Friday, 29 October 2010

UNIQLO Nak Tanggung Anda Ke Tokyo. Boleh?

AKHIRNYA, UNIQLO BAKAL DIBUKA DI MALAYSIA! DI MANA? DI SINI! SEMPOIII. Haha okay tak mainkan perasaan lagi dah. Di Fahrenheit 88, Bukit Bintang sebenarnya. Ala yang menggantikan KL Plaza tuh.





Brand dari Jepang yang membawa pakaian-pakaian unik (kasut pun ada) yang boleh disarungkan semua lapisan masyarakat hip dan happening, akhirnya membuka cawangan pertamanya negara kita. Sebab belum lagi rasmikan store dia ni, jadi sempatlah I gembar-gemburkan, 500 MANUSIA PERTAMA YANG BERATUR NAK MASUK KEDAI MASA PERASMIAN BERPELUANG BERCUTI KE TOKYO BERSAMA YANG TERSAYANG (EMAK, ADIK, SUAMI, CIKGU, SILA PILIH SATU SAHAJA). Jadi bilakah perlunya anda beratur menunggu peluang ini? Pada 4 November 2010 pukul 11 pagi dekat kedainya di Fahrenheit 88. Maka siapa yang teringin pergi Tokyo setelah sekian lama, saya persembahkan, pertandingan beratur dan mungkin menang! Kehkehkeh.



1000 manusia lain yang datang kedai pada hari gilang-gemilang pula dapat beg dalam gambar di atas. Beg je dapat, yang lain kena beli. Tapi takpe sebab untuk hari itu kebanyakkan barangan dimurahkan sebab saja nak murah hati masa perasmian. Contoh barangan eksklusif dimurahkan adalah:


1) Koleksi baju-T grafik UNIQLO, UT hanya RM29.90 sehelai (harga biasa - RM59.90)




2) Koleksi jeans bermutu tinggi UNIQLO, UJ hanya RM49.90 sepasang (harga biasa - RM99.90)




3) Jaket bulu biri-biri (Fleece) hanya RM49.90 sehelai (harga biasa - RM79.90)



Yang teringin juga tapi tak dapat nak mai Kolumpor, pergilah Facebook Page dia dan sertai semua pertandingan, semua games, sebab hadiah pun menarik! Lebih kurang sama juga dengan hari perasmian punya hadiah (vouchers, mystery gifts, etc). Facebook Page di sini. Go-UNIQLO main dan menang macam-macam.



Oh! Oh! Oh pakej pelancongan itu ada 5 pasang tauuuuuuu. Pakej percutian ke Tokyo yang ditanggung sepenuhnya tauuuuuuuu. Tempted tak tempted tak? LOL kalau tempted let’s go.


Okay ini link Uniqlo Malaysia, Go-UNIQLO.

Relatable Occurrences


Hahahahaha I baru send out these tweets semalam ramai yang boleh relate dengan ini. Ada yang reply kembang kempis bila kawan cakap bapa muka macam Halim Othman, muka macam Hishamuddin, etc hahahaha. Semua bangga kan masa kecil-kecil kat sekolah bila ibu bapa datang. As for me, setiap kali lepas call Daddy suruh datang/ambil, mesti doa kepada Tuhan, harap-harap Daddy pakai baju kerja and bukan baju rumah. LOL!




Bila pikir balik, sebenarnya banyak perihal orang sekeliling yang sangat orang ramai boleh relate to. These are some of mine, relatable occurrences:



1. Pergi shopping jalan dengan emak dan jurujual tanya ini emak ke kakak? Hek eleh agak2 sket, kalau betul kau rasa tu kakak kau takdenya nak tanya. Tak pernah aku jalan dengan Kekna, ada nak tanya ini emak ke kakak? Okay memang takkan tanya sebab I nampak lagi tua dari Kekna, but that's not the point! Hahahahaha. Point is, KAU TAKYAH LAH POYO NAK LAKU KAN BARANG SAMPAI CAMTU. CAKAP MAK I NAMPAK MUDA JE DIA DAH KONFIRM BELI DAH. KAH KAH KAH.



2. Lecturer yang suka bercerita. Itu takpe lagi. Tapi ada hari yang dia akan cerita benda yang sama dia pernah cerita macam kita belum pernah dengar je cerita dia tuh. Adeh, semua pelajar stok pandang sesama sendiri nak hint suruh cakap weh dia dah ceritalah yang ni gi ah bagitau dia, taknak ah kau lah bagitau dia yang dia dah citer mende nih, ah asal aku, kau ah kau kan selalu macam rapat ngan dia, weh memang tak, kau ahh pergi oh okay dia dah habis cerita. Fuh cepat fake our expressions macam baru first time dengar cerita dia, waaaaaaaaaaaaaaah XD Hahahahahahaha. Kalau lecturer suka bercerita, kami sebenarnya appreciate kalau setiap kali nak mulakan cerita, sila cakap "Saya pernah cerita tak pasal.." untuk tidak menyusahkan kami cucuk-cucuk satu sama lain suruh beranikan diri bagitau.




3. Melayan orang tua. Orang tua semua suka mengomel, untuk jadi orang muda cemerlang terpaksalah layan dan cuba sebaik mungkin nak ikhlaskan hati melayan. Tapi kadang-kadang dia baru je cerita saya dah space out. Awememetuhabedumbedum *mumbling tua*. Apa benda dia cakap ni? Takpelah reply jelah: Oh ahh yer *angguk2*. Lepas beberapa ketika baru betul-betul masuk dalam otak apa yang dia cerita. Sabar jelah. Kalau dua tiga je orang tua macam tuh dalam hidup takpe, ini semua orang tua jumpa kat hospital, pejabat pos, bangunan KWSP semua sama. Tapi kalau taknak layan, nanti terpiker kang aku tua aku cakap orang tak layan kang sedih gila. So teruskan ohhh ahh yerr *angguk2*. Murni betul perangai.




4. Dapat pasangan yang kawan tak suka, lepas dah break baru diorang "Ha tulahhh aku dah lama nak cakap dengan kau yang kau sebenarnya deserve lagi baik, dia tuh memang ah.. aku tengok macam tak boleh pakai/ kedekut/ tak handsome/ tak lawak langsung/ tak reti jaga kau /tak matang /kuat jeles susah kita nak keluar etc". Asal kau baru nak cakap sekarang?! Habis tuh kalau aku tak break, kau nak biar jelah aku tunang kahwin dengan orang macam tuh?! Teruk.. teruk.. *geleng kepala*. Tapi sebenarnya kalau cinta, kau cakaplah apa, cinta jugak kah kah kah buta mata rabak T_T




5. Jumpa kawan kepada emak/ makcik yang suka kita pastu nak jodohkan dengan anak lelaki dia. Setiap kali jumpa jadi malu-malu padahal tak suka pun anak dia. Masa belum pernah nampak mungkin suka. LOLOLOLOLOL.




6. Kalau nampak polis tepi jalan tiba-tiba weh mana kad matrik aku eh apa bodoh.




7. Kalau nampak polis tepi jalan, manusia paling skema tak ada satu kesalahan pun akan rasa cuak. Yang duduk sebelah takde lesen *ehem* ini pun cuak. Apa ni, pakai guna-guna ke apa semua polis ni? Paling tak boleh belah, kadang-kadang bukan polis pun, mamat mana tah naik motor pakai jacket kuning neon tuh. Tak pun JKR tengah angkat kon. Penat je jantung berhenti berdentum. Rasa tertipu siut T_T




8. Pergi klinik, dapat doktor miang.




9. Jumpa orang Nepal, nak berkomunikasi dengan dia, kita pun berpenat-lelah hempas pulas cakap bahasa baku yang Anwar Ibrahim suruh guna, pastu dia buat muka blur, kita pun blur, OH DIA RETI ENGLISH RUPANYA, OKAY OKAY.. *start speaking speakang*.



Dah tak boleh pikir lagi sebab lapar. Kalau ada yang korang rasa boleh tambah, saya mahu baca!

Thursday, 28 October 2010

Change

Ada rasa suci baru lepas bertayammum tak bila tiba-tiba masuk belog kita, putih melepak semacam. Kalau owner dia putih melepak mesti korang lagi suka sebenarnya dasar memandang rupa punya manusia.


Letak emosi ke tepi, akhirnya, akhirnya, akhirnyaaa.. Tukar juga layout belog ini supaya tak kelihatan tercicir dan harus dikutip oleh rakan-rakan yang jauh dekat simpang depan sana yang buat muka posh padahal cuma sebab layout belog diorang lagi gempak bergabung meletupz.


Awalnya biasalah, manusia mana suka perubahan. Kalau suruh berubah susah betul. Kalau dah biasa satu sistem, tiba-tiba kena ubah sistem tuh melenting terus meleret lentingan kat belog masing-masing. Kotak cadangan taknak isi. Komplen nak banyak.


Tapi ada jugalah perubahan yang manusia suka sebenarnya. Kalau miskin jadi kaya. Kalau bodoh jadi pandai sebab makan ikan share dengan kucing peliharaan. Kalau lendut pakai botox. Macam belog ini, taktau lah perubahan facelift yang manusia suka ke tak. Ke macam botox gone wrong batang hidung gajah, who knows, taste orang lain-lain.


Sebab tuh liaaaat sangat nak godek feature Template by Blogger. Sebab tak suka kalau orang yang singgah sini selalu rasa lain, giving different vibes and feel. Feel tuh yang penting. Feel tuh feeel *angkat-angkat bahu sambil tangan buat macam nak suap nasi yang selalu orang kena interview Buletin Utama buat*


DAN SEBAB MANUSIA TAK SUKA PERUBAHAN JUGALAH, DESIGN PALING SIMPLE PALING BORING PALING DEKAT DENGAN DESIGN LAMA YANG I PILIH. Ke sebab takde taste, and secretly boring as a person? Could be.

Indonesia

Jakarta, Indonesia mid 2010.



Sepatutnya sudah lama entri ini ditulis. Tetapi semakin di lengah-lengah, akhirnya berada file paling belakang dalam rak memori otak. Sebelah file memori keluar bilik air tadika, skirt terselit dekat underwear. Sadis. Tapi itupun hanyalah sebab baru-baru ini teringat dekat Indonesia kembali apabila sekali lagi, eh tak boleh guna sekali, apabila dua kali lagi, ia ditimpa bencana. Adakah ini masalah geografi atau demografi sebenarnya? Tapi takpe, Malaysia seperti biasa akan hulurkan bantuan sebab kitorang selain pelupa, memang suka tolong-menolong dan gigih berdamai.


Jadi sebab orang Malaysia baik juga, mereka pun suka pergi ke Indonesia untuk jana ekonomi handbag di sana. Untuk ke sana, Garuda Airline menjadi pilihan apabila dapat berangkat dari KLIA walaupun tambang murah. Takmo ler LCCT. Takmo takmo.


Susulan daripada bebelan di atas, marilah menggodek gambar sewaktu saya di sana tempoh bulan.



Pengganas. Yang tak ganas yang tengah tunjuk cockpit. Tunjuk siapa tuuu..





Kami jumpa orang kuat Garuda dan bersembang di coffee house dan air-air ini sedap gilo. End.




Seterusnya mahu explore training centre please. Nak tengok steward. Dess. Stewardess. Nak tengok stewardess dia belajarlah.





Tengah tengok cara jalan dan duduk pakai skirt. Pastu diorang sebok je "Hanis you go teach them now". Hahaha huru-hara kapal kang.




Emergency safety drill!





Dekat training centre ada masjid besar sebijik. Pastu hostel-hostel diorang cantik!





Terasa macam nak naik flight pergi Mekah tak :')





HA SEKARANG BARU NAK GEBANG PART YANG BEST. NAIK KAPAL TERBANG. BAWAK KAPAL TERBANG. HEMPASKAN KAPAL TERBANG.


Sempat.





Ini kapal terbang diorang yang baru. Dah available dah kat Malaysia kalau tak silap. Eh. Asal cara cakap seolah-olah orang boleh beli kapal terbang macam beli Proton Inspira ni? Maksud saya, available as in kapal terbang baru ni dah beroperasi untuk penerbangan pergi balik Malaysia.








Tadi Business Class. Ini Economy Class. Economy Class pun asyikkkkkk.







Lepas tuh masa yang tunggu-tunggu telah tiba, dapat main flight simulator! Diorang asyik bahan I sebab I typo dekat tweet, more or less the tweet sounded like this "Sleepy, hope I don't sleep during the flight stimulator". Sekor-sekor terbaca terus bantai STIMULATOR? STIMULATOR?? DURING STIMULATION CAN SLEEP MEHH? HAHAHAHAHAHA VAVI.







Kelakar?! Kelakar?!






Anyway it was fun! Tengok muka pun tahu. Beronok-ronok kami dalam mock-up cockpit, flight SIMULATOR. Whatever I can totally spell now *flips hair*. Serious, saya teruja habis, semua butang nak tekan. Tengok kamera Joe, kamera Isabelle, ada je gambar tengah godek butang. Hahahahaha.




Pilot pakai high heels tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.




Okay dah dah Hanis dah.


The next day kena balik dahhh :( I forgot what time our flight was tapi lewat petang. Jadi kami dah bersedia untuk peluk cium tanah air sendiri tiba-tiba flight delayed. Pergh menguji kesabaran. Dari duduk dekat Starbucks, terus pergi menuju...

Masalah benua manalah yang kita tengah bincang sampai muka serious macam tuh. I miss you Joe!



Okay dah boleh belah sekarang.




Belah ke sini!






Selesa lagi bergaya. Delay lama-lama lagi pun takpe.



Itu yang penting sebenarnya.



Sepanjang tunggu flight, makaaaan jelah. Sebab kan ada buffet heh heh heh hidung kembang. Lepas kenyang habis buntu dah. Melantak dah, online dah, tengok tv dah, coffee or tea dah..

Stranded in a posh place.




CHEWBACCA.





Macam tulah cerita dia.


Tuesday, 26 October 2010

Antara Ucapan Hari Jadi Yang Akan Ingat Sampai Lanjut Usia

Dapat video susulan dari video ekslusif bertajuk Ini Vidiyo Saya. Ya saya tahu semua sayang vidiyo tersebut, haha. Memang berbakat! Aziz Hazmi kalau ada makwe nanti atau sesiapa yang jadi makwe dia sekarang mesti terasa kemanisannya. Pelakon yang sangat baik dan ada jiwa! Dan saya suka bagaimana dokumentari ini diatur. COMEL DAN LAWAK SANGAT! Terharu dapat ucapan dari strangers tak kenal kita LOL.





Thank you so much, you guys.

*****

I placed a really sweet email by a really sweet guy here. If you didn't manage to read it, teehee sorry :P Siapa sempat tahniah, precious sangat.

Sunday, 24 October 2010

Allah Yang Maha Pemalu

Seperti biasa, saya terpaksa terangkan benda yang saya tulis sebab pembaca saya manja dia buchuk buchuk taknak Google sendiri. Kehkehkeh, saja gurau. Takpe memang suka terangkan pun, sebab hobi memang membebel. Jadi terang benderang ni semua memang aktiviti di waktu senggang. Tengok, nak terangkan hobiku yang suka memberi penerangan ini pun dah berjela.


Saya pun tak tahu sejak bila picked up amalan menyebut Allah yang Maha Pemalu dalam doa. Tapi sejak dulu memang dah amalkan amalan ini sebab mungkin samada terbaca somewhere atau tersemat di hati pengajaran ustaz/ustazah di sekolah dalam kronologi peristiwa hidupku.


Allah yang Maha Pemalu sangat relevan dalam doa kerana jengjengjeng, excited tak nak tahu excited taaak? Pergi Google "Adab Doa Allah Maha Pemalu" sekarang. Eh takdelah acah je, memang I nak explain ni. Epp jangan pergi mana-mana baca sampai habis dulu.


Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Pemalu, Allah mendengar doa kita dan malu untuk tidak memakbulkannya. Ayat yang simple, kalau nak ayat lebih cantik, blog dakwah ada, serious ayat cantik dan banyak pilihan.



Ayat Hanis Zalikha: Allah malu tidak memakbulkannya.

Ayat dari sini : Allah malu bila ada hambaNya yang menengadahkan tangan (memohon kepada-Nya) lalu dibiarkannya kosong dan kecewa. (HR. Al Hakim)

Ayat dari sini pula: "Allah itu Maha Pemalu lagi Maha Mulia, dan merasa malu menolak, ketika seseorang mengangkat tangannya ke langit dan mengembalikannya dalam keadaan kosong dan kecewa" (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Tirmidzi)


Semua indah unlike my bahasa *feels bad*. Okay that is all.



Saturday, 23 October 2010

Exams & Fish Diet

Hikhik baru belajar nak buka satu tweet jadi besar sebegini dan screen capture.


Saya selalu rasa kita perlu study untuk kehidupan selepas Universiti, jadi lebih baik kita belajar betul-betul sekarang dan gunakan apa yang kita dah belajar nanti. Kalau kita belajar hanya untuk exam dan bila keluar dewan exam ilmu pun keluar dari otak macam beramai-ramai diangkat ke langit, nanti bila nak kerja, nak gunakan ilmu tuh balik, kena cari textbook semula? Taknak. Baik belajar betul-betul untuk kegunaan masa depan. Bukan semata-mata exams.



Kadang-kadang ada orang score exams bukan sebab dia genius pun, tapi sebab dia terel hafal sebijik-sebijik ayat buku text. Kadang-kadang ada orang fail exams bukan sebab dia bodoh pun, tapi sebab dia lalai dengan potensi sendiri (yang mungkin lebih besar dari penghafal tadi). Jadi result exam sebenarnya bukan ukuran betapa besar gaji awak nanti, ia lebih kepada opportunity-creator. Awak nak peluang lebih besar nanti, jaga result exam awak. Namun kalau result exam teruk, tak semestinya anda bodoh (anda mungkin lebih ke arah praktikal) dan rezeki ada di mana-mana sebenarnya.



Saya kemukakan bahawa result exam adalah opportunity-creator sebagai pembuka kata adalah kerana saya nak tolong sikit sebanyak kalau awak jenis yang menjaga result exam. Saya nak cerita pasa diet ikan yang saya selalu cakap, sampai keluar Berita Harian pun nak membebel pasal diet ikan kah kah kah. Okay.



Saya cuma rasa ikan baik untuk otak apabila dengan pemakanan ikan kita terima omega. Sebenarnya saya sendiri tak tahu sejauh mana kebenaran makan ikan bagus untuk kuatkan memori, sebab malas nak kaji lebih lanjut tapi sebab selalu dengar teori ini, jadi marilah teruskan hidup dengannya sehingga timbul mana-mana makhluk yang dapat menyangkal kukuh.



Ada sebahagian diri saya juga berasa ia adalah sebenarnya psikologi otak di mana setelah makan ikan sahaja selama dua minggu, mulalah berfikir bawah YA OTAK KU TELAH KUAT MARI BACA DAN TERIMA ILMU DENGAN MUDAH. Bila pikir macam tuh maka jadilah macam tuh. Bak lagu jika kau pikirkan kau boleh deng deng deng, kau pasti boleh melakukan. Kiranya otak senang terpengaruh, jadi kita trick dia into thinking dia dah kuat sebab bersalut omega heh.



Diet ikan sebenarnya takdelah saya buat seminggu sebelum exam baru start. Selama satu semester belajar, memang banyak makan ikan. Purata dalam seminggu tujuh hari lunch, 5 hari mesti ikan. Bila dekat exam dan cuak sahaja yang memang tak sentuh ayam betul. Memang pandang pun taknak. Kalau dia goda-goda pun tepis godaan lah! Sebab? Sebab-sebab yang dinyatakan di peranggan terdahululah. Have you not been paying attention??



Tapi ada manusia yang benci benar ikan! Macam siapa tuh? Alaaaa dia tuhhh. Alaaaaa Hanis 4-5 tahun yang lalu tuhhh. Hehe. Jadi macam mana orang yang macam ini? Macam mana dia nak trick otak kata kau dah kuat aku dah salut kau dengan omega?



Cari laternatif lain. Tak semestinya makan ikan seekor setiap hari. Apa-apa yang based ikan, makanlah. Saya suka Laksa Penang, Laksa Kedah, seaweed, keropok ikan, keropok lekor, biskut bentuk ikan, sushi, Fish & Chips, satay ikan kepingan bulat-bulat dari Thailand tuh, Fillet O Fish, otak-otak. Okay sebenarnya saya suka semua makanan, tapi yeah.. itulah yang berasas ikan yang saya tekankan kalau boring dengan ikan lauk. Boleh cuba!



Laksaaaaaaaaaaaaaaa :P


Saya cakap benda ini semua sekadar berkongsi, saya pun tak tahu boleh score ke tak exam kali ini, cuak. Jadi saya doakan kejayaan kita semua. Yang penting tidur cukup bukan berlebihan. Makan sihat. Minta padaNya banyak-banyak tanpa putus.


"Ya Allah ya Tuhanku, kau bantulah aku dan kawan-kawanku menghadapi cabaran ini dengan baik. Kau kuatkanlah daya ingatan kami, tajamkanlah akal fikiran kami, lapangkanlah dada kami, terangkanlah hati kami, bimbinglah kami untuk fokus dan jauhilah kami dari kelalaian dan kemalasan. Kau bantulah kami menerima ilmu dan mempraktikkannya dengan cemerlang. Kau jadikanlah kami manusia yang berguna untuk keluarga kami dan masyarakat kami. Amin amin ya rabbal al amin, engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Pemalu"



SEDAR DIRI SEDAR DIRI SEKARANG. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA. HANIS KAU OFF LAPTOP SEKARANG! Oh yang sedar diri sedar diri tuh you were talking to me ke? Fine.

Wednesday, 20 October 2010

Blackberry Torch pretty please?

You know what I hate? Technology. When you’re already happy and comfortable with your purchase of Bold 2 or like the guys love to call like, Onyx, the Blackberry people decided to come out with Blackberry Torch 9800.

Do watch and tear your carpets.



It makes me crazy, really. The camera for Blackberry Torch is 5MP with continuous auto-focus and that fact alone is enough for me to consider buying my 3rd Blackberry T_T. You see, I love Blackberry. You can tell me rainbows and unicorns of their competitors, but I’d still pick Blackberry. It’s love I tell you, and you can’t really explain love now can you? Just like when you love a guy, and people would tell you you’re better off with someone else who is better in different ways, and no matter how lame ‘Love is blind’ to be your defense, ahh what the heck love is blind what do you know. If you just give Blackberry a chance… LOL AHAXZ!



With Blackberry Torch, you can go touchscreen or keypad. That’s right baby, the first smartphone that offers both!



To all the non-Blackberry users, specifically the ones still using the normal cellphone, come and join in the berrywagon! You will not regret it! Smartphones such as Blackberry allows you to check your email on the go and give immediate reply just like you would a text message. Go crazy with user-friendly Twitter and Facebook apps. As to why must I state ‘user-friendly’, simply because the interface makes it so easy to use and you will never abandon these two anymore LOL.



Okay I will not leave out praises for the BBM feature as it is a must for all Blackberry reviews by Blackberry users. Blackberry Messenger or BBM for short, is simply brilliant. Stay connected with fellow Blackberry users (and there are a lot of them in my circle!) all the time and as much as you want. Sharing photos and song files have never been easier, have never been faster :’) I BBM.



And to all Blackberry users, OMG how can you not get the Torch if you can really afford it?! It’s better than the ones already on the market, in so many ways, the camera, the interface, the design, the memory space phew phew.



If you’re a Nuffnanger, lucky lucky you, Celcom giving out 5 Blackberry Torch just click here for more.



Nice one Celcom! So do you plan on joining in the berrywagon? Check out Celcom Exec 50 Plan then! A postpaid plan that allows you to save more as you spend more with automatic discount to your bill every month.



Do you plan on getting the Blackberry Torch? Pre-register and be at the launch for offers unavailable elsewhere! Be the first 100 to pre-register and purchase Blackberry Torch along with the Celcom Postpaid Plan, they’ll give you a Jabra Bluetooth Headset worth RM125, 8GB Micro SD Card worth RM68, and an Energizer Portable worth RM58!




Only with Celcom.

I JUST HAVE TO HAVE TO HAVE TO

Share with you this video. It reminded me of my little brother Hafiiz when he was smaller! If you have smaller siblings that love to dance and good at it, I'm sure you can relate to what I'm feeling upon watching this! Sigh, should have put Hafiiz's dance on record. Do enjoy!

Monday, 18 October 2010

Must-have piece for every body-conscious girl

If you follow my Twitter, ah even just following this blog alone, by now you would know my disgusting eating habit. By ‘disgusting’ I don’t mean literally like eating monkey’s brain with a straw daym geli sial. It simply means I eat lunch and then I take my afternoon nap, wake up hungry and go out to find Nasi Ayam to keep me happy while eagerly waiting for dinner time to arrive. At this age, it would be ridiculous for me not to think about my figure just because I have high metabolism rate (the rate of a 17years old to be exact hewew). But how do I monitor my body stats?


Speaking speakang sebab lama tak write in English hahaha. Where was I? Ah yes, mari share tips. Personally I think semua anak gadis wajib ada this key piece in their wardrobe. I call em 'Figure Watcher'. What the hell is a Figure Watcher you asked?! *nada Smartshop* Let me tell you more!


Figure Watcher is sort of like a weight watcher aka timbang berat atau nama kasar, timbang kati. Tapi weight watcher adalah alat sukatan yang boring dan ia menimbang berat. Manakala Figure Watcher adalah sukatan bagi menjaga bentuk badan anda! Ecewah taknak lose the nada Smartshop lagi tuh. Hahaha okay serious Hamis, aku tak rasa sesiapa paham lagi apa kau cakap.


Figure Watcher saya adalah sehelai seluar panas. Ya, hot pants yang pendek gila ketat tahap boleh bawa swimming. Hot pants ini memang fitting jadi bila dipakai punggung tampak bulat dan kaki tampak panjang ibarat Lara Croft tanpa pistol terselit. Setiap kali pulang ke rumah dari perantauan, saya akan memakai Figure Watcher ini untuk ukur eh aku dah demok ke? Kalau muat dan boleh zip serta butang, maksudnya phew body stats masih terjaga. Kalau tersembul selulit dan timbul perasaan tak sanggup pakai Figure Watcher ini depan orang ramai, maka Hamis, sedarlah. Jangan makan otak monyet lagi. Oh! Tapi ada catch! Figure Watcher adalah pakaian yang buat anda tampak seksi TETAPI hanya boleh dipakai untuk suami. Suami je, tunang boipren scandal semua takleh tengok. Maksudnya? Kena jaga bentuk mengikut Figure Watcher sampai bersuami. Paham tak motif kat sini? Kiranya, aim Figure Watcher adalah untuk keep your anak dara body till you're married ler. Ini belum kahwin dah gedang, nanti ada anak, howwww? Tapi besar secara genetik itu lain dengan besar sebab suka makan malas exercise yer para pembaca. Jangan nak terasa tak bertempat.


Figure Watcher could be anything from a sexy corset piece to a sexy miniskirt. Ia kena sexy, sebab ia wajib excite kita untuk pakai dan check body stats. And ia tak boleh strecthable! Kalau strecthable baik takyah.

Contoh. Tapi bukan inilah bendanya.




Lemme summarize for you, the guideline to make a piece your own Figure Watcher:


1. Sexy and exciting.

2. Fitting (at your desired measurement).

3. Must not be strecthable.



Kalau yang dah kahwin beranak pinak pula, tak panggil Figure Watcher dah, sebab diorang biasanya ada jeans lama-lama yang diorang teringin nak pakai balik, nak body stats masa macam zaman dolu-dolu balik hahahahaha so panggil DAMMIT GIMME ME BACK THAT FIGURE T_T




PLUS! If you're in the process of losing weight, remember to invest on a sexy Figure Watcher once you have achieved your target k?

Sunday, 17 October 2010

Little Hari Jadian Celebration with loved ones


Saya dan Alisya hari jadi dekat-dekat. 3 hari selepas saya dilahirkan, Alisya pulak keluar dari perut hehehe cerita dongeng tak logik macam kebanyakan cerita kat TV sekarang. Tapi perbezaan memang 3 harilah sebab saya 9 Oktober, dia 12 Oktober, jadi sejak kecil selalu meraikan bersama. Tapi dah tua bangka maluew lah kan nak tulis nama I sekali dalam kad jemputan untuk bagi satu kelas 4 Jelawai. Jadi diorang dah siap prepare untuk birthday Alisya, mama hanya buat panggilan dan berkata "Hanis anak perempuan ku sayang paling tersayang ever, boleh ajak kawan Hanis sebab nak sambut birthday Alisya sekali", dua hari sebelum majlis. Fine.




Alisya yang pilih menatang apa nak letak dalam doorgift guests dia. Amboi kau suka lebih-lebih, sikit je lagi nak hire perunding majlis tuh ingat I tak tau.




Hafiiz baked little cupcakes then both him and Alisya bantai design semua. Comel habis. Eleh comel-comel kena telan gak *jealous*.





Makanan hari jadi budak senang jer, goreng-goreng siket, bake-bake sikit. Semua rambang mata.





Budak-budak lelaki waktu umur macam ni memang malu sangat nak tangkap gambar dengan budak perempuan. Puas pujuk. Nanti Alisya dah hot dah besar, gambar ni jugak kau nak guna cakap aku kenal Alisya tuh dulu dari hingus dia masih meleleh lagi. Ceh.




Siapakah demok ini?!




Okaylah dah tak jealous dah bila dapat tiup lilin sekali. HAHAHAHA TERGODANG SORANG2 KAU KAT TENGAH. Rakan sebaya, jangan malu dengan I.





Tadi malu-malu, sekarang beriya nak letak tanduk kat kepala I.








"Ha okay nanti dah sampai roundabout, ambik pukul 2.15"







Atas: Kak Reifhan my senior from UiTM, the first person I met masa daftar and kawan sampai sekarang awhh precious pot. Bawah: Aunty comel yang bagi kita perpiyum Givenchy ♥ dan anak lelakinya Aiman.





Yang tak dapat datang malam, hadirkan diri waktu petang. Eleleh padahal nak join kiddy party main games nak rebut hadiah woh.







Eh comel candid ni! Tapi yang dua kek cawan dekat dengan muka tuh obviously tak candid.








Makan dan bersembang, bliss.



Klinik Nazmin & Rakan-Rakan.




Kemudian sesi malam, sesi orang tua. Orang 20-an. ECEWAH 20-AN DAH SKANG. Umur yang dah boleh paranoid dengan wrinkles dengan calon suami dengan metabolisme rendah.






Malam makan berhidang hahahahahahaha sabar jelah I love you all sama rata.





Selepas seharian suntuk melayan kanak-kanak yang mula-mula panggil I kakak, pastu melekat semua panggil I cikgu, sebab masa I ajar game 'Concentration' banyak sangat tanya, sampai terpancul "Cikgu cikgu habis tuh kalau kita salah kita keluar eh", sesi malam melepak dan dinner bersama kesayangan.




Seronok masa ini :') Thanks korang! Thanks nyanyi lagu birthday setiap kali I potongkan kek, atas paksaan atau tidak itu untuk kita-kita je tau.




Then, more of kesayangans came. And I malu sendiri bila belek-belek gambar terjumpa gambar ni, APAKAH I MEMANG GENGSTER BILA SALAM ORANG?! HAHAHAHAHAHAHA *gangsta is shy*




Selesai bakar ayam tiga trays marilah balun bersama.











Girlprenku Fatihin Husna pula tiba pada pukul 9.





Masa untuk eksrem Malaysia perisa epal!




Cari yang gaya Muay Thai sketttttttt.





You're not supposed to smile Shamey.



Outfit by thepoplook.


All in all in a nutshell to conclude, I had a blast and joining Alisya's party is a wise move because eheh dapat hadiah lah kitew dah tua bangkew. Siapa yang tak terjemput, ini semua last minute and cuma dapat jemput mulut ke mulut dan kebanyakan takde kat KL? Sheesh! TAPI SAYANG SEMUA KISS KANAN KISS KIRI BYE! Oh lebih banyak gambar untuk parti ini dalam belog Chef kita hari ini, Nani Rostam. Amboi kau piker kau rambut blonde semulajadi nak panggil mak guna nama je LOL.




BuMpeR iSSuE! : Hahaha gedik sungguh ada bumper issue bagai, mentang-mentang bahan bacaan sejak rebung lagi adalah Majalah Ujang. Sebab baru realised I posted pictures on my Twitter as well, and not everyone follow my Twitter/ has Twitter so nah here you go. Happy Monday sayangs!