz akan ajukan "Keknis, dah pikirkan nama blog Hafiiz ke belum?". I akan jawab "Nanti Keknis pikirlah" *dalam nada lesu letih*. Tapi si Keknis nih tak pikir-pikir pun. Dia tak register langsung dalam kepala otak dia, untuk peruntuk satu time, timbulkan idea untuk nama-nama sesuai bagi blog adik lelakinya nih. Permintaan adik dia tuh macam hembusan angin saja, yang bila tiada, dia tak terasa. Dia terlupa betapa tinggi adik dia letak kakak dia, sampai nama blog pun nak kakak dia yang namakan, nak idea itu datang dari kakak dia. Walaupun dia dah tingkatan 2, kakak dia masih jadi rujukan untuk sesuatu yang melambangkan dirinya. Sigh, nasib aku tersedar cepat.





Jadi renungkan, macam mana kita treat anak kecil / adik kita? Ingatlah, benda yang tak penting buat kita, mungkin means the world to them. Don't just hear them, but listen to them (jangan sekadar dengar, cubalah untuk mendengar).


p/s: here's a video update about my #WorldClassChocProject by Baskin Robbins!

Friday, 14 December 2012

Bootcamp Paling Best Ever



Flight awal pagi ke Kuantan, diterbangkan untuk buat appearance di KOTEX®Bootcamp, Clubmed Cherating. Dalam pikiranku… AMBOI BOOTCAMP BUAT KAT CLUBMED WOHHH, KELAS KAU KOTEX®!

Tahu tak bootcamp itu apa? Pernah pergi kem bina jati diri? Yang ramai-ramai pergi tempat asing, pastu awal-awal malu dan geram kena masuk team dengan orang kita tak kenal, terpisah dengan kawan baik, pastu awal-awal malas nak dengar cakap facilitator sebab diorang macam beria lagi skema, dan semua orang just look forward untuk waktu makan / free and easy. Hahahaha itulah lebih kurangnya! Cuma ini kat Clubmed, resort terbaik, dan paling best lagi facilitatornya adalah Azah 3R dan dibantu oleh pelakon drama bersiri KOTEX®Memberku Hawa Nad Zainal. Rugi gila gadis-gadis yang tak dapat join.

Kem Gadis Konfiden KOTEX® Fresh ini berlangsung selama 3H2M. Dazrin and myself di invite untuk attend Party Photoshoot KOTEX® pada malam terakhir. Tujuannya untuk sama-sama witness the transformation of the finalist and tak lupa untuk enjoy bersama gadis-gadis yang konfiden ini. Sempat jugak bersembang dengan Nad Zainal, tanyakan tentang gadis-gadis yang terlibat dan aktiviti mereka. Dia kata macam-macam diorang buat, karatelah… flying foxlah… beauty workshop… Kenapa bootcamp yang I join dulu semua tak best camni?! Dekat tempat eksklusif camni?!

Nad cakap lagi, awal-awal semua orang macam malu gilaaa, diorang pun taktau kenapa and apa yang diorang akan dapat dari sertai bootcamp itu. Mula-mula sampai, bila disuruh cakap kat depan semua tolak-tolak taknak. That kinda reminds me of me… Saya pun pernah macam itu. Terlalu pemalu, dan takut akan persepsi orang. Tapi saya takde bootcamp untuk lift up my confidence. I had UiTM and its countless presentations to be done (in English), thank you UiTM *sempat*


Masa malam saya dan Dazrin tiba di Boot Camp tu memang tak rasa macam gadis-gadis yang ada di situ rupanya, 2hari yang lalu, adalah gadis timid dan takut-takut pun! Malam itu semua mingle macam dah biasa dalam keramaian, semua bergaul penuh yakin. Takde yang anti-social langsung. Macam tak selari dengan yang Nad cerita pasal mereka diawalnya. I was really amazed.


Untuk parti itu, mereka ada cabaran terakhir di mana setiap kumpulan kena buat photoshoot ala-ala ANTM, dengan props semua disediakan. It was totally up to them how they wanna utilize and make the most out of it. What a fun challenge! Bukan ke biasanya malam terakhir bootcamp buat ‘cultural night’ pastu kita semua kena perform sebagai satu kumpulan, di mana idea didominasi oleh seorang saja yang kengkonon artsy fartsy dan yang lain semua nampak lameee LOLOLOL so unfair, what a way to end the bootcamp! Great one KOTEX®!


Cuba tengok siapa paling beria sekali. Nad panggil I big bird biru wahahaha. Kadang-kala kami akan crash their photoshoot session dan menyebok macam di bawah ni.


Gadis Konfiden Kotex sangat!


Sementara itu Dazrin pulak jual minyak masak. Dazrin cakap dengan I, gadis-gadis kat situ memang mempunyai keyakinan diri secara naturalnya, from the way they talked to him, the questions they asked about him (to know him more, amboi amboi gadis). Memang takkan dapat agaklah, yang diorang ni semua pemalu habis sebelum bootcamp nih! Waaaaaaaah :’)


We played lots of games, I was having so much fun with these girls. I rasa macam I yang lebih-lebih seronok hahahaha. Ini waktu kena battle dengan Team Dazrin (and we lost whatever).


Tengok tu.


More mingling around. I couldn’t put away the blue boa. I thought I looked fab.


Tak fab ke nyahhh?! *suara garau halkum turun naik*

Highlight of the night, something that moved me so much, was when the girls had to *in a way* sell themselves as to why they deserved THE Gadis Konfiden KOTEX® Fresh award. Most of the girls talked about what they have learned in the camp from the facilitators and sharing sessions among the girls … For some pulak, they mentioned yang sekarang they are more confident as compared to masa mula-mula berkumpul kat KOTEX® ofis di Kelana Jaya. WOW, how I wish I’m one of the finalist!



I was so proud of these girls. I could really relate to each and everyone of them. These two adalah antara dua yang paling pemalu pendiam (according to Nad), dan malam itu mereka boleh buat public speaking. Dengan microphone. Yes you can imagine me in the crowd; cheered them on like crazy! Setiap gadis tiba-tiba sedar yang mereka ada sesuatu dalam diri mereka yang patut ditonjolkan. Satu keunikan pada mereka yang mereka patut yakin dengannya. KOTEX®Bootcamp berjaya ketengahkan itu dalam setiap diri gadis finalis ini.


You might not know this, but that night, these girls inspired me.  I susah sangat nak gambarkan apa yang I rasa bila berada dalam kalangan mereka. Waktu my dad picked me up from the airport and asked me how did it go… Lama I diam dan piker. I told him I am so glad I took the time to join the event.  I’ve been so caught up with work, I takde masa to get really inspired sampai macam ini. It was a breath of fresh air… they proved that positive changes are possible when you’re determined. And its kinda viral effect to you kalau we have these kind of friends surrounding us every time. Kalau dulu, when I was still studying, I masih berada dalam kalangan mereka yang sedang mold themselves. Semua orang masih absorbing and improving. I really miss that, and thank you KOTEX® for inviting me over. Lepas rinduku and good to remind myself, let’s become a better person, even di alam dewasa di mana environment berkejar-kejar mendapatkan ilmu dan perbaiki (or mencari) jati diri itu telah berkurangan. Berkejaran mencari uang saja yang mendominasi.

One thing I like about Kotex® ni, dia bukan macam brand yang lain. Indirectly kalau you betul-betul follow brand ni (selain dari rangkaian tuala wanita dan pantyliner yang tiada tandingannya), dia mengajar kita untuk feel more confidently feminine every single day of the month.


Curiiiiikkkk from my babe's www.chuckei.com 


With the ever so beautiful, Nad Zainal. Terima kasih pada flash kamera sebab sebenarnya waktu ini kulit masing-masing tengah hauk. Sorang baru balik dari pulau Manukan, sorang tengah breakouts stress buat drama berturut-turut.


Carian Gadis Konfiden KOTEX® Fresh, kamu semua sebenarnya adalah pemenang.

ATTENTION TO ALL YOUNG GIRLS OUT THERE, PLEASE I BEG YOU, KALAU ADA SIMILAR BOOTCAMP LIKE THIS ORGANIZE BY KOTEX®, DO TAKE PART. IT’LL CHANGE YOUR LIFE. AND IT IS ONCE IN A LIFETIME EXPERIENCE THAT YOU WILL CHERISH FOREVER.

And to KOTEX®!, don’t stop doing this.







Why me?!

Itulah soalan yang berulang-ulang I tanyakan pada my bestfriend Melle. Mama dapat call dari Astro Primadona (rancangan yang ada 4 pengacara vogue itu) dan producer nak feature me as guest celebrity. I was seriously terkesima dan risau. Pastu anxious setiap malam sebelum tidur like why me why me why me? Kenapa nak jemput I, I dah pernah tengok cerita itu, memang best semua kongsi kisah hidup, bila wanita berbicara, kita-kita mengambil iktibar. Masalahnya sekarang, I tak cukup pengalaman hidup untuk duduk diajukan soalan oleh Erra, oleh Rozita, Ziela dan Azura!!! I yang patut ajukan soalan pada mereka! Apeni *nangis*

Usually bila I ada berita tergempar yang buat I anxious, mesti I call Melle mengharapkan dia bitchslap me and kata enough, just face it and embrace it! Tapi kali ini lain... SEBAB DIA PUN PUZZLED AND ANXIOUS SEKALI! Tak membantu betul, dia siap tambah "Yeah you're right, you should be intimidated" hahahahahahahahaha *bitchslap Melle*. Takpe, kita setelkan wardrobe. Melle kata walaupun kita tak hebat, tapi kalau wardrobe kita hebat, kita boleh terperasan hebat. Dia takdelah cakap skema camtu, I ubah ayat dia ikut kesesuaian jiwa I.

Jadi kami pergi shopping.

Belilah satu set dari Zara, dari H&M amboi betul-betul siapkan diri bagai. Teruja campur takut campur  idea-idea seperti nak buat-buat demam, nak ambil job pada tarikh itu, nak cari hal lain supaya tak perlu jadi guest. I betul-betul tak rasa layak, that's why jadi cenggini. Tapi bila dah sediakan apa nak pakai, jadi lega sedikiiit. Sedikit sangat. Lega yang sebezar zarah.

Kami beli baju putih, sebab Melle nak padankan dengan seluar bercorak. She was all "Let's do patterend pants! Patterned pants is good!". Agaknya nanti I tergagap depan diva-diva cantik pastu tatau nak cakap apa, people can look at all the corak on my pants LOLJK omg what is this anxiety attack mummy help meee I am crapping. Kemudian baju putih polos kami padankan dengan rantai Zara yang sangat tantekkkk, warna biru oren ada dangling gems and stones! 

Hari yang dinantikan tiba, si nervous Hanis berapa kali eh pergi toilet? Lupa nak kira. Make up pun sendiri, buat rambut pun sendiri dari rumah (sebab lebih selesa). Bila berdepan dengan diva-diva, OMG MENYESAL TAK PAKAI BULU MATA PALSU. Takpe-takpe... seluar corak.. seluar corak... *cuba tenangkan diri*. Nasib baik diorang gandingkan dengan my babe, Sazzy Falak! Happy sangat, sebab kitorang dua kalau jumpa memang celoteh banyak. At least, takdelah I rasa awkward sangat sobs sobs.

Kami dah nak masuk set in 3, 2, 1 dan Erra announced "Kita jemput, dua orang yang sangat pandai berfesyen, Hanis Zalikha dan Sazzy Falak!" *tepukan penonton di studio* *terketel-ketel kami masuk set* *duduk dan berbicara*

Tiba-tiba... secara tiba-tiba... DIORANG CUT, PASTU SURUH BUKAK RANTAI GEMERLAPAN BIRU OREN KU sebab ia mengganggu audio mic di dada. Wha.... dahlah nervous, janganlah camni T_T Kak Ita (Rozita) pun perlilah kata "Apa you all nih, set canggih-canggih, audio mic pun takleh nak support", pastu Kak Erra kata "Takpe Hanis, kedepankan rambut supaya nampak okay sikit". Semua macam nak bagi moral support kat budak seluar corak nih. Dan kami terpaksa shoot balik entrance intro Sazzy and me tadi.

Buat kali kedua Erra announced "Kita jemput dua orang yang sangat pandai berfesyen, Hanis Zalikha dan Sazzy Falak!" *tepukan penonton di studio* *Hanis masuk set pakai baju tidur*. Hahahahaha seriously, baju putih dengan seluar corak, tanpa sebarang aksesori, sumpah baju tidur. Lawak gila hahaha. And we did the session, it was a good session alhamdulillah.


Dengan scriptwriter. Waktu masih berantai biru oren.



Saying goodbye to my rantai.



Budak seluar corak dan 5 divas.


Lepas dah habis our segment, I pun happy, sebab 4 pengacara itu sangat peramah dan baik. Diorang warm sangat walaupun tak kenal diri ini. I felt good and glad I did it. Terus I berlari ke mama nak ambil my handbag with her.


"Mama, camne Hanis okay tak?"

"Gemuk Hanis kat screen"

"K"



I think this episode is airing tonight? I don't know? I don't wanna watch myselffffff T_T
*kudos to the team for a successful show in empowering women*


Tuesday, 11 December 2012

Episode 1 and 2 are out guys!!!

The Petronas Switch for Xtra Road Challenge telah pun keluar kedua-dua episode. Tengoklah betapa kami berusaha kuatkan semangat dan tebalkan muka untuk complete the challenge. Phewwwww!

Untuk episode pertama kena jual 20 patung Boboiboy dalam satu jam. Pergh, satu jam. Jaranglah orang pergi petrol pam nak beli mainan kannnnnnnnnn. Selalu nak isi minyak, beli rokok, suratkhabar and karipap jer kan. Sobs. Pastu sebab tak famous, takdelah celebrity charm macam si Faizal FBI yang dapat jual 40 biji dalam 1jam. Pergh lebih-lebih. Tonton dan sokong usaha kami dengan share & like the video, sokongan anda didahului dengan terima kasih. Tonton setiap hari pun boleh sebab lebih banyak tontonan, lebih dekat kepada kemenangan. Plishhhh and techu.



Kemudian kami traveled ke Ipoh untuk epsiode dua....... untuk cabaran yang lebih payah *buat2 pitam, ambil MC*. Ingatkan nak kena cari 30 orang untuk sign up Mesra Card dah cukup susah dah (Ipoh Parade tak ramai orang woh), rupanya yang challenging kao kao dia save untuk cabaran terakhir; kena cari 20 orang awam untuk nyanyi lagu Pump It Primax Style (dahlah lagu ini belum famous, takde siapa tahu beat, nak kena ajar lirik dan beat dulu), pastu orang-orang ini semua kena masuk videoklip yang kami buat. Tak ramai yang daring nak bantu kami. Tonton untuk tengok kami buat kerja gila, dan whether orang Ipoh cukup sporting ke tidak....


Also thank you to my secret supporter tuuuuuu ;')



Buat anak-anak Malaysia, sudah like Facebook Page Petronas ke belum. Like this Malaysian pride, here  Facebook Petronasbrands

Friday, 7 December 2012

Microsoft Windows 8?


Fuh fuh fuh… banyak dengar negatif dari yang positif oleh pencuba Windows 8. Tapi ada yang review lebih-lebih exaggerates ketidakpuashatian. Poyo sangat. Meh sini I cuba. Betul ke tak best kalau tak guna ultrabook atau laptop bertouchscreen. Pastu betul ke susah nak adapt atau sekadar tuduhan melulu semata-mata walhal sendiri belum cuba kenz.

Installed Windows 8 in my Toshiba cabuk. Doakan yang terbaik.

Loading.. loading..



INTERFACE DIA TANTEKNYEWWW. Hahaha komen yang pertama dari saya, obvious betul superficialnya. Selain cantik, cara nak navigate ke sana ke mari pun boleh tahan cool. Walau hanya menggunakan mouse, function lebih kurang saja kalau kita guna jari. Gerakkan pointer ke penjuru kanan untuk keluarkan menu bar, ke penjuru kiri untuk buka kembali window, ke penjuru bawah untuk start up menu. Huarghhhh. Sebab baru nak up dengan Windows 8, rasa macam nak duduk guna laptop ni dekat tempat orang ramai lalu-lalang hewhewhew.

Semua apps dan program pun dah terpapar di screen, and is customizable! Satu click je I check email. Satu click lagi I main pinball. 


Pictures I pun tiba-tiba nampak happening. Love the big tiles, I can now see my own face on a thumbnail!

Also…


Boleh install apps! Walaupun belum banyak lagi, tapi quite a number of interesting ones juga :’) Okay tipu jer, sebenarnya banyak dah apps, tapi yang free cuma few pages hahaha.

Tiba-tiba ada calendar yang sync dengan my phone? Hurrah.

Pengguna Windows, masa untuk upgrade ke Windows 8 dan tambahkan street cred anda. Kalau anda cuak, jangan risau, ada button untuk kembali ke desktop lama (dan makcik inilah yang selalu mengunakan button itu *peace* hehehe masih biasakan diri, perlahan-lahan jangan culture shock).

Mungkin, gambarku didn’t do justicelah kan, tapi yang sebenarnya memang smart habis, tapi sebab belum reti screencapture maka… LOL. Cubalah hari ini.

Afterall, the ongoing promo for Windows 8 is super worth it!


Hanya RM49.92 kalau upgrading online jika beli PCbaru. Or else it’s RM122 untuk existing Windows users macam I! Dari RM885, it’s quite an awesome offer if you ask me. Promo ends 31st January 2013.

Kesimpulan yang I boleh buat, ianya simple, senang, sangat customizable to suit your own preference, dan sedap mata memandang. Kalau cuba mesti suka.


For more info, click here.