Saturday, 13 June 2009

Hanis Zalikha's Exam Result, or Not

Masuk UiTM is so bizzare sebab macam satu Malaysia ada cawangan ke ape lah kan. Maka bila keluar result satu Malaysia tahu yang hari itu, in particular adalah UiTM-keluar-result day (patut pertimbangkan nak bagi cuti umum pada hari ini setiap tahun). Bila semua dah start sms, call, facebook, ym tanya result anda, pasti rambut anda yang ikal mayang gugur akibat stress mana nak jawab dulu. Yang paling penting, patut jawab ke tak?!


Result I tidak memuaskan. Sebab tak sangka selama ini usaha dan kasih sayang (rightt) yang dicurah terhadap Brass Band telah dipersiakan. Malam-malam indah yang terpaksa dikorbankan untuk turun ke stor pusat rupanya tidak membawa apa-apa kesan kepada hidup I. Kedatangan penuh seperti seorang skema hanya satu pembaziran. Komitmen terhadap event-event rupanya diperlakukan ibarat kacang lupakan kulit okay okay you get it.


Maka result CGPA 3.96 adalah setimpal. Okay tipu setimpal, padahal belajar sangat main-main (asyik online je update belog dan create fan page Facebook, sampai pembaca email, you ni tak study ke T_T). Ini adalah rezeki Allah woh. Mungkin berkat call emak setiap kali sebelum paper. Antara panggilan kepada emak yang I ingat adalah:



"Mama tolong doakan dapat A untuk Math, tak dapat habiskan study, sebab dok piker Calculus paling susah so satu hari study calculus. Sekali tadi buka tajuk Retailing Maths, pengsan." Esok paper.



"Mama nanti kalau sembahyang hajat mintalah Hanis dapat A, dah tak sempat baca semua, ingatkan esok paper pukul 2petang, tadi pergi bilik Ain, dia kata pukul 9pagi lah esok, gila ke awak ni".



Hahaha alhamdulillah sayangi lah emak anda. Walaupun dia padankan muka dengar result anda yang tidak 4flat itu akibat degil memilih Brass Band padahal dia suruh masuk PBSM supaya ayu putih suci safi dengan uniform mereka.



Terima kasih guru-guru yang membimbingku selama ini. Ms Ida guru Bahasa Inggeris yang semangat mengajar like no other and belanja nasi ayam bila I stress nak exam (ceh). Ms Rahayu yang rajin layan miss call I kemudian call balik sebab I banyak nak tanya pasal Account tapi credit tak cukup. Ms Arfah guru subjek I yang paling lemah (Math)yang sudi tengok balik paper I kot-kot ada salah marking bila markah I rendah. Ustazah Norizan yang sentiasa buat I cuak dan lebih berusaha, tapi rupanya baik hati, bersih jiwa dan kesayangan. Tuan Haji Ros Hasri si kelakar, yang suka hati buat kuiz tergempar bila I dah baca buku. Mr. Ikram yang bersuara seksi (maka kalau I taknak pergi kelas kawan-kawan paksa juga) mengajar perbezaan boy's and boys'. Terima kasih guruku! Ya I panggil guru, sebab pensyarah is so like, pangkat-pangkat and kedudukan y'all. Tapi guru macam orang yang mengajar ilmu dunia akhirat. Thank you thank you thank youuu. Jasamu akan kukenang sampai hujung nyawa.





Alah takyahlah besarkan, percaya jelah.



I terpikir nak letak result kat belog ke tak, berlagak gila, tapi seumur hidup akan dapat lagi ke 3.96?! Sigh letak jelah lagipun ramai orang tanya. Terima kasih kawan-kawan yang caring, yang dengar je berita ini dari orang lain terus call dan congratulate tsk. Dan alhamdulillah mempunyai Meor sebagai kawan yang dengar je berita ini terus menjanjikan McD. Dan Audi yang menjanjikan Tony Roma's *cipta. Tsk. Okay ini first dan last time I letak result kat belog tau tau heh.


Dan untuk berita gembira ini, ahli keluarga semua, bersedia I nak belanja makan besar abalone shark fin soup etc ceh ceh.



OhSoRandom: Adik juga sudah pandai bodek apabila mahu masuk bilik lalu hantar message ym waktu I offline. Sabar jelah.


No comments:

Post a Comment