Sunday, 22 August 2010

Rambut Palsu Berpesen-pesen.

Got to try em wigs for a future photoshoot y'all. Bertempatkan di jalan kegemaran, Jalan Telawi Bangsar, saya berpeluang melihat potensi-potensi fesyen rambut akan datang terhadap kepala besarku.




Dulu hanya sebuah laman sesawang, kini merupakan sebuah butik yang mampu dikunjungi semua pihak. MEMANG KENA KUNJUNG KALAU NAK BELI RAMBUT PALSU SEBAB KALAU BELI ONLINE SIAPA NAK AJAR KAU PAKAI. Tapi kalau dah reti pakai sendiri, baguih naaa, bolehlah beli online takyah keluar rumah. Moh www.headcoverzshop.com , moh.





Bila minta tips rambut I bagi. Pastu minta lagi, I bagi. Minta lagi, I bagi. SEKARANG KALAU TAKLEH JADI SAMA GAK, PERGI KEDAI NI MINTAK RAMBUT PALSU YANG I PAKAI TU HA. Dah duk diam-diam. Kau cuba sampaikan yang rambut kau macam rambut palsu atas tu ke weh *jeling*.





Tuan kedai kata orang Melayu suka beli fesyen ini. Memang dah boleh berlakon drama Melayu dengan Aaron Aziz dah bila pakai. Terima kasih untuk peluang ini :')



Selalu suka luruskan rambut bila pergi events, kini tak perlu merosakkan rambut lagi pabila wujudnya rambut palsu lurus! Tak sampai 5minit, sudah siap berdandan!



Bila beli-belah di sini, dia bagi try rerambutan kemudian dia ajar kita pakai! Oh kalau nak beli rambut palsu kena cuba semua sampai jumpa yang sesuai. Macam I alami, yang cantik di kepala patung tidak semestinya cantik di kepala sendiri. Sebab kepala patung kecil. Kepala I.. Demok.




Beza betul kualiti kamera tuan kedai dan kamera sendiri. Kamera tuan kedai memuluskan kulit. Terima kasih untuk peluang ini :')





Boleh juga lihat rupa anda lebih matang atau secara kasarnya, tua, pabila mengenakan warna rambut berbeza!





Hello earthlings.




Juga terdapat dalam warna hitam!





Ayu tak bila rambut hitam legam? CAKAP AYU CEPAT.




Jangan risau, keayuan boleh hilang dalam sekelip mata sejurus mengenakan rambut merah oren. Ganaih, meow grrr.




Bila dipinta untuk pilih mana-mana yang I suka untuk dibawa pulang mestilah pilih yang ayu ayuuu hewewww *kelip mata banyak kali*



Meow grrrr. Eh salah bunyik.

Sebelum ditanya, ia adalah sintetik, harga bawah RM200.

Monday, 16 August 2010

Jantung tercabut dari badan apabila memotong di selekoh

Mari baca mari lihat, Pertandingan Mufors Road Reels. Apakah itu? Lebih penting lagi, apakah hadiahnya?


MUFORS ROAD REELS adalah pertandingan filem pendek bertemakan ‘Attitude on Roads: A Malaysian Journey’. Macam bestkan? Kalau pandai buat video/filem pendek, sila join, saya pun teringin tengok karya anda. Terbuka kepada semua pelajar Kolej dan Universitas, untuk mengshowcase perihal keselamatan jalan raya dan perangai pemandu-pemandu tempatan melalui kaca mata seorang anak Malaysia, walaupun anda tak pakai kaca mata. Oh! Hadiah timeeee:



----------Selesai perenggan pengenalan---------






Sebab ia pertandingan short film tentang road safety jadi saya nak cakap tentang road safety. DENGAR BAIK-BAIK. Walaupun belum boleh drive, ehem, tapi saya learned about road safety the hard way bila ratusan kucingku terkorban akibat kecuaian pemanduan kereta para pengguna jalan raya depan rumah. Dalam hal ini adakah kucing itu salah kerana tidak memandang kiri kanan dan menggunakan lintasan kuda belang untuk melintas ATAU pemandu itu yang salah kerana memandu laju di kawasan perumahan?? JAWAB SEKARANG. DAN ADAKAH KUCING HITAM SALAH KERANA DILAHIRKAN SAMA DENGAN WARNA JALAN RAYA MAKA CAMOUFLAGE LALU DILENYEK??! T_T Cukup.



Bertambah peka akan kepentingan road safety apabila pulang ke Kuala Lumpur, dari Johor, bersama anak muda yang bagai memandu Mazda di jalan kampung. Paham tak jalan kampung paham tak? Rupa selekoh-selekoh dia macam ni. Exhibit A.






Jalan kampung.



Usus perut.




Jalan kampung.




Usus perut.






Kucing camouflage.


NAMPAK TAK BENTUK PERSAMAAN JALAN KAMPUNG DENGAN USUS PERUT?! Betapa gila benar selekoh-selekoh itu semua.



NAK LEBIH SERAM? Apabila memotong di selekoh tajam dan nampak..




DI HADAPAN KERETA ANDA ADA LORI MERAH BESAR GABAK DENGAN NOMBOR PLET WAKLU. Okay gambar ni patutnya seram tapi kenapa bila tengok teringat Mickey Mouse -_-



Maka akan dipastikan diri ini memakai tali pinggang keselamatan apabila menaiki kereta dengan pemanduan lelaki berdarah muda berjiwa kental berurat dawai bergigi besi. Tapi baru hari itu kami pulang dan nampak seorang abang membawa teman wanita tunggang superbike laju tak hengat. Pergh itu Shah Alam -- Segamat , 30 minit. Teringin pula T_T



Heppp, road safety! Road safety! Ada bakat? Ada berani? Submit karya kreatif anda tentang keselamatan kucing camouflage atau bahaya lori Mickey Mouse di www.mufors.org.my . Tarikh tutup, 30 Oktober 2010, sila cepat.

Wednesday, 11 August 2010

Selamat berpuasa dan pengumuman lain.

Kepada semua kesayangan kitew, Selamat Mengumpul Pahala. Jangan nakal-nakal. Bak kata Kekna my sister, ASALKAN KAU MUSLIM KAU KENA PUASA JUGAK.. TAK KIRA!!!

Sahur paling mantap ialah ayam goreng. Dah uji dah teori ini selama seminggu mengganti puasa tempoh hari. Seketul ayam goreng boleh bertenaga sepanjang hari. Walaupun Farain & Ain takkan mengakui teori ini sebab diorang kata tengok I puasa diorang terasa macam puasa sekali sebab bising mulut lapar lapar T_T Tak, puasa ganti memang macam tu. Kalau puasa fardhu yang betul-betul, molek sikit. Sebut kenyang kenyang je sambil makan angin. Bapa-bapa kalau pergi tarawikh jangan pergi seorang diri, bawalah anak isterimu sebab tarawikh memang sangat merapatkan siratulrahim. MOREH PALING AH. MOREH PALING MERAPATKAN SIRATULRAHIM. Oh rindunya, takpe kita nak baliklah hujung minggu ni!


Mama kata order kuih raya masih buka (until further notice) sebab ramai orang tak sempat datang melahap sample kuih raya kat rumah, pastu kata EH APA NI LAST YEAR TUTUP LAMBAT TENGOK SAYA TAK SEMPAT DATANG MANA ACHI. Calm down, sekarang boleh datang malam je kecuali tak puasa, call mama 012-3959779. Jangan gatal nak panggil dia mama jugak.

Tuesday, 10 August 2010

Hotels in Indonesia (Bandung & Jakarta)

During our stay in Indonesia, all hotels were sponsored by the Accor Group. YEAH BABY!

Seronok seronok! Ingatkan dapat satu bilik duduk dua orang, tapi pemurah sangat Accor ha hambik kau sorang sebijik bilik besar tidurlah kau sorang-sorang T_T




NOVOTEL BANDUNG HOTEL

Is that for me???! *letak semua buah-buahan dalam handbag*



WEH KENA TIDUR SEORANG DIRI NANTI BANTAL LAGI SATU ADA SIAPA KAT SEBELAH?! Hahaha cuak lebih, buka Disney Channel kuat-kuat sampai pagi. Thanks Joe sebab tukar bilik dengan I, supaya I sama level dengan Niki, supaya nanti ada makhluk kat bantal sebelah boleh lari terus pergi bilik Niki takyah naik-naik lif sebab sama tingkat,kalau kena naik lif kang kat lif ada kawan makhluk tadi pulak mana kita nak tauuuu. Asal imaginasi kuat sangat T_T




SELAMAT PAGI! Pemandangan dari tingkap bilik. Tidur terbongkang tak sedar apa, bantal empuk sangat. Ingatkan bakal terjaga banyak kali untuk check bantal sebelah, rupanya tak langsung :') Terima kasih tilam dan bantal selesa! Niki mesti bersyukur takde perempuan pakai baju tidur ketuk-ketuk pintu bilik dia tercungap-cungap malam tadi -_-



Jelaskan muka saya cukup tidur? Hehe. Waddup.




Breakfast time is prime time.




Kemudian kami pun bertolak untuk ke Jakarta! Ke mana kami?

Eh eh tertangkap dengan receptionist pulak XD



Okay gambar ni takde receptionist.



Dua gambar di atas tadi merupakan MERCURE REKSO HOTEL JAKARTA. Hotel pertama kami di Jakarta jeng jeng jeng.

Saya nak tengok hotel, bukan muka awak. Oh. Kejap, jeng jeng jeng.



Tadaaaaa! Hotel penuh maka kami di upgrade pergi Executive Suite.



APEHAL KATIL LAGI BESAR DARI SEMALAM?! Makkkkkk.




Tapi cantikkan hotel ini?




Tengok budak-budak chomel tengah kacau Niki buat kerja. Malam kedua di Indonesia, nonton The Nanny sambil makan Maggi dan bergebang sampai pagi. Bila dah ngantuk gila baru pulang ke bilik masing-masing, dan Joe suruh mandi dulu sebab dia kata kalau takut nak duduk bilik hotel, tackle bilik air dia. Nak taknak, mandilah jugak pukul berapa pagi *obedient child*. IT WORKS! CAN SLEEP WELL!




Bangun pagi pergi sarapan mata tak boleh buka -____-



Hotel terakhir untuk malam terakhir, MERCURE ANCHOL.

Luar tingkap bilik.




I don't feel the need to describe the size of the bed T_T

Wednesday, 4 August 2010

CANTIK DAN SEDAP SIAPA TAKNAK OH














Ya itu dia, sila pergi belog emak kita untuk keterangan lanjut. Tahun ini saya punya kegemaran ialah Vanilla Kisses & Milky Oats Bar & of course tahun lepas punya kegemaran yang semua pencinta makanan nak borong ke apa tah, Chocolate Crumpy. Sebarang pertanyaan, tanya emak kita tauuuu (012-3959779). Bye nak buat kerja sekolah.