Monday, 30 May 2011

You should be more alert y'know



As I'm writing this, you only have 5 more hours to buy the deal from Zouk Cafe Bar!





Only at Milkadeal ; RM20 instead of RM42.90 for Zouk Cafe Bar Burger or Primavera Pasta + Free Flow Soft Drink at The Gardens Mid Valley. You should also try their Asian Fusion too! Yummy laksa and Nasi Goreng in a pineapple ♥





Other deal I can't resist not sharing...



D'Fujicool Car Tinting: TK 300 for RM228 instead of RM650.
XO-800 for RM300 instead of RM1500 for ALL CARS including MPVs & SUVs
with 7 Years Warranty by Fujicool Marketing, Damansara Perdana [up to 80% OFF]
Click here for the deal.




Ha lain kali alert. Nanti gigit jari tengok semua deals dah dibeli.

Wednesday, 25 May 2011

Could You Stop Whining?




In the world where...


Actors act & earn money,
Directors direct & earn money,
Singers sing & earn money,
Teachers teach & earn money,


Screw you and your jealous ass,
Bloggers should blog & earn money too.





IMHO, when you love something and you do it with passion, people can see it. You put your heart & soul into it and your piece gets appreciated. It's a bonus to earn money while doing something you absolutely love. Why are people questioning this, again?


Some would say, the problem starts when money become the sole purpose. I would say, yes & no. Yes; when you neglect the quality of your work and focus on the quantity only. No; when it's the other way around.


However, if you look at it closely, the real problem here is; people questioning other people's rezeki.





Eh kau tak lawa, asal kau dapat lagi banyak modeling jobs dari aku?

Eh kau duduk rumah ngadap laptop je, asal kau earn ribu-ribu setiap bulan?

Eh dia tuh lembab lagi bebal, asal naik pangkat lak?





Mace-mace mu nih...

Monday, 23 May 2011

Hang kata hang terrar?!

New project! Sebabkan rakyat Malaysia paling gemar amat sangat akan sebarang bentuk entertainment dari aktiviti nyanyian, pertandingan menyanyi telah sampai ke tahap yang baru. Katakan selamat jalan Romeo kepada long queues and live audition jitters, anda kini boleh beruji bakat hanya dengan link video Youtube anda! Apa?! Link video Youtube anda?! Yaaaaa!


Salah satu pertandingan nyanyian yang ambil langkah fresh ini ialah Dentyne dengan pertandingan Terrar-oke! It’s like karaoke but so much more terel, or in their word; terrar. Hang kata hang terrar! Tengok sikitttttt LOL.


Online audition dari 16 Mei hingga 30 Mei 2011.
Ground audition dari 9 Mei hingga 30 Mei 2011.



Kita tengok hadiah dia terrar tak terrar…



5 Finalists: iPhone 4 with RM300 talk time
50 Shortlisted consolation: RM100 talk time
Grand Prize : RM15,000 cash
st Runner up: RM 7,000 cash
2nd Runner up: RM 3,000 cash
2x Consolation Prizes: RM1,000 cash




Jadi, anda rasa anda terrar nyanyi? I’m really getting the hang of this terrar wordlah, byebye terel. Anyway, audition mana pun anda pilih nak jalani, can I pesan something? Pakai cantik-cantik wangi-wangi k. Mulut sila wangi dengan Dentyne; Refresh Your Confidence ecewah. Beauty is confidence and you gotta stand out.


I remember going to few auditions all my life (one was Malaysian Dreamgirls) pastu mesti sedih tengok ramai orang lagi cantik/presentable. Sungguh menurunkan keyakinan diri tsk.



Remember me in MDG? Should’ve worn like this masa audition LOL baru perasan gempak -_-.




Even tengah usha video auditions kat galeri FB nih pun pilih yang segak and video HD je hewhewhew.







Blue eyeshadowed Jaqicha singing suci dalam debu.




Pretty tudung-clad Arina singing one of my favourite song by Aerosmith.



Boleh nyanyi lagi best? HANG KATA HANG TERRAR! I see you in Terrar-oke! Semua aksi ini hanya terdapat di Facebook Dentyne, like!


Thursday, 19 May 2011

Surviving Break-Up(s)

Friends have seen me gone through few breakups all my teenage (gunakan perkataan ini selagi boleh sebelum cecah 21tahun! Cepat! Sebelum Oktoberrr!) love life and their significant remarks would be, "You seemed so happy as though nothing has happened, how did you do it?". Obviously, no sane person would be fine with losing something/someone they love dearly, but you gotta move on y'know. Life is short. See tup tap tup tap I'm no longer a teenager bulan seploh ini (-_-")




Of course, diambil kira siapa yang end the relationship, whether on good terms/otherwise, reasons behind decision dan sebagainya. Dan semua faktor ini semestinya buat fasa perpisahan kita itu berlainan. Tapi this is what I can give you in general, like how I handled it and what you can apply. This entry is a response entry to FB msgs I've received from my past break-up. LOL SORRY IT TOOK SO LONG GUYS T_T





Guide to Surviving Break Up(s)
Panduan Hadapi Putus Cinta


Cry your heart out
Menangislah seperti Kasim Selamat cucuk mata kau. It's good to express yourself and let anger/sadness out. Tapi ingat! Satu atau dua malam sahaja! Jangan drag setiap malam kau nak nangis, memang pathetic, sila offer pipi untuk ditampar.


Listen to sad songs
Inilah masanya nak perasan semua lagu putus cinta dicipta untuk kau! Seriously. Tiba-tiba perasan semua DJ stesen radio tempatan memahami apa yang kau lalui dan mainkan lagu Bila Cinta 20kali sehari, padahal tengah promosi Lagenda Budak Setan. BILA CINTA INI... TAK LAGI BERMAKNA... YANG KURASA KINI... HANYALAH NESTAPA... pastu kau taktau pun nestapa tuh apa, tapi nak rasa gak.


Empty Recycle Bin
Self-explanatory kot nih. Jangan dikenang kisah/memori/files lampau. Tak elok untuk soul kita. Kalau orang kata pengalaman mengajar, ya baiklah, ambil pengajarannya saja. Pengajaran sahaja! Memori cinta luka biar Naser Wahab je kenang. Lagipun tak elok kalau future pacar kita tengok kita masih simpan barang-barang lama dan gambar etc. You wouldn't like that from him too, am I right? Yeah I know I'm right.


Remove All Contacts
Ini paling vital ever, jangan contact your bekas kekasih please. Dia call, reject. Dia sms, delete. Dia comment Facebook, unfriend. Dia email, letak dalam spam. Meanie? Not really, this is good for both of you to move on. At least sampai you dah certain you takde feelings lagi. Then nak contact balik sukati, masing-masing dah besar. OMG this is so my favourite phrase now, 'masing-masing dah besar'. So adult! So reaching 21years old this coming October!


Talk About It
Takpe, ceritalah. Luahkan. Dekat orang yang paling rapat dan won't judge you. Then STOP. Stop talking about it. Stop dropping his/her name in conversations. Stop relating all incidents with what you've experienced with this specific past of yours. Have no one to talk to? Remember... God? It's okay. Benar bila ditimpa musibah barulah sujud lama sikit, doa panjang sikit. We are only human.


Get Occupied
Stop mourning already and do something with your life. Setiap detik you are on your own doing nothing, minda mesti mengusha kisah lampau dan manusia lampau. Jangan biarkan itu terjadi. Bila ada masa senggang, cepat-cepat isi dengan aktiviti bernilai! Lepak dengan kawan-kawan! Takpe kalau kawan kata 'huk aloh kau, dah break baru cari kitorang', takpe. Takpe sebab padan muka kau, siapa suruh perangai camtu, lupa kawan bila bercinta. Kahkahkah.


Change Routine
Dulu setiap malam bergayut? Setiap pagi bermesej? Setiap hujung minggu berdating? Masa untuk tukar rutin itu! Kalau dibiarkan kosong, lagi kosonglah rasa hati.



Establish Rapport
Datelah semua orang yang ajak kau dating selama ini tapi kau terpaksa tolak sebab berpunya. Keluar makan, tengok wayang, pergi gym, whatever you fancy. Ini bukan looking for love atau pengganti, just to get a good look of the outside world and what it has to offer. Sebab these are all the rebound people, dan most likely you are a rebound to them too.


Give Change A Chance
Takyah nak Obama kat sini, Hanis. Hehehe, bila you are completely certain dah move on (emotionally), you can give love a chance once again. Remember, jangan zalim terhadap diri sendiri & future pacar dengan go into relationship without getting over your past guy/girl. It's unhealthy.


Listen to Happy Songs
Yeahhh, mannn.



Monday, 9 May 2011

20 Things To Do Before I Get Married

Nak menulis bukan senang. Maksud menulis di sini bukan tulis nombor talipon dekat kertas tisu dan hantar pada waitress comel. Tapi lebih kepada menulis satu bahan bacaan yang boleh buat orang berpikir dan lontarkan kembali pendapat mereka. Penulisan yang berisi. Penulisan yang gemuk?



Masa. Masa adalah satu aspek vital dalam menghasilkan penulisan berkualiti. Tanpa masa, idea tak berkembang, tak bercambah. Idea mungkin ada, tapi selalunya terhenti di situ tanpa sebarang arguments lain dari buah fikiran sendiri. Lebih parah, apabila masa terlalu sempit, idea langsung tak keluar. Zero. Tandus.



Itu dia dua perenggan intro kenapa saya selalu tiba-tiba tanya seperti seorang bimbo kat Facebook/Twitter: HEY GUYSSSSSSS WHAT DO YOU WANT ME TO WRITE ABOUT?? Itulah last resort. I am a bad, uninspired writer.



Tapi bila korang bagi ideas, saya selalu copy paste dan save dalam folder. Saya appreciate setiap satu. Jadi sekarang saya gunakan salah satu idea kamu untuk menulis ini.



Fi Shafie from Facebook: Why don’t you write about 20 Things To Do Before You Get Married.



Memandangkan saya juga terkena tempias kesibukan Kekna merancang perkahwinan idaman, saya yang sedih bakal melepaskan Kekna pergi telah menyenaraikan 20 Perkara Saya Nak Buat Sebelum Saya Kahwin. Okay 20 banyak sangat, narrow down kepada 12.




12 Perkara Nak Dilakukan Sebelum Berkahwin



1. Berjasa kepada ibu bapa sehingga mereka ready nak lepaskan saya. Wah sedihnya cakap camni, tapi ya itulah dia hajat di hati.


2. Bawa family pergi bercuti lengkap semua family members! Eh ini selepas kahwin pun bulih. Next.


3. Beli kereta sport. Atau coupe? Atau 4WD? Apa-apa yang kena dengan jiwa dan budget. Yang penting budget sebenarnya, jiwa second kira T_T


4. Make sure dalam ASB ada lebih dari RM15k. Nak mulakan hidup baru, haruslah.


5. Khatam Quran yang betul-betul. Bukan yang tinggal laaaaama pastu sambung balik page yang dah tertinggal, tsk tak feel. Kena buat sekali go dalam bulan puasa. Wah mampu ke kau dek non? Kaulah manusia paling liat waktu sangat lapar(lepas sahur) atau sangat kenyang (lepas moreh).


6. Belajar masak semua core lauk. Asam pedas, kari kepala ikan, masak lemak cili api, ikan siakap 7 rasa, tom yam Chiang Mai, rendang, ayam percik, okay okay paham.


7. Pergi bercuti dengan kawan-kawan perempuan- island vacay. Nanti kalau dah ada laki, susah nak tinggal, walaupun orang tua kata ‘sayang laki, tinggal-tinggalkan’. Eh, cipta? Orang tua mana kau jumpa cakap camtu takyah nak tipu sekarang.


8. Pergi gym dan dapatkan six packs. Eceh, cara cakap macam nak pergi counter gym dan order saya nak six packs satu bungkus, ikat tepi. Ala you get what I mean. Work for the body I’ve been aiming for!


9. Beli rumah. Okay ini macam ambitious, but I waaaaant. It’d be a great property investment even kalau tak duduk situ after kahwin. Ya sungguh ambitious, tapi cikgu kata it’s okay to dream T_T Cinderella kata, in dream you lose heartaches. Eh?



10. Pergi luar negara sendirian. Ini sahaja dalam list yang dah dibuat. Naseb baik.


11. Try out any business venture. Regardless of the size of business, hanya nak experience dan uang lebih dikit.


12. Support a cause. Either for children, women or meow.




Okay dah dah. Makin banyak, makin payah nak kecapi. Ini dah cukup extravaganza luar gapaian. What’s in your list?


Oh before that, lama tak buat benda nih. It's Milkadeal Time! I know you'd love this, kepada yang nak berkahwin dan cari doorgift comel, silalah usha deal terbaru diwebsite discount-discount kegemaran I, Milkadeal !


Hoi apahal vogue sangat?!




RM38 instead of RM100 for 50 Multidesign Favor Boxes from Ole Ole Manis, Setia Alam [62% OFF] Bride and groom-to-be, grab the deal now please.

Saturday, 7 May 2011

My mother, my BFF.

Tipulah kalau ikuti belog ini dan tidak tahu lagi siapa BFF saya dari kecil. Siapa yang tak dapat jadikan emak sendiri sebagai BFF memang rugi. Rugi rugi rugi…



Emak makes the best BFF sebab diorang sentiasa ada di sisi kita. Bangun pagi tengok yang ketuk pintu bilik macam nak roboh, muka BFF you. Gayut on the phone dengan pakwe lama-lama, tengok yang jegil mata dekat you suruh solat, BFF you.



Emak makes the best BFF juga sebab taste dia boleh dipercayai. Kalau mahu beli handbag, bawalah BFF dan suruh dia pilih, pasti pilihannya menepati hati sanubari. Kalau mahu online shopping, pastikan BFF you on the phone dan berada di website yang sama untuk pilihkan baju dari jarak jauh. Kalau buat pilihan sendiri dan beli saja design apa-apa, siapa lagi yang nak kritik hentam habis-habisan sampai menyesal tak sudah, pastilah BFF you juga.



Emak also makes the best BFF kerana dia dah tahu siapa sahabat-sahabat kita through ups and downs. Senang nak gossip sebab dia ingat semua benda dan semua kejadian yang menimpa. Dia pandai menilai siapa yang patut kita teruskan put up with their crap, dan siapa yang kita patut buat biasa aja. Gossip dengan BFF ini adalah paling precious.



Emak juga makes the best BFF sebab kalau kawan-kawan semua sibuk study sibuk exam, pastilah harus usung BFF ini ke mana sahaja. Nak pergi potong rambut, nak pergi waxing, nak pergi urut badan semua BFF inilah jadi mangsa. Eh bukan mangsa, jadi orang terpilih.



Bunyi macam menggunakan BFF ini sepenuhnyakan? Hehehe takdelah sebegitu kejam. Sentiasa tak lupa nak treat my BFF something special at the end of the day. I really appreciate her time she dedicates to being my BFF.







Lepas ajak teman pergi Pavilion cari handbag kita (PASTU TAKDE YANG BERKENAN LAST-LAST BFF YANG BELI PURSE BARU), haruslah belanja makan Madam Kwan mentekedarah Char Kuey Teow, Nasi Lemak Ayam Rendang dan ABC.




Ajak gossip bersama untuk hilangkan stress, haruslah sediakan kopi panas dan DOVE chocolate (coklat kegemaran BFF sebab seriously texture dia silky smooth woh) untuk sesi itu. Hot gossip bersama emak memanglah saat-saat yang paling kita treasure, money can’t buy gituew! Alisyaaaa, I love these pics thanks!







Sudah ajak teman pergi gunting rambut di salon tersohor Shawn Cutler, bawalah BFF ke IKEA untuk melantak. Haruslah melantak peha ayam dan seangkatan. Memenuhkan perut sambil bergurau-senda, tertattoo dalam hati dan memori.




Treat emak baik-baik, walaupun dengan ganjaran kecil. Kalau takut emak kata buang tebiat sebab baru nak start, start lah masa Mother’s Day- hari untuk semua orang jadi cliché. I you, Mom!






Friday, 6 May 2011

Fashionvalet.net dressed me up!



I am in with fashionvalet.net by Vivy Yusof. I used to think manalah online shop yang high standard sikit sebab semua online shop ambil baju from Korea/China/Indonesia and you can't rely on the quality sebab seriously dalam gambar nampak cantik, apabila sampai ke tangan... T_T



Finally my friend si bijak bernas brilliant Vivy came up with online shop yang jual baju Malaysian designers and few other Asian designers. Kualiti takyah cakap lah beb... setaraf dengan design dan harga. Just gonna show you some of their pieces yang dipakai oleh diri ini. Love it!




Maroon 5 Concert Tour KL.

Cuti dirasmikan dengan pergi konsert paling awesome I pernah pergi. Konsert band paling digilai sejak muda, Maroon5. Tapi kelakar sebab tak plan, ingatkan konsert berlangsung waktu exam, tiba-tiba first day balik for cuti Meor cakap malam nanti dia nak pergi konsert Maroon 5. TERUS PAKSA DIA CARIKKAN TIKET JUGA TAK KIRA TAK KIRAAA! Seronok, Rock Zone!






Tengah-tengah alam.





Hot dog untuk tenaga nak melompat menjerit meroyan. Bagus boleh bawa masuk makanan yang Coffee Bean jual kat gate :') Sambil tunggu Adam Levine, sambil melantak.






After the concert hung out with the babes, Aisyah & Nadirah.








LEPAS TUH JUMPA SHIKA ROOMMATE KESAYANGAN KITA OMG REUNION! Dia dah lebih cantik woh sekarang. Eh mana Maroon5? Hehe ini entri Fashion Valet lah, nak tunjuk vest kita jewww.





Meeting pagi buta in Damansara Uptown.






Satin blazer dari fashionvalet.net .






Silalah usha dan kalau like Facebook Page dia pun best sebab ada pelbagai inspirasi fashion dan fashion news.







Monday, 2 May 2011

Malay Engagement / Majlis Tunang Kekna



Kita happy sangat Kekna kita tunang hari tuh! Mula-mula kita tak fancy the whole idea of tunang and mengikat and event membazir wang. Rasa macam okay kalau it's my own, taknak tunang nak nikah terus and hold a very small private ceremony. Sebab ish serious pembaziran benar, jadi apa kata skip the tunang part and nikah di masjid kemudian doorgift hanya telur rebus yang ditulis terima kasih guna permanent marker? Okay buruk perangai. Mungkin ini yang Mama maksudkan bila dia kata "Hanis selalu nak benda tak logik" T_T




Tapi bila tengok Kekna tunang, it was such a beautiful affair filled with beutiful people and beautiful moments = definitely worth it. Once in a lifetime thing kan. So saya support! I mean saya support Kekna lah. For me nanti, I still rasa apa kata nikah terus dekat pejabat pendaftar je okay we get it Hanis, kau memang malas nak pikir punya orang.




Hantaran from our side to pihak lelaki. Mama gubah everything, and baked Pavlova siap. Yums! Thanks to Nabil's mom for the Ritter Sport chocolates satu dulang, Aunty Ina for cake & halwa 2dulang, and Aunty Edah yang provided the dulangs.




Thank you Annur Najwa for the gorgeous make up. Betul pepatah yang pernah dicipta diri ini, "Hasil tangan orang gorgeous adalah selalunya gorgeous juga". She is from Redglow Academy. Annur & Arlina offer great bridal make up service, you should check them out! Ada free make up course too (if you wish to become a professional make up artist).



D.I.Y decorations courtesy of momsy.






Gotong-royong courtesy of Zainal & Co.







Inilah Kekna saya yang sangat cantik tak terkata. Rambang mata nak pilih gambar dia. I wish to include all *_*




Alhamdulillah. Doakan segalanya lancar hujung tahun ini ya! InsyaAllah, aminnnn.





As cliche as this might sound... ALAHAI SO SWEEEEEEEEET.







Seronok. Suka, very small and private but meriah.







Kekna busy gila (macamlah kahwin) jadi tak sempat makan tsk kesian. Meh suap meh.







AHMAD IS MY FAVOURITE BABY NOWWW.






Family Potrait, finally! Selalu miss nak tangkap gambar skema ini waktu raya sebab semua terus serbu rendang ayam merah lodeh and ketupat lepas balik solat T_T





Happy happy joy joy! Tak tahu nak describe macam mana lagi.




Especially semua amazing moments dapat dicaptured buat kenangan. Thank you Deesphoto.net ! Kalau nak harapkan kita sendiri-sendiri nak tangkap memang tak berapa nak candidlah kan. Semua kaki posing pastu tangan gegor tak jaga kualiti gambar T_T So glad tak gamble benda tuh and decided to get Deesphoto punya service. You want? Contact Efendy at deesphoto_dp@yahoo.com . Wedding package starts from RM1200, and dia also buat product & event.









Fuh that was a long colourful entry. Congrats Kekna & Boiri. We love you!