Sebenarnya hari yang mama kena hantar daddy outstation tuh, daddy sepatutnya jalan kaki je pergi Petronas tunggu kawan dia kat situ. Tapi sebab dia tengok kitorang nak keluar dia pun buat muka mengendeng (maksud mengendeng itu macam 'menceceh nak jugak'). So dalam kereta ada Hanis (nak pergi photoshoot), Hafiiz (nak pergi hospital), daddy (nak pergi airport), dan mama (bawa kereta). Comel sangat kalau mama yang bawa kereta, daddy duduk sebelah :')
Tapi kitorang kena singgah sekolah Hafiiz dulu untuk ambil surat sekolah, supaya pergi hospital tidak perlu bayar, ya kerajaan ada peruntukkan untuk benda macam ini, gunakan sepenuhnya. Macam kalau masuk toilet RM1, jangan kencing je.
Berbalik kepada cerita tadi, maka mama pun turunkan daddy kat sekolah suruh dia pergi pejabat ambil surat tuh. Mama nak suruh Hanis tapi sebab dah lambat, tak boleh lah nanti kang Hanis buat pengembaraan dalam sekolah tuh sumpah lagi lambat. Makanya, Hanis, Hafiiz dan mama duduk dalam kereta depan foyer sekolah tersebut.
Kitorang tengah cakap pasal kenapa budak-budak bersepah berfoya-foya di koridor kelas dan tiada siapa kisah (eleh macam masa kita muda dulu juga :B). Tiba-tiba ada seorang budak berlegar-legar ke hulu ke hilir. Muka tak bersalah tapi nakal. Geram pula tengok budak ni buat sekolah tuh macam dia punya. So Hanis pun cakap lah "Ha tengok budak nih, bukan nak masuk kelas". Hafiiz yang bersekolah di situ dan lebih arif menjawab "Oh budak tuh orang panggil budak gila". Kenapa? Kenapa sampai orang panggil dia budak gila? Apa lagi dia buat?
Hafiiz pun buka cerita setelah ditemuramah oleh kakak yang kepochi, eh I mean, prihatin.
Nama budak itu Adam (bukan nama sebenar). Adam selalu pergi kantin dan sepahkan kantin. Dia kalau nak makan dia gaul-gaul makanan itu dan ambil je sesuka hati dia, taknak orang cedokkan, dan takkan bayar. Air pun ambil sendiri, berapa banyak yang dia nak. Bukan orang kantin tak marah, malah dah banyak kali dah marah, tapi memang tak lut. Adam samada buat tak dengar, atau dia memang tak paham orang marah dia. Mungkin Adam sudah hilang harapan untuk dunia ini.
Dia anak yatim piatu.
Dua tahun lepas Hafiiz cerita, sekolah ada buat pengumuman (waktu ini Adam darjah 2), mak Adam mati dalam kemalangan ketika ayahnya hidapi kanser. Kini Adam sudah kehilangan kedua-duanya. Adam anak tunggal.
Tidak pasti tentang saudara-mara terdekat, tetapi Adam sekarang tinggal di rumah anak yatim. Mengalir air mata Hanis terkenangkan Adam waktu-waktu pulang sekolahnya, dah tiada siapa kisah homework dia, Adam waktu-waktu minggu cutinya, dah tiada siapa kisah nak menghiburkannya, Adam waktu-waktu sahurnya, dah tiada siapa kisah sah kah bacaan niat puasanya, Adam waktu-waktu rayanya, melawat pusara ibu dan ayah menyesali What Is Done dan mengenang What Could Have Been.
Mungkin akan ada yang kisah, tapi takkan ada yang sehebat ibu dan ayah kita sendiri :'(

Dalam Islam ada menegaskan jangan makan harta anak yatim. Waktu kutipan untuk Adam dibuat, I'm sure tabung Adam mendapat jumlah yang banyak, tetapi Adam masih terlalu muda untuk memegang sendiri tabung itu. Jumlah yang dikutip, hanya orang yang bertanggungjawab yang tahu. Sebab itu dalam Islam kata jangan makan harta anak yatim. Kerana itu sahajalah yang mereka ada, mereka takkan dapat create environment kehidupan beribu berayah yang sebenar. Dan tak kira betapa kayanya mereka sekarang, atau betapa berjayanya kehidupan mereka di masa akan datang, mereka takkan boleh cakap "Saya dibesarkan oleh sebuah keluarga sempurna, macam awak".

Sebab perlakuan Adam tidak dapat difahami kanak-kanak lain, Adam tiada kawan. Terbayang betapa kosongnya hidup seorang anak kecil yang masih membesar dan perlu mengenal dunia. Yang masih banyak benda yang perlu dipelajari samada dari keluarga atau rakan taulan. Betapa kalau kita tidak kisah, kita tidak akan tahu keadaan hidup seseorang, dan senang-senang kita boleh buat andaian, kita boleh menghukum. Sedihnya terkenangkan Adam.
They (his, yours or mine) may not be the best parents in the world, but to lose them both forever, that's indescribable. Hargailah orang disekelilingmu dan keluarkan hanya perkataan yang baik-baik.
Hanis sempat berpesan kat Hafiiz "Lain kali kalau Hafiiz dengar ada budak panggil Adam gila, stand up for Adam".
*Kisah benar yang digubah sedikit untuk melindungi watak dalam cerita dan mewakili semua kisah anak yatim piatu yang lain.
No comments:
Post a Comment